saya disahkan kencing manis..tolong!

Hafiz Wasa

Senior
Joined
Feb 24, 2008
Messages
1,194
Points
38
hai kawan-kawan,

perkongsian sy pada kali adalah berdasarkan pengalaman saya menguruskan
pesakit kencing manis di klinik kesihatan daerah..

pertama sekali, jika anda didiagnose kencing manis sila jangan gelabah.
kerana penyakit ini sebenarnya boleh dikawal dan boleh baik sebenarnya.

Sebelum kita pergi lanjut, kita kena tahu apa itu kencing manis. disini saya
terangkan secara ringkas sahaja ok..

kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa dalam badan kita terlalu tinggi.

Kenapa kandungan glukosa menjadi tinggi dalam darah?

Ini kerana glukosa dalam darah tidak dapat disimpan didalam sel badan yang
sepatutnya. Jadi glukosa akan berlegar-legar didalam darah kita dan kesan ini boleh
menjejaskan sistem badan yang lain.

Kencing manis tergolong kepada 2 jenis iaitu:
1) type 1 diabestes (kencing manis jenis 1)
2) type 2 diabetes (kencing manis jenis 2)

ok, kebanyakkan pesakit kening manis di Malaysia mengidap kencing manis jenis 2 sebanyak 80% (statistik 2005), jadi sy jelaskan mengenai kencing manis jenis 2 sahaja. untuk maklumat jenis 1, anda boleh google sendiri ya.

Kencing manis jenis 2 terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.

Apabila glukosa dalam darah tinggi, iuntuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.

Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin.

bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....

Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel.

dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.

Ok, setakat ini saya harap anda faham bagaimana kencing manis terjadi...

Jadi jika anda disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?

ada 3 perkara yang perlu anda buat...

pertama, diet...jika memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak.
Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa. seeloknya makan beras perang seperti basmati.

kedua, senaman...kajian menunjukkan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang.
Tidak perlu senaman kuat-kuat. sekadar berjalan kaki selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.

Ketiga, makan ubat dengan betul...ramai yang komplen ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah...kenapa ia terjadi?
sebabnya cara makan tidak betul..

Ubat kencing manis tidak boleh diambil sesuka hati. ia ada peraturanya supaya kesan terapeutik ubat dapat tercapai secara optimum.

contohnya, ubat jenis metformin, ia perlu diambil selepas makan...

ubat jenis gliclazide atau glibenclamide, ia perlu diambil sejurus sebelum makan atau sejurus selepas makan.

dan ubat jenis acarbose, ia perlu diambil bersama-sama makanan.

Setiap ubat jenis tindakan mereka berbeza, jadi anda wajib mengambil mengikut jadual makan yang ditetapkan supaya mereka dapat bekerja secara baik.

Jika ia perlu diambil 2 kali sehari maka anda perlu mengambilnya 2 kali sehari mengikut waktu yang betul. Jika biasa makan pukul 8 pagi dan 8 malam, teruskan jadual makan yang begitu. jangan pula esokkan harinya ambil 6 pagi dan 10 malam, jadi kesan ubat akan terganggu.

Boleh tak jika saya ambil ubat hospital bersama herba?

boleh tetapi dengan syarat anda perlu tahu bagaimana untuk kontrol kandungan gula dalam darah anda.

Pastikan anda sentiasa cek kandungan gula dlm darah anda menggunakan alat glucometer.

Bukan apa, saya takut herba berkenaan jika diambil bersama ubat hospital akan menurunkan dengan cepat kandungan gula dalam darah anda. jadi anda akan alami hypoglycemia (gula dalam darah berkurang)... dimana situasi ini boleh membawa kepada kegagalan jantung.

Pastikan juga anda jarakkan waktu pengambilan herba bersama ubat hospital.

TETAPI jika anda tidak tahu mengawal keadaan anda jika mengalami hypoglycemia, saya nasihatkan anda jangan mengambil herba. teruskan sahaja dengan ubat hospital.

Diharapkan perkongsian ilmu saya yang tidak seberapa ini dapat memberi satu persepsi positif kepada anda yang mengidap kencing manis.
Kencing manis bukan tidak boleh dirawat tetapi anda perlukan ilmu yang betul untuk merawat diri anda.

Ada banyak kes saya temui pesakit yang baru disahkan diabetes kembali normal setelah mereka mengawal dengan baik kandungan gula dalam badan mereka. mereka hanya melakukan 3 perkara, diet yang betul...senaman yang konsisten ..dan..patuhi arahan ubat...InsyaAllah perkara perkara berkenaan dapat meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel badan...

sekian terima kasih...
 

Nakia

freshman
Joined
Jun 19, 2009
Messages
301
Points
18
Betul amalkan pemakanan seimbang insyallah selamat :)
 

mfm84

freshman
Joined
Aug 29, 2009
Messages
521
Points
16
salam bro

dari penerangan yang di beri ni memang lengkap

bro ni doktor ke?
 

abelljefrry

Senior
Joined
May 15, 2009
Messages
1,029
Points
38
thanks for the great info brother.

p/s: saya ni muda muda pun risau juga. saya makan banyak, banyak gila, tapi badan kurus keding. tengok2 pumbuluh darah sempit, dah high blood pressure. cacing banyak pun satu hal. haha.
 

