Rekomen Laptop Servis Bagus

omecool20

Senior
Joined
Feb 8, 2007
Messages
204
Points
18
Age
47
Salam kawan2,

Fyi, Ome bercadang untuk membeli 1 laptop utk bisnes internet Ome yang sedang rancak sekarang.

Ada beberapa persoalan yg Ome ada, harap kawan2 boleh sumbang pendapat, esp kpd pengguna2 'veteran' laptop

1) CPU pilihan - Intel or AMD

2) Servis & Support *very important*
- laptop mana servis & support baik

3) Faktor2 lain yg mungkin kawan2 boleh cadangkan

Terima kasih atas semua feedback yang diberikan.
 

green21

freshman
Joined
Jan 26, 2009
Messages
138
Points
0
Beli la vaio
Aku tgk performance dia ok
Tp mahal la skit
Biasa lah...Brg baik mestilah mahal....ekekeke
 

Awang Adam

Senior
Joined
Sep 1, 2008
Messages
415
Points
18
kalaU Nak murah Boleh Beli acer Atau compaq, Tapi diGaLakkan comPaq sebab keBanyakan member yang Pakai acer Laptop cepat rosak.Tapi kalau Nak service BAgus, rasaNya NEC denGan Dell. Member pernAh Hantar laptop dell untuk warranty, baru beberapa Hari dah siap.
dari segI processor pula, Kalau Nak run application berat denGAn banYak Pada MAsa yang sama, boleh guNakan intel. Tapi AMD pun ok jugak LAh.performance lebih Kurang sama denGan intel. tapi KAlau ada duit lebih boleh Lah beli processor yang power contohnYa intel core 2 duo dan banyak Lagi yang power.
 

iskandar

Senior
Joined
Jan 8, 2006
Messages
394
Points
18
Age
43
Dell - sebab support bagus.

3 minggu selepas aku beli, laptop aku takleh reboot. Call customer service 5 minit. Lepas troubleshoot takleh settle, dia kata dia hantar technician esoknya.

Esok, 2 technician datang rumah, terus tukar motherboard depan mata.

Kos ? Zero. Masa ? Kurang 24 jam. Mudah ? Sgt2 lah mudah. Aku duduk rumah je, takyah start keta pi cari service center. Bayangkan, aku duduk Segamat, mati la kalau kena pi KL semata2 nak pi servis laptop.

Sebelum ni jiran aku beli desktop Dell. Dah dekat setahun tiba2 monitor ada belang. Call Dell, lepas troubleshoot, Dell kata maybe hardware problem.

3 hari lepas tu, monitor baru sampai depan pintu.

Anyway itu pengalaman aku. Dell ni takde byk songeh mcm company lain - nak tukar barang rosak cepat, dan takde birokrasi.

Dan yg paling penting semua boleh settle dgn duduk rumah aje.
 
Last edited:

baloot

Senior
Joined
Jan 19, 2007
Messages
923
Points
18
klau ko nk budget tapi barang bagus, beli je compaq presario cq40.
masa aku beli tgh tahun lepas, model ni baru je kuar.
rege masa tu RM2300.
ram 2gb, amd turion x2, hd 160gb, ati radeon, webcam 2mp.
aku rasa skrg rege dah turun smpai rm2k..

mmg mengikut pengalaman aku, compaq lebih bagus drp acer.
sory to say this... klau tak caya, g tanya kedai2 yg jual laptop tu.

klau ko ada duit tu, cari je HP/DELL/Fujitsu/Toshiba. klau duit ko still byk lagi, angkat je apple macbook pro. hehe.. bateri boleh tahan sampai 8jam...
 

mayonis

Newbie
Joined
Dec 2, 2008
Messages
1,069
Points
36
Menurut ape yang saye tahu,rekemen daripada IT service tempat kerje dan kawan2 yang kije kat kedai laptop AMD processor lebih sesuai gune wat main game serta kerje2 yang melibatkan graphic designing.Intel plak sesuai jika kite suke buka banyak perisian dalam satu masa sekaligus.

Tapi saye rae cam takde beze jew.he.he.he.Sebab kebyakan computer processor company sekarang memang berlumbe2 nak hasilkan pemproses yang terbaik.Tak kire laa intel ke AMD..:rolleyes:
 

inspiration

Senior
Joined
Nov 20, 2007
Messages
1,200
Points
38
saya suka dell sebab support bagus. berikut support yang saya terima dari Dell.

1. Keyboard rosak (salah sendiri sebab anak salu guna main game) Buat report kat google, next day, replace dengan keyboard baru.

2. Battery Charger (masih dapat pakai lagi) tapi buat complaint kat dell, Next day, dell tukar Batter charger baru.

3. Battery - Dah nak hampir setahun, biasalah jangka hayat battery akan menyusut dari 3 jam ke 1jam, sebelum tamat warranty hari tu, complaint lagi kat dell,kata battery rosak, Next day, dell tukar Battery Brand New, so sekarang jangka hayat battery dah jadi 3 Jam balik.

so saya rekomen dell.

p/s dell kat kuching takde branch, tapi agent Dell kat kuching memang cepat buat kerja. spare part/replacement parts memang dah ready.
 
Top