Dalam Negara Sehingga jam 9 pagi, Selva Kumar belum kelihatan

Offline
#1

MEDIA nanti ketibaan perogol bersiri warga Malaysia Selva Kumar Subbiah di KLIA, selepas jalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada.- Foto BERNAMA

SEPANG: Lebih 20 petugas media berkumpul di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak awal pagi bagi menunggu bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, 56.

Difahamkan, pesawat Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga jam 9 pagi, Selva Kumar masih belum kelihatan.


Selanjutnya di : Selva Kumar pulang hari ini | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian
 
Offline
#2
Selva Kumar sudah keluar dari KLIA, petugas media hampa

SEPANG: Perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita, tiba di tanah air pagi ini.


Pesawat Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi ini.

Menurut sumber, sebaik tiba keterangannya diambil oleh pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.

Difahamkan, dia kemudian dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, media gagal menemui Selva kerana difahamkan dia keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada jam 9.50 pagi, sedangkan kumpulan petugas media menunggu di laluan ketibaan antarabangsa.

Terdahulu, 20 petugas media berkumpul di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA di sini bagi menanti ketibaannya.


Perogol bersiri Selva Kumar keluar dari KLIA | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian