Rakyat Malaysia Perlu Berjaya Dlm Bisnes & Tukar Mentaliti Kita

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis mengenai topik ini di SaifulSham, tapi tak sempat dan macam-macam hal lagilah. :) Tapi, setelah membaca post terbaru SmartZul & beberapa post (positif vs negatif) dalam WangCyber ni sendiri + experience, saya teringin hendak bertanya:

Kita sedar tak, majoriti dari kita ada masalah attitude?

Bukti, ada banyak thread "high profile" di WangCyber ni terpaksa di kunci atau "Locked" kerana menjadi terlampau panas dan medan serangan peribadi. Walaupun pada mulanya, thread dibuka untuk tujuan berkongsi pengetahuan dan "bona fide" (niat baik bukan nak spam @ promote)

Untuk pengetahuan semua, "Menutup" atau "Mengunci" Thread, bukan sesuatu yang best atau boleh dibuat sesuka hati. Dalam forum besar-besar di luar negara, tindakan ini hanya diambil jika ia sudah menjadi sesuatu yang AMAT TERLAMPAU.

Jadi bayangkan kalau seminggu je, kita dah beberapa thread dikunci. Hebat betul...

Kita juga telah ada unsur pecah belah di kalangan kita dan boleh dilihat bahawa WangCyber bukan lagi tempat yang sesuai untuk belajar. Tapi sorry to say, 80% daripada ilmu di WangCyber ni, letaknya dalam 20% thread LAMA. (sebab itu jika ada newbie bertanya, mereka selalu di suruh search)

Perbincangan-perbincangan baru jadi meleret-leret dan tidak menguntungkan ramai pihak, dan bukan sekali ada desas-desus mengatakan bahawa Forum WangCyber boring.

Wake up!

Of course, saya sebagai ahli WC tidak bersetuju dengan statement tersebut, TAPI, kalau kita berterusan begini, percayalah sooner or later, kita akan jadi benar-benar boring.

Suka saya memetik kata-kata Tan Sri Lim Kok Wing dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini:

We must accomplish that mission or we risk a calamity.

Malaysians should focus on moving forward. There is no need for long-drawn-out public debates that send the wrong signals to Malaysians and the outside world.

We should remember our competitors are outside our gates.


Bahkan, penulis Australia dari akhbar The Age sendiri merumuskan ini mengenai rakyat Malaysia:

"The Age in Australia is more direct, saying in a recent article that “it’s time Malaysia grew up”.

“It’s a tough world out there and there can be little sympathy for a country that prefers to argue about how to divide wealth rather than get on with the job of creating it,”


Kita lebih banyak bergaduh dan bertekak bagaimana untuk membahagikan kekayaan dari berbincang bagaimana untuk membuat lebih banyak kekayaan supaya tidak ada orang yang tidak berjaya di antara kita.

Jadi, tanya diri kita sendiri sebagai ahli WC,

1. "Nak Berjaya Ke Tidak"
2. "Nak Komplen, Berangan Dan Tak Buat Apa-apa Sampai Bila2" atau "Nak Berjaya"?

Note To Self: Pilihan masing-masing, kejayaan masing-masing. Rugi masing-masing.

Nak berjaya, buat cara nak berjaya, kalau tak nak berjaya, kekal macam sekarang. Tak yah buat apa2... (note to self again: orang berjaya kalau kekal mcm dia sekarang dan tak berubah dalam dunia mencabar ni, lama-lama akan "berkurang" keberjayaannya jugak)

Saya ingin membuka perbincangan sekarang, yang positif, supaya kita, ahli WC khususnya dan rakyat Malaysia amnya, perlu ubah pemikiran kita. Kita terlalu negatif, "sedikit" kurang tertib dan "sedikit" kurang berusaha (Tried to be polite.. pemalas dan nak senang aje is the exact words)

Kepada anda yang sedang berusaha tapi masih gagal, saya beri anda satu GOLDEN tips untuk memulakan thread ini:

Anda tidak berjaya bukan kerana anda tidak tahu ataupun sistem anda tidak betul. Tetapi attitude anda tidak betul. Tak percaya? Tanya diri sendiri, kenapa anda pilih, apa yang anda pilih?

Jawapan tersebut cukup menerangkan segalanya.