Hafiz Wasa

Senior
Joined
Feb 24, 2008
Messages
1,194
Points
38
thanks for the great info brother.

p/s: saya ni muda muda pun risau juga. saya makan banyak, banyak gila, tapi badan kurus keding. tengok2 pumbuluh darah sempit, dah high blood pressure. cacing banyak pun satu hal. haha.

abell, betul tu..masa kita muda inilah kita perlu menjaga kesihatan betul-betul..

jangan dah kena baru nak terngadah...

sy sendiri pernah berjumpa dgn seorang lelaki yang terlalu obes dimana dia mengidap darah tinggi dan kencing manis.
dan usianya baru 30 tahun..
 
Joined
Nov 28, 2010
Messages
53
Points
0
Panduan Penjagaan Buah Pinggang Bagi Pengidap Kencing Manis

Diabetes adalah suatu penyakit di mana glukosa darah (atau gula darah) berada di atas paras normal. Pesakit diabetes mempunyai masalah menukarkan makanan menjadi tenaga. Selama bertahun-tahun, glukosa darah menjadi tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf dan pembuluh darah, mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, stroke, kebutaan, penyakit buah pinggang, saraf, dan jangkitan gusi.

Penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes disebut penyakit buah pinggang diabetes, atau nefropati diabetes. Hal ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Selama proses tersebut, unit penapisan kecil buah pinggang perlahan-lahan mulai rosak. Tanpa rawatan, hal ini boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau membawa kepada kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya di mana buah pinggang gagal membuang sisa-sisa tubuh. Sisa berbahaya yang terkumpul di dalam badan akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Anda perlu menjalani rawatan dialisis dengan segera atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, memainkan peranan utama dalam perkembangan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kemungkinan seseorang mendapat penyakit buah pinggang akan lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai hipertensi atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi. Selain itu, perkembangan penyakit buah pinggang yang ada akan dipercepatkan lagi oleh hipertensi. Oleh itu pengesanan awal dan rawatan hipertensi walaupun diperingkat awal sangat penting bagi pesakit diabetes.

Sesungguhnya, diabetes boleh menyebabkan komplikasi serius dan sebahagian daripadanya tidak dapat dipulihkan, seperti penyakit buah pinggang. Tetapi anda boleh melakukan sesuatu untuk mencegah atau melewatkan datangnya penyakit buah pinggang jika anda mempunyai diabetes.

Berikut ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai diabetes.

1. Anda perlu memeriksa kadar gula dalam darah anda.

Jadikan bacaan kadar gula dalam darah anda sentiasa berada di paras normal atau paling kurang hampir dengan bacaan normal semampu yang anda boleh.Setiap kali anda menyemak gula darah anda, tulis nombor dalam buku nota anda. Anda sebenarnya boleh menguruskan diabetis anda dengan secara fizikal aktif mengikuti rancangan makanan yang sihat, dan mengambil ubat yang telah dideskripsikan kepada anda.

Pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk menguruskan diabetis adalah Pengurusan Glukosa Darah Secara Intensif. Ini adalah kaedah rawatan untuk mencegah dan melambatkan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kaedah rawatan ini sangat baik untuk pesakit diabetis, terutamanya bagi mereka yang baru di peringkat awal penyakit buah pinggang kronik.Rawatan ini bertujuan untuk menjaga kadar gula darah agar sentiasa mendekati paras normal. Ini termasuk:

* Kerap menjalani ujian gula darah
* Mengikuti panduan diet dan aktiviti yang telah dirancang
* Mengawal pengambilan insulin sepanjang hari berdasarkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
* Mendapatkan nasihat panduan kesihatan secara teratur

2. Sentiasa mengawal tekanan darah anda.

Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru dan Darah mengesyorkan supaya pesakit diabetis harus memastikan tekanan darah mereka berada di bawah 130/80 untuk membantu mencegah kerosakan buah pinggang.Melalui perancangan makan, ubat-ubatan, dan aktiviti fizikal yang yang teratur boleh membantu mengawal tekanan darah anda.Dengan menjaga tekanan darah anda agar berada di bawah kawalan juga boleh melambatkan atau menghalang komplikasi diabetes yang lain.Jika anda sudah mengalami kerosakan buah pinggang, tanyakan kepada doktor anda jika anda harus mengambil pil untuk melambatkan lagi kerosakannyanya. Terdapat dua jenis ubat-ubatan yang disebut angiotensin converting enzim (ACE) inhibitor dan angiotensin reseptor blocker (ARB),didapati boleh melindungi buah pinggang sambil menurunkan tekanan darah.

