Saya nak kongsi dengan anda semua ...

iki70

freshman
Joined
Jan 27, 2006
Messages
33
Likes
0
Points
6
Age
49
Offline
#1
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ucapan terima kasih saya kepada mr. shuth kerna menjemput saya join wangcyber.com setelah chat ngan beliau kejap tadi.

Setelah membaca suku bahagian daripada forum wangcyber.. saya akhirnya memberanikan diri untuk memposkan mesej dalam index bis online / internet biz.. nak kongsi2 dengan rakan2 yang baru di sini.

K.. saya mula menceburkan semula internet online ni pada Julai 2005 sejak berhenti pada 1997 (ketika itu.. online takde visi pasal tak tahu apa yang perlu diketahui yang boleh membawa keuntungan). Pada satu hari.. member lama datang berkunjung kerumah setelah hampir 8 tahun tak jumpa. Mula2 datang tu.. member saya (Kamaruddin Salleh) buat bisnis MLM AKMAL. Satu perkara yang beliau guna untuk pancing produk AKMAL pada saya ialah PROPOLIS GREEN. Bila test 2 3 titis.. fuh. Produk bagus.. hari tu juga saya bli dan jadi ahli. Dan kebetulan pula.. brader saya melobi saya supaya online guna DIGI GPRS guna laptop MAC. Dan dari situ.. saya semakin menjadi 'ketagih' online.

Mungkin takdir Tuhan.. dekat2 penghujung Julai 2005.. saya berniat untuk ada domain hosting sendiri.. surf punya surf.. jumpa sempoihosting. Setelah berpuashati.. saya ambil keputusan tuk berurusan dengan SH dan untuk pertama kali.. saya ada website berbayar sendiri... www.msham70.com . Namun yang sedihnya, saya langsung takde pengalaman membuat website. Maka terpaksalah beli buku pasal HTML. Mr. shuth ada memberi beberapa tips pasal nak mula dsbnya. Tq mr. shuth.

Program HYIP yang pernah saya join dan hancus ialah oopsclub. Ada RM500 hilang gitu je tak sempat nak merasa pulangannya. Tapi itu tidak mematahkan semangat, walaupun sakit juga pasal duit tu pinjam punya.
Ada member online ajak main ST, saya join tapi sebagai ahli biasa je. Kenapa tak upgrade.. pasal takde modal. So ada juga beberapa autosurf yang saya join.. sampai pening pula. Bayangkan autosurf guna GPRS.. fuh lambat.. ditambah lagi dengan bikin website.. edit itu ini, cari bahan dan macam2, sampai rutin tidur berubah.. hingga sekarang, semata-mata nak cari sesuatu yang boleh saya buat dan berjaya.

Satu sahaja yang saya nampak bila buat bisnis online ni. PROMOSI diri untuk perkenalkan kepada orang kurang. Menyakinkan orang susah.. nak tipu susah juga.. buat testimoni itu dan ini.. namun tidak dinafikan memang ada yang berjaya, namun keyakinan diri itu pandai berubah bila mula je buat.. Iklan dan sebagainya.. jika ditakdirkanNya.. memang boleh berjaya. Do'a Usaha Ikhtiar dan Tawakkal baru jadi DUIT.. :)

Bila saya ditanya.. berapa dah RM ko dapat dalam online bisnis ni.. itulah soalan yang susah nak jawab. Tapi kalu ditanya berapa sudah saya laburkan.. memang senang, pasal memang banyak bagi diri saya.. dan setakat ni ada macam-macam sudah saya join (mungkin sedara sedari lebih banyak dari saya.. :lol:).. namun masih lum dapat sesuatu yang boleh diharapkan. Kesilapan boleh diperbaiki dari masa ke masa.. itulah guru yang terbaik.

Orang tak akan kenal siapa dan apa kita buat kalu tidak dengan asbab PROMOSI. PROMOSI MEMANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG KUAT jika dibuat dengan cara yang betul dan yang penting NO SPAM.. tapi kengkadang.. spamming ni lah yang berlaku. Ada baik dan buruknya.. bukan 100% baik.. juga bukan 100% 'jahat' hehhe.. :roll: .

