Saya terus 'bising' selagi tak turun harga kereta

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36


LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila BN menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan.

Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isi rumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, BN mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat.

Lebih teruk apabila BN enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar BN mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.


sumber;www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/saya-terus-bising-selagi-tak-turun-harga-kereta-1.201979
 

dewatawangian

freshman
Joined
Sep 22, 2013
Messages
639
Points
18
Jangan salah faham ttg harga kereta ni. Contoh paling dekat ialah Singapura. Harga kereta tersangatlah murah sbb bebas cukai.Tapi bila kita dah beli dan kereta nak bawak atas jalan, mcm2 kena bayar. Last saya check, Toyota Vios boleh mencapai SGD120,000 untuk berada atas jalan raya. Pulak tu untuk 10 tahun jer. Rasanya, malaysia ni kira murah la lagi.....keta boleh pakai sampai puluh puluh tahun. :D
 

wzul

freshman
Joined
Dec 20, 2012
Messages
17
Points
0
Jangan salah faham ttg harga kereta ni. Contoh paling dekat ialah Singapura. Harga kereta tersangatlah murah sbb bebas cukai.Tapi bila kita dah beli dan kereta nak bawak atas jalan, mcm2 kena bayar. Last saya check, Toyota Vios boleh mencapai SGD120,000 untuk berada atas jalan raya. Pulak tu untuk 10 tahun jer. Rasanya, malaysia ni kira murah la lagi.....keta boleh pakai sampai puluh puluh tahun. :D
Apa jadi dengan kereta bila mencapai umur 10 tahun?
 

wzul

freshman
Joined
Dec 20, 2012
Messages
17
Points
0
bro...kalau preve 50k....brapa la agaknya harga Viva. Maybe 10k. Kalau skrg pun balik raya dah jammed gila......camne la plak kalau harga keta murah gila. Nak ke overnight atas highway.....heheheheh
Jadinya, diluar negara, jalan jammed sbb harga kereta murah?
 

dewatawangian

freshman
Joined
Sep 22, 2013
Messages
639
Points
18
Jadinya, diluar negara, jalan jammed sbb harga kereta murah?
yup....tapi kebanyakan negara akan impose other tax or charges (road tax, higher income tax, higher insurance, tol,special tax.....etc) sebagai salah satu cara untuk mengawal populasi kereta. Kalau kat hong kong atau macau, siap kena beli parking lot lagi. Tak murah pulak tu.....bergantung pada kawasan,bleh capai separuh harga rumah. Ini pengalaman saya sendiri masa cecuba nak beli keta kat macau. Harga Honda Euro tak sampai RM30k. Tapi harga keta sajalah, blom masuk benda lain lagi......heheheheh
 
Top