Saya telah melihat sendiri dan menghasilkan dari bawah usahawan-usahawan internet, dari program SaifulSham. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

DAN ADA JAUH BEZA, DI ANTARA YANG BERJAYA DAN TIDAK.


p/s: Sebagai last shot saya, saya nak tarik sedikit perhatian ahli WC. Sedarkah anda, otai-otai di WC ni dah kurang aktif terlibat dalam perbincangan dan menyumbangkan idea? Ada tu ada, tapi compare dengan satu waktu dulu, jauh beza. (nasib baik korang semua ada SmartZul, itupun korang banyak menyusahkan dia dan tak jaga hati dia)
Jika semua orang menjauhkan diri dari WC, siapa yang rugi?

p/p/s: Meminjam separuh ayat Hasrul, "Business is Business". WangCyber adalah forum Business & keusahawanan. Jadi, "Business is Business" (harapan saya, WC tidak tersasar dengan kemasukan ahli-ahli forum lain dengan aspirasi lain)


Terima kasih.

Direct From Heart......
 

RinggitHit

Senior
Joined
Sep 26, 2006
Messages
2,497
Points
38
Luahan hati yg ikhlas dari Saifulsham (SS) (Dari Sabri ke Syazwan ni?) :)

Ok.... maksud SS tu dah jelas..... skrg tindakannya pula apa? :confused:

Saya nk ckp lebih pun bukannya pandai sbb masih baru lagi.

Pengalaman: kdg2 pergi ke Warrior forum pun rasa boring jugak, cuma kat sana meriah sbb visitor ramai!

Kalau sesiapa ada cdgn utk meriahkan lagi WC ni, silalah kongsi bersama di sini :).
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
masalahnya disini.... ialah, kondem orang lain secara tepat, dimana bagi saya tak bagus, WC akan jatuh jika ini berterusan, tetapi yer ke jatuh? heheh aku sendiri setia kat sini.... contohlah....... aku bukan terer macam kau saiful atau mac am smart tu, irfan lagi lah jauh lebih baik.

tapi sedarlah ada lagi yang jauh lebih baik cuba mendekati WC nie macam smail... disebabkan ada yang cuba komen dia (yang komen tu ilmu dia bukan tinggi mana pun) dia akan menjauh. sepatutnya orang macam nie buatlah baik... kalau kita baik dengan dia kita boleh dapat korek rahsia dia, dah dapat rahsia jangan belot pulak. kalau yer pun dia tarak betul... kita boleh nasihat pelan2... tapi biarlah mindset dia yang kita nie dah macam adik beradik dia...

bila seseorang itu jahat , aku suka bawa dia ke jalan baik, bukan terus tembak mati... contohlah aku kesian orang kapir tu, muka cun, kalau kawin tu fuyooo bestnya.... bahagia aku.... tapi sesetengah orang ahhh kafir cepatlah kau mampus masuk neraka. Patut kita doakan dia masuk Islam dan masuk syurga bukan neraka.

sifat yang hampir kuat kat WC ni adalah:

mengaibkan orang lain,
mengharapkan orang cepat jahanam....

kita ada agama, ada fatwa, ada majlis Agama... kalau skim taik misalnya... rujuk majlis agama, biar mereka jawap baru paparkan jawapan siap nama majlis tu kalau boleh jawatan penjawap tu. Kita nie sapa... nak ke korang dengar pepatah nie "ketam mengajar anaknya jalan lurus" kes nie banyak kat WC

entahlah....
 

M.Azhar

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
326
Points
16
Kita sedar tak, majoriti dari kita ada masalah attitude?

Bukti, ada banyak thread "high profile" di WangCyber ni terpaksa di kunci atau "Locked" kerana menjadi terlampau panas dan medan serangan peribadi. Walaupun pada mulanya, thread dibuka untuk tujuan berkongsi pengetahuan dan "bona fide" (niat baik bukan nak spam @ promote)

Untuk pengetahuan semua, "Menutup" atau "Mengunci" Thread, bukan sesuatu yang best atau boleh dibuat sesuka hati. Dalam forum besar-besar di luar negara, tindakan ini hanya diambil jika ia sudah menjadi sesuatu yang AMAT TERLAMPAU.

Jadi bayangkan kalau seminggu je, kita dah beberapa thread dikunci. Hebat betul...