Selepas pandai sikit2 buat website dengan bantuan software DWeaver versi MAC dari brader saya. Saya berurusan sekali lagi ngan SH untuk dapatkan www.abs2u.biz dan kedua2 website saya ni belum dipromosikan sehabis-habisnya pasal melihatkan kepada beberapa kekurangan dari pihak saya. Memang betul kata2 dan idea member2 di sini.. skill takde payah juga kalu buat keje sorang2. Bila saya membuat perbandingan ngan website2 lain.. fuh jauh beza, dan mungkin sebab itu saya masih lagi membiarkan promosi ni untuk website ditangguh dulu.. walaupun kengkadang tanpa disedari buat promosi tanpa disedari.. hehehe.

Ok.. harap kengkawan kat sini tak boring.. sekadar nak kongsi jalan cerita. Dilanjut mengenai beberapa produk yang online2 ni yang saya join. Satu mreward.. Rmall.. kemudian susu IgGplus (join SST ) dan yang terkini 16 Januari baru2 ni.. juvio https://secure.juvio.com/shared/reguserlogin.asp?refer=msham70 dan mach90 http://www.mach90.com/pre.asp?username=msham70 . Seperti dalam forum dalam wangcyber.com memang tidak dinafikan.. penggunaan pembayaran online ni masih tidak berapa 'laku' mungkin disebabkan kurang faham konsep, tak celik ICT dan yang paling ketara ialah penggunaan mastercard dan pembayaran online masih 'digeruni'.. takut kena klon dsbnya. So tertinggallah bisnis yang kita nak buat.. terhenti pasal peratus penggunaan pembayaran secara online masih jauh berbanding negara maju. Walaupun diberi pilihan seperti e-gold, stormpay, bullion dsbnya. Pendidikan ke arah pemahaman dan kesedaran pembayaran online perlu diperluaskan. Penjelasan mengenai tahap sekuriti sesuatu online transfer atau payment transfer perlu supaya kabar2 angin tidak mudah diikuti oleh orang2 yang jenis 'pak turut'.

Errmm.. susah juga ya. Namun saya bersyukur kerna dengan mengikuti beberapa forum, maka mata dan minda semakin terbuka.. jangan koyak sudah hehheheh.. :lol: . Okeylah setakat tu buat masa ni.. mohon maaf jika ada tersalah bahasa yang mungkin menyinggung perasaan dsbnya. SAYA MASIH LEMAH DAN MASIH MENCARI kebebasan wang ni.. mudah-mudahan semua ahli forum wangcyber akan berjaya juga akhirnya.. Amin Ya Allah.

Terima kasih sekali lagi kepada admin wangcyber ni kerna menjemput saya ke mari. Mudah-mudahan forum di sini menjadi media interaktif yang berjaya memberi manfaat kepada ahli2nya.

Wallahu'alam dan wassalam buat semua.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#2
waa... ini lah rasanya entri yang terpnjang kat wangcyber ini. :)
Apa-apa pun.. selamat datang sham... semoga forum ini dapat mmberi manfat kepada sham dan semua ahlinya. :)
 
Joined
Dec 26, 2005
Messages
185
Likes
0
Points
16
Offline
#6
waahh...waahh....

MACH90 tu adalah antara planning saya dlm 2006 ni...tapi setelah projek pertama ni berjaya dan selesai dulu lah....sebabnya kena ada modal yg bukan sedikit utk join internet MLM cam MACH90 ni.....

tapi saya dah ada plan.....yg saya akan lakukan dalam masa 6 bulan...maksudnya saya kenalah sediakan maintenece bulanan utk sekurang2nya 6 bulan sekianya menyertai program MLM tersebut.....apa2pun saya masih belum merancang dengan sepcicfic apa yg akan dibuat dari hari ke hari....kenalah habiskan dahulu apa yg sedang dibuat sbeelum melompat ke benda baru....

Cuma...saya tak berpuas hati dengan upline filifino yg memperkenalkan program ini....nampak sangat bergantung pada automasi program dan langsung tak tahu apa yg berlaku pada email box dia....bila kita hantar email pertanyaan tak satupun dibalas....memang kesilapan yang besar.....nampaknya bolehlah saya tukar upline kpd saudara/i iki ya? lagipun saya tak upgrade lagi.....

