Secupak Tidak Akan Jadi Segantang

mnashriq

freshman
Joined
May 20, 2009
Messages
190
Points
0
Entri kali ini saya hendak kongsikan satu bidalan nenek moyang yang jarang sekali kita dengari – Secupak Tidak Akan Jadi Segantang. Sebelum saya bermula dengan lebih panjang, pernahkah anda dengar akan bidalan ini? Terus terang saya katakan, setelah saya berumur 22 tahun, barulah saya berpeluang mendengarnya daripada seorang pakcik (berumur lingkungan 50-an) semasa saya dan seorang rakan sedang menjamu selera di sebuah warung kecil di Selayang, Selangor.

Beliau yang juga merupakan pemilik warung itu berkata, ramai yang mempersoalkan mengapa bidalan ini selalu disalahertikan dengan konsep kejayaan. Sekali dengar, sudah tentu suatu benda yang secupak jumlahnya, tidak akan menjadi segantang secara tiba-tiba, setuju bukan? Walau bagaimanapun, apa yang hendak disampaikan beliau adalah, yang secupak itu BOLEH jadi segantang, jika kita BIJAK mengatur hidup kita.

Bagi memudahkan penjelasan, beliau telah mengambil contoh secupak padi. Beliau berkata, secupak padi boleh jadi segantang sekiranya kita dapat menggunakannya untuk dijadikan benih. Walau bagaimanapun, segala usaha perlu dicurahkan agar benih padi yang ditanam tersebut sentiasa dijaga, agar kelak dapat membuahkan hasil yang lumayan kepada si penanamnya.

Cuba anda letak sebatang cangkul di halaman rumah. Letakkan sahaja cangkul tersebut tanpa melakukan apa-apa pun. Logiknya, bolehkah secara tiba-tiba, tanah di halaman rumah anda telah digembur dan ditanam dengan pokok cili misalnya? Sudah tentu ianya mustahil dan tidak akan berlaku sama sekali.

Guru saya pernah berpesan:
“Kerja kita tanam benih, bubuh baja dan siramnya. Tumbuh atau tidak, itu bukan kerja kita.”


Untuk berjaya, kita perlu berusaha. Sama ada kita berjaya atau tidak, itu adalah ketentuanNYA. Sekiranya kita memahami konsep ini, saya pasti, kita akan lebih yakin untuk menghadapi segala ketentuanNYA. Sama ada kita berjaya atau tidak, kita tidak boleh berhenti berusaha setakat itu sahaja kerana kita sendiri tidak mengetahui, bila kita akan naik dan bila pula masanya kita akan jatuh.

P/s: Saya juga seperti anda, ada ketika saya berjaya, ada juga ketikanya saya gagal. Sekiranya kita berjaya, sudah pasti dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi diri kita untuk terus berjaya. Usah khuatir apabila kegagalan menimpa diri anda, kerana anda sebenarnya tidak gagal, anda cuma “menemui” cara yang kurang tepat dan perlu anda perbaiki sebagai persediaan untuk langkah yang perlu diambil seterusnya.

P/p/s: Ingin dapatkan artikel motivasi yang lain...? Klik sini...
 

Ultimax

freshman
Joined
Aug 9, 2007
Messages
110
Points
18
sila baca buku melayu delima @ delima melayu oleh che det. dalam buku tersebut bukan saja bidalan "Secupak Tidak Akan Jadi Segantang", banyak lagi contoh kisah orang melayu. macam-macam ada.

p/s pengarang buku ini bukan orang melayu.
 

mnashriq

freshman
Joined
May 20, 2009
Messages
190
Points
0
sila baca buku melayu delima @ delima melayu oleh che det. dalam buku tersebut bukan saja bidalan "Secupak Tidak Akan Jadi Segantang", banyak lagi contoh kisah orang melayu. macam-macam ada.

p/s pengarang buku ini bukan orang melayu.
Thnx Ultimax atas info ini...

Eum, bagus juga ada yg bukan melayu menampilkn kisah2 bidalan melayu n org2 melayu...:)
 

RajaKamil

Kawan WC Premium
Super Senior
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,833
Points
48
Age
34
hehe, budak UTP sudah mula tunjuk belang.
Gambate bro~
 

doralin

freshman
Joined
Apr 15, 2008
Messages
50
Points
6
Amat berguna artikel di atas. Banyak pengajaran dan dalam maksudnya. Dah lama tak dengar peribahasa ni. Nak berjaya, kena banyak berusaha, tetapkan matlmat, yakin dan berdoa pada Allah. Semoga semua berjaya, termasuk saya
 

mnashriq

freshman
Joined
May 20, 2009
Messages
190
Points
0
first time saya dengar bidalan ini. terima kasih.

dan aku suka ayat ni:
“Kerja kita tanam benih, bubuh baja dan siramnya. Tumbuh atau tidak, itu bukan kerja kita.”
huhu, saya pn boleh kata baru juga dengar~ :)
 
Top