RM10,000 : Apabila Cina Buto dijadikan perniagaan...

Joined
May 22, 2007
Messages
6,621
Likes
2
Points
38
Offline
#1
kenapa? jawapannya mudah. kerana duit dan keseronokan semata mata...

duit punya pasal... ada yang ambik kesempatan. cina buto pun dijadikan perniagaan?

JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.


Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.
laporan hairan metro kontemporari masa kini...
 
Joined
May 9, 2011
Messages
1,448
Likes
0
Points
36
Offline
#4
lagi salahkan spe yg melanggan tu.hadoi..tu la suka buat keputusan tanpa berfikir dlu..bila dh terdesak pasti akn ada yg ambil kesempatan mcm ni.
 

M.Arif

freshman
Joined
Dec 26, 2011
Messages
250
Likes
0
Points
0
Offline
#8
cina buta 2 la yg untung..kesimpulannya..berfikirlah panjang dulu sebelum anda berhasrat untuk bercerai...
 
Top