Rumah Masa Depan??????

zaki77

freshman
Joined
Sep 4, 2007
Messages
231
Points
16
Pernah tak korang terfikir macam mana rupanya rumah masa depan?

saya pernah melihat dalam tv.. kebanyakan rumah di masa
depan yg telah direka mempunyai alat lawalan yg mudah seperti computer kecil yg dipasang di dinding.

Ia berfungsi sebagai control centre yang mengawal segala
alat di rumah tersebut. Contohnya kecerahan lampu, aircond, suhu rumah, pengera keselamatan tv, telefon dan sebagainya.

Tapi kat malaysia belum pernah jumpa benda macam tu.
Korang pernah ke jumpa rumah macam tu kat Malaysia?
Kalau ada kat mana ye?
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
ada..kalau nak kene order la kot.. huhuhu..

kalau ko tanya pasal remote control, memang ada remote control yg bleh control semua barang yg gunakan alat kawalan. ia dipanggil universal remote control. satu controller bleh guna utk semua barang. gi kedai letrik, biasanya ada jual.
 

ENY

freshman
Joined
Nov 11, 2007
Messages
52
Points
6
Age
36
aritu masa final project kawan eny ada buat sistem ni.. mmg cangih, ramai yang berminat nak milikinya tapi kos tinggi skit ar nak membuatnya... ada satu lagi member dia buat untuk orang lumpuh tapi kesian last2 tak jadi coz tak kene dengan frekuensi yang dikehendaki...

ini klu betul2 jadi banyak best gakk...
 

biznezprepaid

Newbie
Joined
Sep 30, 2007
Messages
1,012
Points
16
Wah macam best je...Kalau kat Japan tu maybe ada...Kan mereka lebih advanced dari kita kan>??
Semoga ada gak rakyat Malaysia yang bikin rumah cenggini lagi canggih...
 

reezluv

Senior
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,115
Points
38
Pernah tak korang terfikir macam mana rupanya rumah masa depan?

saya pernah melihat dalam tv.. kebanyakan rumah di masa
depan yg telah direka mempunyai alat lawalan yg mudah seperti computer kecil yg dipasang di dinding.

Ia berfungsi sebagai control centre yang mengawal segala
alat di rumah tersebut. Contohnya kecerahan lampu, aircond, suhu rumah, pengera keselamatan tv, telefon dan sebagainya.

Tapi kat malaysia belum pernah jumpa benda macam tu.
Korang pernah ke jumpa rumah macam tu kat Malaysia?
Kalau ada kat mana ye?
yang tu dah ade dah kat M'sia..cuma yang pakai skang ni cuma office yang berstatus tinggi je pakai camtu..syarikat Bumiputera yang punya company handle tu..berstatus MSC lagi tu..aku tgk kat TV3 lau tak silap..die tunjuk..die dapat fund melalui MDEC rasanya..memang best..semuanya di hujung jari..hehe
 

sarang

freshman
Joined
Sep 3, 2006
Messages
62
Points
6
Rasanya Zul (ZulDesign) pernah buat contoh rumah pintar dulu. Sebuah universiti tempatan kita pun pernah kemukakan konsep rumah pintar ni beberapa tahun dulu. Tapi mungkin kos menghasilkan rumah sebegini masih tinggi. Antara idea yang diketengahkan sekarang adalah berkaitan dengan 'energy saving', yelah kos elektrik makin tinggi sekarang ni.
 

gmos

Senior
Joined
Feb 13, 2006
Messages
2,741
Points
38
kalau saya lah..saya nak rumah yang buleh bertindak mengikut apa yang saya fikir...

kira nya ada satu alat yang buleh baca fikiran/gelombang otak manusia..
bita duduk je kat mana2 tempat kat rumah..dan bila kita fikir nak bukak tv..tup tv plasma 120" terbuka sendiri..
fikir nak dengar music top5 di carta billboard..tup PC dengan capaian internet terbuka sendiri lalu mencari top5 list billboard dari internet dan terus playback lagu2 dalam list tu..
fikir nak mandi..tup terus pili air panas2 suam tab mandi terbuka sendiri..
fikir nak minum jus..tup2 ada yang tolong perahkan jus dan bawa jus tadi ke tangan kita..
huhu..punya la malas punya tuan rumah :D

tapi mmg ada dah teknologi yang buleh baca fikiran..tapi tak perfect lar..
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
AKu try interior design umah aku dgn konsep2 masa depan SOHO di Malaysia..

1- bilik tetamu especially parent sebab xpayah naik turun tangga (ground floor)
2- bilik aku (tingkat 1)
3- bilik office internet bizz + library (tingkat 1)
4- bilik gyms (tingkat 2)
5- bilik tetamu II (tingkat 2)
 

gmos

Senior
Joined
Feb 13, 2006
Messages
2,741
Points
38
tambah lagi -

6- laman belakang buat padang golf..
7- laman tepi kanan tempat letak/landing skycar
8- laman tepi kiri buat fountain water fall siuap dengan theme park.
9- sambungan broadband dengan kelajuan 40GBps terus ke server room di basement.
 
Top