Sebak anak minta cat rumah

Magi

Senior
Joined
Jun 6, 2015
Messages
864
Points
18



Melaka: Bapa mana tidak terkilan tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak. Apa yang mereka minta bukannya mahal, tetapi saya memang tidak mampu membaiki dan mengecat rumah kami, demikian kata Jari Amat, 46, penghuni rumah usang di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, di sini.

Bapa kepada lima anak yang bekerja sebagai pemandu lori ais itu berkata, dia bersyukur masih mempunyai kediaman untuknya bersama isteri, Rozita Yakop, 36, dan lima anak mereka berusia dua hingga 12 tahun berteduh sejak 10 tahun lalu.

Pendapatan yang tidak seberapa dan terpaksa mendahulukan keperluan anak kerap membantutkan hasrat Jari membaiki kediaman diwarisi daripada ibu bapanya itu yang hampir runtuh dan lantai yang mereput.

Setiap kali tiba musim perayaan, saya sebak kerana tidak sanggup mendengar pertanyaan anak bila akan mengecat rumah seperti dilakukan jiran lain. Mereka masih kecil dan amat teruja melihat jiran mengemas dan menghias rumah untuk menyambut 1 Syawal.

Namun, kekangan kewangan menyebabkan saya masih tinggal di kediaman uzur ini dan hasrat menggembirakan anak dengan membaiki dan mengecat kediaman kami kerap terbantut, katanya.

Katanya, pendapatan RM1,600 sebulan hanya cukup menampung keperluan mereka sekeluarg dan RM1,000 diperuntukkan untuk keperluan persekolahan anaknya.

Sejak 10 tahun lalu, kami tinggal dalam keadaan tidak selesa kerana ada bahagian lantai sudah reput manakala atap zink bocor. Kerosakan atap semakin serius apabila ada yang diterbangkan angin ketika ribut di kawasan ini.

Kini kami hanya mendiami ruang di bahagian bawah yang hanya berlantaikan simen kerana bahagian utama (rumah asal) sudah terlalu uzur, katanya.

Prihatin dengan kesukaran suaminya menyara keluarga, Rozita berkata, dia berhenti kerja untuk menjaga anak mereka.

Sebagai isteri saya reda dengan keadaan ini dan tidak pernah merungut apabila terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa selain menghantar dan mengambil tiga anak dari sekolah, katanya.

Sumber: Harian Metro
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Tak semua kes kemiskinan seperti menimbulkan rasa simpati. Sudah tentu bersimpati dengan nasib anak-anak kecil tersebut, tetapi persoalan timbul bila dah duduk di rumah usang tersebut selama 10 tahun, takkan sekeping dua zink tak mampu dibeli dlm sebulan. Bila bumbung elok, dinding lantai semua akan jadi elok. 46 tahun masih lagi muda, masih lagi bekerja dan masih ada pendapatan.

Maaf, mmg tak wajar saya mempertikai kemiskinan orang. Cuma saya teringat saudara-mara saya di Felda yg dulu rumahnya kecil dan buruk, berkat kerajinan, kiri rumah semua besar-besar dan anak-anak pun berjaya. Beliau kena buat sesuatu untuk memperbaiki ekonomi keluarga.
 

abarua46

freshman
Joined
Feb 17, 2015
Messages
6
Points
1
ya ampuun, atap rumah udah kaya begiitu masih aja di diemin yah? apa gak mengundang rasa simpati dan empati masyarakat sekitar?
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Emangnya semua kasian melihat anak2 kecil berteduh bawah atap yg bocor. Persoalannya knp rumah sdh didiamin 10 tahun gak bisa diganti sendiri atapnya? Katanya ada pendapatan.
 

abarua46

freshman
Joined
Feb 17, 2015
Messages
6
Points
1
Emangnya semua kasian melihat anak2 kecil berteduh bawah atap yg bocor. Persoalannya knp rumah sdh didiamin 10 tahun gak bisa diganti sendiri atapnya? Katanya ada pendapatan.
Seharusnya ada pihak pemerintah yang mau memperhatikan masalah seperti ini, masalah atap rumah dan keluarga seperti ini biasanya yang mengatur adalah dinas sosial dan perumahan.
 
Top