3. Anda harus mengikuti diet pemakanan secara sihat.

Anda boleh berbincang dengan doktor anda atau ahli gizi pemakanan tentang diet pemakanan yang tepat. Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, doktor mungkin akan menyuruh anda agar mengurangkan pengambilan makanan berasakan protin, seperti daging.Ini kerana makanan yang tinggi sumber protin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang anda. Para ahli mengesyorkan bahawa meraka yang mempunyai penyakit buah pinggang diabetes agar mematuhi pengambilan diet berprotin yang telah disyorkan kepada mereka.

4. Buat ujian darah dan air kencing sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Tujuan dilakukan ujian air kencing ialah untuk mengesan kemunculan protin dalam urin dan ujian darah untuk memeriksa kreatinin. Keputusan ujian ini akan dapat memberitahu kita seberapa baik buah pinggang anda berfungsi.


5. Elakkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.

Untuk jangka masa panjang, pengambilan ubat penahan sakit, seperti aspirin atau acetaminophen, boleh merosakkan buah pinggang. Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit yang agak kronik.Mereka boleh mengesyorkan kepada anda ubat-ubat alternatif untuk mengurangkan rasa sakit anda tanpa memberikan risiko kepada buah pinggang anda.

Jika anda mempunyai diabetes atau hipertensi, anda mesti melakukan pemeriksaan secara teratur dan ingat supaya sentiasa pastikan agar kandungan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah anda sentiasa mendekati paras normal. Dengan melakukan ini, anda sebenarnya telah memberikan suatu bantuan besar untuk buah pinggang anda.
 

1stStep

freshman
Joined
Oct 6, 2010
Messages
151
Points
0
SELAIN MAKAN UBAT ADA CARA LAIN LAGI NAK BERUBAT KENCING MANIS NIE
dengan cara urutan..PM aku kalau nak tau tempat nye..insyaallah mujarab..
 

KhatibNzahkh

freshman
Joined
Aug 15, 2010
Messages
200
Points
0
amalkan makan buah2an sebelum bersarapan
minum jus buah...bersenam. cth buat kerja rumah
saperti mop lantai / cuci tandas hingga berpeluh baru ambil sarapan pagi
hehe anda rasa segar dan rumah pun bau segar
 

man_kelang

freshman
Joined
Dec 13, 2008
Messages
250
Points
16
Thanks bro...good info. Yang saya tau pengidap kencing manis ni tak bleh banyak sgt mkn nasi kan? kandungan gula kat nasi tinggi
 

Hafiz Wasa

Senior
Joined
Feb 24, 2008
Messages
1,194
Points
38
Thanks bro...good info. Yang saya tau pengidap kencing manis ni tak bleh banyak sgt mkn nasi kan? kandungan gula kat nasi tinggi

Ya betul tu man, nasi mengandungi kandungan kanji yg tinggi.
Kanji yg tinggi ini pula akan ditukarkan kepada glukosa.

Glukosa yg tinggi ini x dpt diproses utk msk kedalam sel.

Jadi kandungan glukosa dlm badan semakin byk dan potensi berlakunya hipertensi, kegagalan buah pinggan & kegagalan jantung...
 

kephal

freshman
Joined
Dec 13, 2010
Messages
515
Points
0
makanan skang ni banyak jenis yg manis2. 1 sudu sudah cukup..eh mcm iklan la plak
 

mohdamir

freshman
Joined
Nov 20, 2007
Messages
179
Points
16
Untuk pengetahun korang jugak, kebanyakkan syarikat insurans /takaful tak mengkategorikan diabetes sebagai penyakit kritikal...
 

rashid abdullah

freshman
Joined
Sep 15, 2010
Messages
240
Points
0
Good sharing bro Hafiz..
cuma sy nak tambah sikit...pattern of treatment skarang dah semakin berubah yg mana kebanyakan pesakit diabetes jenis II ni selalunya kandungan gula dlm darah mereka tidak terkawal. salah satu sebab mcm bro Hafiz sebutkan..cara makan ubat tidak betul..jadi selalunya untuk meningkatkan kawalan gula mereka,doktor akan memulakan rawatan suntikan insulin setelah betul2 confirm pesakit memang tak boleh ikut cara makan ubat dengan berkesan. masalahnya pesakit pulak yang rasakan bila kena inject insulin,,,that's the end of the world..sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Penggunaan suntikan insulin bukanlah bermakna hidup mereka sudah sampai ke penghujung. zaman dah berubah, semakin banyak pesakit diabetes jenis II skarang menggunakan insulin suntikan. tambahan pula, teknologi skarang menghasilkan jarum yang cukup halus untuk mengelakkan rasa sakit di tempat suntikan. paling terkini adalah penggunaan jarum suntikan dalam bentuk pen..cukup senang digunakan,mudah dibawa kemana mana dan dibekalkan secara percuma lagi. orang yg kerja kesihatan siap boleh buat demo lagi cucuk perut sendiri kat pesakit. hasilnya, kawalan gula akan lebih baik, pesakit dapat elakkan risiko komplikasi diabetes dan kualiti hidup pun akan meningkat.....:)
 

Tengku Faris

Newbie
Joined
Oct 8, 2009
Messages
2,796
Points
36
Bro, terbaek artikel ni.. Thanks!

Risau plak ngan penyakit2 ni.. Haishh! :D
 
Top