Teknologi Remix OS Player – Memudahkan Anda Memainkan Permainan Android Pada PC

Offline
#1
Terdapat beberapa pelagak di pasaran yang membolehkan anda menjalankan sistem operasi Android didalam komputer Windows. Kini, Remix OS yang terkenal dengan penawaran Android untuk komputer turut hadir dengan pelagak Android tersendiri untuk pengguna Windows.



Melalui penggunaan pelagak Android ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menjalankan sistem operasi Android didalam tetingkap tersendiri pada komputer Windows mereka. Remix OS Player ini turut hadir dengan akses penuh ke Google Play Store, dan membolehkan anda memuat-turun pelbagai aplikasi Android dan menggunakannya pada komputer.

Ini tidak terhad kepada hanya permainan sahaja, tetapi pengguna turut boleh mengakses pelbagai aplikasi lain terus pada desktop anda.

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows, dan inginkan alternatif baru dalam pelagak Android, mungkin boleh cuba Remix OS Player hari ini..


Muat-Turun Remix OS Player

Sumber: Amanz