Luar Negara Samsung gantung jualan Note 7 kerana bateri meletup

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38

Presiden Mobile Buissness Samsung, Koh Dong-Jin (kiri) dan gambar di media sosial menunjukkan Note 7 hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci terbakar dan cair.

Seoul: Samsung hari ini, menggantung jualan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.

Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin, berkata pihaknya telefon bimbit terkemuka dunia itu menyatakan ia menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

"Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.

Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.

Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara. - Metro



 

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
Pelanggan Galaxy Note7 di Malaysia diminta hubungi Samsung untuk tukar telefon baru

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronis (SME) meminta semua pelanggannya yang telah membeli Samsung Galaxy Note7 untuk menghubungi pihaknya bagi tujuan penukaran telefon baharu.


Samsung dalam satu kenyataannya berkata, pelanggan perlu menghubungi talian 1-800-88-7799 bagi tujuan penukaran tersebut.

“Samsung akan menggantikan telefon baharu secara sukarela, pelanggan perlu menghubungi talian khidmat pelanggan sebelum ia boleh ditukar,” kata kenyataan itu.

Samsung sebelum ini mengumumkan pada 1 September lalu, terdapat 35 kes kebakaran berlaku ketika Note7 dicas. Samsung kini telah menghentikan penjualan peranti tersebut.


Artikel Penuh: Kosmo! Online - Terkini
 
Top