Nanti bolehlah ajar lebih lanjut mengenai compensation plan dia...masih blurr lagi...baru2 ni khawbarnya Juvio ada buat perubahan...apa bendenya tu agaknya?

Anyway Mr Iki....selamat datang ke forum WangCyber.com
 

iki70

freshman
Joined
Jan 27, 2006
Messages
33
Likes
0
Points
6
Age
49
Offline
#7
Pada saudagarmaya.. mach90 tu masih baru kepada saya. Baru join pada 14 dan pihak pengurusan mereka memberi akses kepada saya pada 16 Januari 2006. Saya explore mach90 ni dan juvio. Betul kata saudagarmaya pasal filipino tu. Saya sendiri ada cuba kontek upline saya.. tapi tak berbalas, namun saya rasa mungkin upline saya tu sibuk.

Saya berpendapat mr. shuth mengambil langkah bijak membina forum wangcyber ni. Beliau memberi beberapa idea dan persoalan bagi ahli2.. memikirkan bagaimana cara pendekatan dan strategi bisnis.. tidak kira apapun bisnis online yang kita buat. Yang pasti planning mempromosikan sesuatu produk secara online boleh dikongsi bersama. Sebab tujuan sama cuma pembawaan produk dan perkhidmatan sahaja yang berbeza.

Saya sedang berusaha sedikit-sedikit menguasai mach90 dan juvio ni, dan alangkah baiknya jika pihak pengurusan juvio dan mach90 dapat menterjemahan BI promo tu kepada pilihan BM selain bahasa spt Thai, Tagalog, saya ada e-mel team mach90 supaya diadakan promo antarabangsa dalam BM, harap2 permintaan ini dapat ditunaikan satu hari nanti, ia dapat memberi kebaikan dan pemahaman kepada mana2 rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kengkadang.. masalah bahasa adalah faktor utama. Nak join camner jika tak faham BI, saya sendiri bukannya pandai sangat.. bolehlah sikit.
KENAPA saya pilih mach90? Selepas melihat pengurusan daripada mach90.. saya lihat,

1. Kita diberikan satu laman web khas untuk membuat promo kepada rakan2, sedara mara dan kepada sesiapa yang ingin info lanjut kepada prospek. No Spam.. kod etika mach90 dan juvio memang tegas.
- Jika mana-mana prospek yang respon kepada laman web kita (cth http://www.mach90.com/pre.asp?username=msham70 ).. mereka akan diberi satu pautan unik agar emel lanjut mengenai mach90 dihantar kepada prospek setelah prospek mengaktifkannya. Dan kita akan diberi laporan mengenai perkembangan prospek, mana2 bahagian dalam website yang dikirim kepada mereka. Ertinya, mana2 bahagian laman web yang diklik oleh prospek kita ketahui.. cth. jika prospek klik plan marketing ke, flash demo ke dsbnya.
- Dlm akaun management mach90 kita, kita mempunyai beberapa list prospek yang sudah mengaktifkan pautan emel khas dari mach90. Kita boleh membuat kesimpulan terhadap mana-mana prospek kita.
2. Selain daripada itu.. jika kita tidak mampu mencari prospek.. kita bolehlah 'membeli' iklan.. 50USD untuk 125,000 kempen emel, dan maksima 300USD tuk 1,000,000 kempen emel. Ertinya bukan kita akan dapat 125,000 orang prospek.. mungkin dalam purata 100 ke 200 di serata dunia.. dan ini bergantung kepada respon prospek, follow up kita buat, sama ada auto atau manual.
3. Kita juga diberi bantuan pemasaran dalam bentuk softcopy dan hardcopy untuk didownload.
4. Bantuan kata-kata mengiklan juga diberi. Selain emel html telah direka untuk kita.
5. Bantuan online 24 7 secara interaktif.. boleh chat dengan team mach90.. bertanya mengenai bisnis dan strategi.

