Huh hebat juga thread ni...bab kencing manis ni mmg kompleks skit.
Setakat saya tahu, kencing manis ialah penyakit yang tidak dapat reverse once dia telah develop. Cuma kalau diperingkat awal...terdapat istilah namanya Impaired Glucose Tolerance (IGT), biasanya kalau sampai peringkat ini...cara nak reverse balik ialah kawal pemakanan, bykkan puasa, kurangkan berat badan dan paling penting exercise dengan sebanyak-banyaknya. Tanda-tanda seseorang akan didatangi kencing manis ialah...pertambahan berat badan yang mendadak..itu paling penting kerana lemak yang byk berkumpul di otot akan menyebabkan insulin kurang berkesan...popsss jadilah kencing manis.
Bagi yang dah terkena...ubat hospital hendaklah dimakan secara mengikut jadual, pemakanan hendaklah dikawal (lebih baik jumpa pakar pemakanan untuk dapatkan nasihat) dan bersenam...bersenam dan bersenam...
Kajian menunjukkan pengurangan berat badan dgn berpuasa boleh mengawal kencing manis, akan tetapi jika pengawalan makan, dan senaman jika digabungkan..kesan adalah sangat-sangat baik. Itu setakat saya tahu...