Joined
Jun 13, 2017
Messages
1
Points
1
Age
39
Seringkali kita mendengar masalah rakan-rakan senior yang mengadu sakit lutut terutama apabila banyak aktiviti yang melibatkan pergerakan. Malah, aktiviti rutin seperti solat juga membebankan hingga ada yang solat berkerusi.

Kalau nak ikutkan banyak faktor bagi sakit sendi, cuma jika disimpulkan majoriti punca adalah:

Usia yang meningkat
Pemakanan yang tidak seimbang
Aktiviti lasak / terlibat kemalangan

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah sakit sendi?

Pertama sekali ialah harus berjumpa doktor, atau juga pakar perubatan sendi. Dapatkan nasihat serta lakukan pemeriksaan terhadap tahap keseriusan sakit sendi anda. Mereka adalah professional.

Keduanya adalah dengan menjaga pemakanan. Terutama yang sakit gout, banyak sangat yang perlu dielakkan. Masalah kebanyakan orang ialah bab makan susah nak beringat. Dah salah makan, dapat sakit mulalah menyesal. Ubah tabiat pemakanan anda, serta dapatkan ilmu mengenai pemakanan sihat.

Kalau yang melakukan pelbagai aktiviti, seperti angkat barang2 berat, maka lakukan dengan teknik yang betul dan selamat. Kerana kebanyakan yang bekerja angkat-mengangkat ini samada tak tahu teknik selamat mengangkat beban berat, atau sengaja untuk buat tak endah dengan alasan dah biasa buat cara yang selalu dibuat, tiada masalah pun. Sekali dah kena barulah mengeluh sakit sendi-sendi.

Penggunaan supplemen juga boleh membantu tetapi walaubagaimanapun harus titik beratkan untuk menghindar masalah sebelum bermula. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Punca-punca umum sakit sendi dan urat pada kebanyakan individu
 
Top