Teknologi Sejumlah Pengguna Windows 10 Menghadapi Masalah Sistem Operasi Dinyah-Aktifkan

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,302
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Terkini, ia dilaporkan yang mana sejumlah pengguna sistem operasi Windows 10 Pro menghadapi masalah pengaktifan lesen, dimana ia secara tidak langsung menurun-taraf lesen mereka, dan menjadikan lesen komputer mereka daripada Windows 10 Pro kepada Windows 10 Home.

Masalah ini dikatakan dihadapi oleh pengguna yang membuat naik-taraf kepada Windows 10 secara percuma ketika ia ditawarkan pada permulaan tahun 2015 lepas.

Microsoft sendiri melalui halaman sokongan mereka mengesahkan masalah ini, dan mengatakan ia melibatkan pengguna di beberapa buah negara, termasuk di Jepun, Korea dan Amerika, selain beberapa negara lain. Microsoft mengatakan ini adalah masalah sementara disebabkan oleh pelayan pengaktifan mereka – dan dijangka akan diselesaikan oleh Microsoft dalam masa sehari dua lagi.

Bagi pengguna yang menhadapi masalah ini, mungkin tidak perlu risau, dan menyemak kembali dalam masa sehari dua ini.

Sumber: Amanz
 
Top