Ok.. nanti sambung lagi. Sebagai info saya sudah membuat yahoogroups untuk mach90 dan juvio ni ( http://finance.groups.yahoo.com/group/mach90-juvio_Malaysia/ ), cuma oleh kerana masih baru.. saya kena buat perlahan2 tapi berterusan.. saya harap penjelasan mengenai mach90 dalam BM dapat dilaksanakan oleh saya insyaallah.. bisnis local tetap saya teruskan.. mach90 ni global.. so 'backup' perlu seperti kata saudagarmaya.. :D , ketemu lagi.. Wallahu'alam. Salam sukses!
 
Joined
Dec 26, 2005
Messages
185
Likes
0
Points
16
Offline
#8
Kalau tak silap saya, saya termasuk Mach90 ni sekitar bulan 10 tahun lepas....tapi sampai sekarang pun tak pernah register lagi....dan saya uji2 jugaklah si UPLINE tu.....tengok samada dia aktif ke idak...nampak cam tak aktif je....then saya guna search engine cari pasal Mach90 dan jumpa laman web peribadi yg explain details pasal Mach90 compensation....saya cuba contact owner website tu...dan bagusnya dia menjawab dengan baik.....

so masa tu saya putuskan kalau saya nak join Mach90 nanti saya akan join under dia....buat apa nak tolong Upline yg tak buat apa2 kan....

2. Selain daripada itu.. jika kita tidak mampu mencari prospek.. kita bolehlah 'membeli' iklan.. 50USD untuk 125,000 kempen emel, dan maksima 300USD tuk 1,000,000 kempen emel. Ertinya bukan kita akan dapat 125,000 orang prospek.. mungkin dalam purata 100 ke 200 di serata dunia.. dan ini bergantung kepada respon prospek, follow up kita buat, sama ada auto atau manual.
Saya rasa dekat situ ramai yg buat silap....ingat bende ni automatis maka bolehlah goyang kaki...usaha tu mesti ada......interaksi dengan donwline, prospek mesti sentiasa ada.....lepas beli iklan, dapat prospek kenalah layan prospek tu betul2......

oh ya....baru2 ni email autorespnder diorang sampaikan news yg saya dah miss dlm 200 lebih PV ke GV saya tak ingat....adalah dlm 4-5 org yg lompat upgrade. Tapi saya tak akan terburu2 lagi....kalau join benda ni tak perlu maintain bulanan tak apa....tapi yg ni adala dlm $50 sebulan kan.....maka kalau dah join tu kena berhempas pulas lah mengejar rank.....

Anayway buat encik Iki saya ucapkan selamat berjaya....saya pun pernah terfikir pasal wujudkan bahasa melayu utk site Mach90....tapikan, computer tech support dari Juvio tuh ada dlm bahasa Melayu gak ke...kata diorang available dlm 10 bahasa kan?
 

iki70

freshman
Joined
Jan 27, 2006
Messages
33
Likes
0
Points
6
Age
49
Offline
#9
Anayway buat encik Iki saya ucapkan selamat berjaya....saya pun pernah terfikir pasal wujudkan bahasa melayu utk site Mach90....tapikan, computer tech support dari Juvio tuh ada dlm bahasa Melayu gak ke...kata diorang available dlm 10 bahasa kan?
Terima kasih saudagarmaya.. semoga anda juga berjaya.. Amin Ya Allah. Sebagai info tuk saudagarmaya.. tech support dari juvio tak de dalam BM.. setakat ni ada.....
International Tour: English | Spanish | Portuguese | Vietnamese | Tagalog | Chinese | Thai | Russian | Greek | Croatian | French | German |? |

harap2 yang |?| tu nanti dalam BM.. bila, saya kena bertanya beberapa kali dan berharap dapat respon positif dari juvio dan mach90.. dapatkah mereka melaksanakan international tour dalam BM.. harap2 takde kontra ke konflik dalaman... :roll: dari juvio dan mach90.