Kita juga telah ada unsur pecah belah di kalangan kita dan boleh dilihat bahawa WangCyber bukan lagi tempat yang sesuai untuk belajar. Tapi sorry to say, 80% daripada ilmu di WangCyber ni, letaknya dalam 20% thread LAMA. (sebab itu jika ada newbie bertanya, mereka selalu di suruh search)

Perbincangan-perbincangan baru jadi meleret-leret dan tidak menguntungkan ramai pihak, dan bukan sekali ada desas-desus mengatakan bahawa Forum WangCyber boring.
sblm menulis biarla sy membuka dgn sepatah pantun:

"Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong tunjukan. Sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan"

Betul kata awk sabri. Ada sesetengah pihak mengunakan WC utk kepentingan diri mereka sendiri. Bkn WC x sesuai utk promote, tp biarla beretika.(sorry,sy x nak ckp sini pasal etika) (baru2 ni ada satu thread smpai bergaduh2..what the fish??).

Sedarlah komuniti internet kita bukannya besar spt warrior dan DP. kita kecik je. TAPI kalau kita ada cita2 nak jadi kan WC sampai femes spt warrior dan DP sy fikir itu x mustahil..WC blh jadi gelangang utk IM dr seluruh Asia - singapura,indo,brunei..etc dtg utk berforum..itu x mustahil..TETAPI, seperti yg sabri cakap kita kena ubah attitude kita dulu..kalau tak,mimpi hanya tinggal mimpi. Kita takkan kemana..akhirnya jadilah katak bawah tempurung. pi mai..pi mai tang tu juga..

Sy boleh dikatakan baru dlm WC. anda blh tgk post sy sebanyak mana. Jika sblm ni sy mmg begiat aktif dlm forum antarabangsa. tp, kini WC telah mendapat tempat di jiwa sy. Sy antara newbie yg x sempat nak merasa kemeriahan WC yg dulu dgn otai2 spt Irfan khairi, shuth, alang, kidino, saifulsham..etc(maaf yg x disebut). jadi kasihan la sy yg masih newbie ni :( :( :( .. sy nak mereka yg otai2 ni kembali bergiat berforum disini agar sy blh belajar sesuatu dr IM local..

kadang2 apa yg kita x tahu mereka tahu dan begitu la sebaliknya..

Wake up!
Of course, saya sebagai ahli WC tidak bersetuju dengan statement tersebut, TAPI, kalau kita berterusan begini, percayalah sooner or later, kita akan jadi benar-benar boring.
Ye, dr hati ikhlas kekadang sy rasa boring dgn thread2 yg bg sy "kosong". Sesetengah ahli, suka 'back up' komen org ni dan komen org tu. sy pun x paham kenapa. Blh katakan, setelah otai2 WC x aktif, sy rasa sy x belajar something pun dlm forum ni..kecuali yg baru ni dlm thread 'salesletter' oleh mistersir..

Kepada anda yang sedang berusaha tapi masih gagal, saya beri anda satu GOLDEN tips untuk memulakan thread ini:

Anda tidak berjaya bukan kerana anda tidak tahu ataupun sistem anda tidak betul. Tetapi attitude anda tidak betul. Tak percaya? Tanya diri sendiri, kenapa anda pilih, apa yang anda pilih?

Jawapan tersebut cukup menerangkan segalanya.

Saya telah melihat sendiri dan menghasilkan dari bawah usahawan-usahawan internet, dari program SaifulSham. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

DAN ADA JAUH BEZA, DI ANTARA YANG BERJAYA DAN TIDAK.
Sy sendiri lahir dr produk saifulsham. Dan benar, formula untuk berjaya...semuanya bermula dgn attitude yg betul.


p/s: Sebagai last shot saya, saya nak tarik sedikit perhatian ahli WC. Sedarkah anda, otai-otai di WC ni dah kurang aktif terlibat dalam perbincangan dan menyumbangkan idea? Ada tu ada, tapi compare dengan satu waktu dulu, jauh beza. (nasib baik korang semua ada SmartZul, itupun korang banyak menyusahkan dia dan tak jaga hati dia)
Jika semua orang menjauhkan diri dari WC, siapa yang rugi?


Terima kasih.

Direct From Heart......
Saya rasa semua perasan.. jadi ahli2 WC sekelian, sy rasa post saifulsham ni meluahkan seribu maksud yg tersirat. kalau baca dua tiga kali, baru perasan. Otai2 WC sekelian, kembali la berforum..sekurang2 nya sekali sehari cukup la. kalau ada org x menghargai ilmu anda, jgn risau..org spt sy akan menghargainya.. :). Kerana sy tau ilmu itu mahal nilainya..

