Dalam Negara REVIEW FILEM TRAIN TO BUSAN PENINSULA, PELAKON MALAYSIA TURUT BERLAKON FILEM INI TERBAIK

Galaksi Viral

freshman
Joined
Feb 8, 2017
Messages
29
Points
1
Age
36
GALAKSI VIRAL - Filem Korea yang ditunggu-tunggu kini sudah mula ditayangkan di pawagam iaitu sambungan filem Train To Busan berjudul Peninsula di mana ianya pasti akan menarik perhatian ramai peminat filem ketika ini. Yang lebih menarik lagi apabila ada pelakon Malaysia turut berlakon di dalam filem ini dan watak yang dimainkan oleh beliau juga sangat penting di dalam filem ini.

Filem ini sebenarnya mula ditayangkan pada 15 Julai 2020 di Korea Selatan dan 16 Julai 2020 di beberapa negara termasuk Malaysia. Filem ini asalnya akan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2020 tetapi dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

Sehingga Julai 2020, filem ini memegang rekod kutipan paling tinggi untuk tahun 2020 di Korea Selatan iaitu sebanyak $ 2.4 juta dan kutipan $20 juta untuk tayangan seluruh dunia. Jika diikutkan filem Peninsula ini ialah filem zombie yang ketiga untuk turutan cerita asal zombie ini. Filem yang pertama ialah filem animasi Seoul Station (2016) dan diikuti filem kedua Train To Busan (2016). Adakah filem ini sehebat filem Train To Busan yang pernah mencetuskan fenomena hebat seluruh dunia pada tahun 2016/2017 ? Mari kita baca sinopsis cerita ini dahulu.

Antara pelakon utama dan adegan menarik di dalam filem ini - Google Image
(PERHATIAN: SPOILER ALERT)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom


SINOPSIS

Filem ini bermula dengan adegan Kapten Jung-seok (Gang Dong-won) yang membawa ahli keluarganya yang terdiri daripada kakak kandung, anak saudara dan abang ipar beliau dengan kereta ke pelabuhan laut untuk ke Jepun bagi menyelamatkan diri daripada ancaman zombie di Korea Selatan. Ketika di dalam perjalanan ke sana, mereka bertembung dengan satu keluarga yang meminta bantuan untuk membawa anak kecil mereka ke tempat selamat. Namun, Kapten Jung-seok tidak mengendahkan permintaan bantuan daripada keluarga tersebut dan terus berlalu daripada situ.

Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> https://galaksiviral.blogspot.com/2020/07/review-filem-train-to-busan-peninsula.html
 
Top