Kalau tak silap saya, saya termasuk Mach90 ni sekitar bulan 10 tahun lepas....tapi sampai sekarang pun tak pernah register lagi....dan saya uji2 jugaklah si UPLINE tu.....tengok samada dia aktif ke idak...nampak cam tak aktif je....then saya guna search engine cari pasal Mach90 dan jumpa laman web peribadi yg explain details pasal Mach90 compensation....saya cuba contact owner website tu...dan bagusnya dia menjawab dengan baik.....
leh tak saudagarmaya beri URL web peribadi yang explain pasal mach90 ni.. :D saya amat2 berterima kasih jika saudagarmaya pautkan di sini. Terima kasih.
 

iki70

freshman
Joined
Jan 27, 2006
Messages
33
Likes
0
Points
6
Age
49
Offline
#11
kepada mohdsufian.. tq. Moga sesiapa saja yang berada di sini berjaya. :D
 
Joined
Feb 1, 2006
Messages
427
Likes
1
Points
18
Offline
#13
sham(iki70), urang sabah ba ko ni kan ehehe sekampung ba kita hehe

nda ku sangka jumpa juga urg kampung di sini aa ehehe... aku ni urg inanam ba.. urang mana jugak ko ni sham?

ba kasi ramai2 ba kita bisnes internet.. macam mana bisnes ko sham? ok ka jugak? heheheehe
 

iki70

freshman
Joined
Jan 27, 2006
Messages
33
Likes
0
Points
6
Age
49
Offline
#14
matieu said:
sham(iki70), urang sabah ba ko ni kan ehehe sekampung ba kita hehe

nda ku sangka jumpa juga urg kampung di sini aa ehehe... aku ni urg inanam ba.. urang mana jugak ko ni sham?

ba kasi ramai2 ba kita bisnes internet.. macam mana bisnes ko sham? ok ka jugak? heheheehe
Salam untuk anda mr matieu.. lama juga saya inda masuk c ni. Kurang sihat plus sibuk ngan tugas2 rasmi. Apapun.. trus terang, bisnes internet ni bagi saya lum lagi setahun jagung. dan lum ada lagi pendapatan yang tetap di internet untuk saya kecapi. AMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENGENAL SIAPA SAYA DALAM DIRI SAYA DALAM BISNES INTERNET.. macam kita round2 tingu2 sumandak2 di KK dulu2. Memang semua 'cantik' dan semua kalu buli mau diambil, malangnya.. sikap tamaha seperti inila yang merusakkan diri dan tidak ketinggalan melibatkan orang yang sama 'level' dengan kitaorang.

Matieu mempunyai bisnes yang saya kira, memang buli tahan dan SEMOGA MR. MATIEU MY FRIEND.. I TELL U, KO MISTI BERJAYA DENGAN CEMERLANG DENGAN BISNES YANG KO BUAT.

Ingin juga saya bergerak ke sana dan kemari secara offline.. tapi nampaknya.. usia yang 35 ni, ditambah lagi dengan sifat malas training2 macam dulu2 tusana, menyebabkan saya lebih suka ampai2 di rumah online. Senang tapi menyakitkan.

Mr. matieu.. di forum wangcyber ni.. setakat ni saya lihat memang macam2 pe el dan seperti dalam keluarga bisnes pelbagai arah.. dan dengan satu tujuan yang sama.. duit yang boleh dijadikan pendapatan sampingan atau sepanjang hayat. YANG NDA TAHU JADI TAHU, YANG TAHU BERTAMBAH TAHU.. dan macam2 lagi.

MEMANG TIDA DINAFIKAN.. BERLAKU SALAH LANGKAH, KENGKADANG SAYA JADI PALUI N BANGANG.. LEBIH2 LAGI BILA BUAT BISNES DI INTERNET NI TIDAK ADA GURU BIZ YANG CAMPIN.. NAMUN KESILAPAN DAN TEGURAN DARI MEMBER2 SECARA TERTUTUP MEMBERI BANYAK PENGAJARAN.. DAN SEMOGA KESALAHAN PERTAMA TIDAK DIULANGI BALIK2... :roll:

Bah.. k mr matieu, terima kasih kerna respon di c ni. O ya.. saya stay di Putatan, Kg Ketiau.. :lol: , Putatan sia tingu makin prosper.

Bah jumpa lagi....
 
Top