Yg Ikhlas
 

don.abd.hay

freshman
Joined
Nov 25, 2006
Messages
82
Points
6
"Untuk berjaya, org Melayu mesti berniaga,
Untuk maju, org Melayu MESTI bersatu."

Salam dari Riyadh,
Hay
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
ermm, bila bercakap pasal attitude ni, saya suka bagitahu dulu bahawa, kita sama-sama perlu memperbaiki dan meningkatkan attitude yang baik dalam diri kita, maksudnya, kalau saya menulis, saya juga mengingatkan diri saya..

Ok, pasal attitude ni, saya dah banyak juga menulis di blog saya, dan seperti yang saya katakan semalam dalam satu topik tu, tak tahu sampai bila kita akan bincang pasal attitude orang-orang kita ni (rakyat Malaysia - not just Melayu).

Seperti kata shahrul, betullah tu. Dulu saya pun macam tu juga, cepat condemn orang. Tapi kan, ada juga mereka yang walau kita tegur baik-baik pun still tumbuh tanduk dan taring. DEGIL. Kita cakap elok-elok, dia buat macam takder apa-apa jer. Saper tak marah kan? Lagi-lagi pasal berforum. Saya cakap saya tahu sebab saya adalah moderator, menghadapi forumers yang degil dan walau jelas salah, tapi still degil. Tak perlah, doa adalah jalan terakhir agar mereka berubah.

Cuma dalam hal memberi pandangan, saya rasa kita tak boleh nak kata ia backup orang tu atau orang ni, ia adlaah pendapat peribadi pemberi komen tu.

Pengalaman saya, mungkin juga IM yang lain, mesti dah banyak menghadapi "lalat-lalat hijau" yang nak tengok kita gagal. Saya pernah terima ugutan, pernah kena kutuk -ve, pernah blog dan web kena hack berkali-kali.... Siapa yang buat? Orang kita sendiri. Kenapa? Sebabnya adalah: ATTITUDE. Saya pun tak faham kenapa orang-orang kita bersifat macam ni. Kita tak ada pun ambil hak mereka, tak kacau pun hidup mereka, tapi kenapa kita diperlakukan begini? Sebabnya, attitude..

Saya BUKANLAH OTAI. Saya kat sini cuma nak MEMBANTU apa yang saya tahu dan mampu sahaja. Just that. Walaupun saya tak hebat macam orang lain, tetapi rasa sedih dan kecewa juga apabila bantuan kita seperti tak ada apa-apa. BUKAN nak dipuji atau diangkat-angkat, semua tu tak diminta pun. Cuma apa yang diperlukan adalah: KERJASAMA. Berforumlah dengan baik, jaga etika dan lain-lain. Itu dah cukup bagi saya dan lain-lain moderator termasuk IM lain yang datang untuk membantu. Itu dah cukup.. Tak perlu nak puji-puji atau berkata manis. Jaga attitude dengan baik, itu dah cukup untuk kami. Sebab yang nak share ilmu tu akan sakit kepala kalau yang nak belajar tu macam-macam fi'il dan sikap.

Jelas, nak berjaya dalam ebiz ni, kena ubah attitude dulu. Takder sifat dan sikap yang baik, jangan haraplah nak berjaya. Ya, ramai yang tak ber-attitude baik tapi still buat duit kan? Tapi kejayaan di sini lebih daripada buat duit semata-mata, not just money. Ia merangkumi kedua-dua aspek, dalaman dan material, baru dikatakan berjaya yang sebenar. Kalau duit banyak tapi attitude tenat, berjaya apa macam tu... Tengoklah orang2 yg banyak duit, ada di antara mereka hanyut dengan material dan ada juga jadi gila sebab banyak harta sangat. Sebab apa? ATTITUDE.

Oklah, cukup dulu untuk setakat ni. Saya amat jarang sikit masuk ke WC sekarang. Pandai-pandailah anda berforum dengan attitude yang baik yer. :) Dah besar dah, tak perlu nak orang tegur berkali-kali, sedar sikit diri tu dah berumur panjang dah.. Malu ler sikit kat 'budak' Lababon tu. Budak 16 tahun pun tahu berforum dan ber-etika + bersemangat, kita yang dah besar berumur ni xder sifat macam tu tak tahu lah nak cakap apa. Malu malu... Ishh.. Tak gitu Labanon?

See you again guys... Good luck.

Internet slow terutama Yahoo.Com? Ini sebabnya: http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6211451.stm
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Terima kasih saifulsham yang mengingatkan...
actually sata pun perasan.. lately.. banyak post2 yang berbaur negative thinking.

Kebanyakkan orang yang berfikiran negatif.. tidak menyedari mereka berfikiran negatif!

Contoh orang yang berfikiran negatif...

1) Setiap kali ada program baru yang di iklankan.. yang menjanjikan pulangan yang besar.. dimana anda tidak pernah mendengar langsung tentang program tersebut.. anda akan terus menuduh program itu tipu dan scam tanpa soal selidik.

2) bila ada orang menceritakan kisah kejayaan mereka... terus timbul syak wasangka dan menganggap orang tersebut menipu.

3) bila ada newbie baru yang bertanya 1 soalan yang asas... terus mengutuk dan mengatakan mereka pemalas.

Beubahlah... dan sedarlah.. anda tidak akan berjaya selagi anda tidak mengubah corak pemikiran anda.

after this.. semua post yang berbaurkan negative thinking akan di delete tanpa sebarang notis. Sekian.
 

xtraordinaryguy

freshman
Joined
Nov 12, 2006
Messages
117
Points
16
Biasalah tuh..
lebih banyak orang..maka lebih banyak ragam..
kan WC sekarang ni dah ader ramai pengunjung..maka wujudlah bermacam2 makhluk..makhluk yang +ve dan makhluk -ve.makhluk ebay pon ader(tapi yang ni ok).. (",)
 

Zamri Nanyan

Senior
Joined
Jun 28, 2006
Messages
1,144
Points
38
Terima kasih kepada SaifulSham kerana mengingatkan
perkara ini.

Memang semasa saya mula-mula masuk WC ni, ada
ternampak Alang post sekali sekala... Kidino pun ada
juga... tapi sekarang dah tak banyak... apa yang saya
tahu, Alang sibuk dengan projek dia dan Kidino pun
camtu jugak... tapi sekali sekala, saya pasti diorang
ni ada jengok WC ni... begitu juga member2 lain yang
berpengalaman tu...

Sebelum ni (beberapa bulan lepas), memang saya tak
pernah aktif di dalam forum Melayu. Cuma bila nampak
WC, saya terasa macam nak contribute... tapi
kebelakangan ini, saya rasa terkilan juga dengan sikap
orang kita sendiri.

Bila nak buat komen tu, terlalu pedas dan kadang-kadang
tak sesuai. Kalau nak bagi pendapat takpe, tapi kalau
dah asyik nampak -ve lagi banyak dari +ve, tak ramai
yang berpengalaman yang berminat untuk contribute
lebih banyak lagi. Betul... Buat business kena hadapi
banyak cabaran, tapi Melayu tetap Melayu... ada adat
sendiri...

Biar saya bagi satu cerita... sebelum ni, saya cuma menulis
dalam English dan belum jumpa mat saleh yang bagi komen
-ve yang keterlaluan (sikit2 tu OK la), tapi baru sahaja
mula menulis untuk menolong orang kita sendiri, dikatanya
penipu dan ada yang sanggup hantar email dan post komen
tak membina di blog saya... siap kutuk lagi ada la... ada yang
even buat blog dan directly kutuk saya dan beberapa lagi rakan
saya yang membina perniagaan internet ini... saya tak kisah...
cuma kalau la begini sikap orang kita (orang kita tak banyak pun),
lebih baik mereka yang berpengalaman tu fokus kat international
market... they've got nothing to lose... ni la efek yang dikatakan
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Jadi, mindset terlalulah penting bila nak betul2 buat internet
business ni... tak kira la affiliate ke, online MLM ke, ebay ke
atau apa-apa lagi... ni tak, belum tau benda tu apa, dah mula
nak bagi komen -ve...

Saya harap WC akan terus kekal dan ada banyak lagi post yang
berkualiti dan bermanfaat untuk semua.

-Zamri Nanyan
 

lynn

Newbie
Joined
Aug 21, 2006
Messages
326
Points
18
yup seingat saya, masa mula2 saya join dulu amat jarang ada isu2 panas.. masa tu dlm 5 bulan yg lepas.. mmg betul2 masa tu kbykn otai2 semua rajin posting ilmu2 penting.. malah byk yg saya pelajari dari otai2 WC semua.. selalunya kbykn komen pun agak mesra. sejak itu tiap hari 5-6 kali saya masuk. tapi sekarang... sedih sbb mcm2 ada. #$%^&@#%
 

khairulnawawi

freshman
Joined
Mar 10, 2011
Messages
2
Points
0
Bersatu demi kebaikkan kite bersama.. Cayok wc!!!
 

nizalin

freshman
Joined
May 3, 2011
Messages
2
Points
0
erhmmm cuba buat yg terbaik untuk semua...kongsi ilmu yg berguna
 

desa1

Newbie
Joined
Oct 22, 2009
Messages
260
Points
0
saya bukannya otai di sini...cuma posting dan komen yang pendek saja..+ve adalan kebaikan -ve komen adalah untuk membina Im lebih ke depan dan ambil yg -ve sbg jambatan ke depan.TQ
 

subhi

freshman
Joined
Nov 5, 2010
Messages
16
Points
0
Assalamualaikum n Salam sejahtera
Sy member lama dh kt WC ni tp x brapa nk aktif.he3.x brapa nk reti.erm....mcm best j topik ni...setuju dgn kwn2 semua."mind set" kena tukar.dah 2011 ni...semuanya dah modern.tp "mind" thp 1900an.cmner tu?bg sy.....dah namanya pun business....sper nk rugi?x kn nk "subsidi" gk kut dowang tu semua.payah lah.......secara logiknya.....tokey kedai...tuan uma..tuan punya tanah...segala tuan lah...hak dia...dia yg punya....ikut tuan dier lah. nasib baik ar tuan punya uma bagi masuk 'menumpang' n bg 'makan' 'minum' dan 'tunjuk jalan'...PERCUMA je kut kan.yg dowang nk ber 'langau' naper?......di WC byk ilmu/ideas/pengalaman FREE sy dpt...mencelik kn ilmu I.T sy........
Wat x tau jer........WC ni masih lagi epening.sokong WC.....chaiyook!!!
 

akulelaki

freshman
Joined
May 11, 2011
Messages
228
Points
0
semoga berjaya semua.....
 
Joined
Mar 10, 2009
Messages
23
Points
3
Age
39
salam semua,

aku sokong betol cadangan nie. biar kite semua berniaga. rezki 9 / 10.. kite tgk saing kita.. org cina,, suka niaga dari keje dgn org. kite plak suka keje dari niaga... guano tuu... sekarang barang semua dah naik, minyak naik, sewa tapak naik, x lama lagi caj public toilet pun naik... banyak org Malaysia suka pada subsidi. bagi pandangan aku la, lebih baik kita buat niaga.. nak2 dalam internet.. banyak masa kat keluarga dan anak. nie kalu 1 sumber sahaja gaji memang x cukup, kalu buat keje lain plak, keluarga plak terabai coz xde masa bersama keluarga. pas2 anak plak memberontak. so aku nasihat lah kalu nak cari ilham buat duit dari internet, rujuk lah dlm wangcyber forum nie. banyak ilmu, free plak tuu, moh kito niago.. !!
 

syedmaster

Newbie
Joined
Jun 3, 2011
Messages
210
Points
0
Terima kasih saifulsham yang mengingatkan...
actually sata pun perasan.. lately.. banyak post2 yang berbaur negative thinking.

Kebanyakkan orang yang berfikiran negatif.. tidak menyedari mereka berfikiran negatif!

Contoh orang yang berfikiran negatif...

1) Setiap kali ada program baru yang di iklankan.. yang menjanjikan pulangan yang besar.. dimana anda tidak pernah mendengar langsung tentang program tersebut.. anda akan terus menuduh program itu tipu dan scam tanpa soal selidik.

2) bila ada orang menceritakan kisah kejayaan mereka... terus timbul syak wasangka dan menganggap orang tersebut menipu.

3) bila ada newbie baru yang bertanya 1 soalan yang asas... terus mengutuk dan mengatakan mereka pemalas.

Beubahlah... dan sedarlah.. anda tidak akan berjaya selagi anda tidak mengubah corak pemikiran anda.

after this.. semua post yang berbaurkan negative thinking akan di delete tanpa sebarang notis. Sekian.
betul tu saya sebagai newbie kat sini pun terasa gak.. sory la tpi thats the fact.. tp pe2 pun sy tetap nak bljr dari korang smua harap sgt dpt tunjuk ajar dari korang smua.. keep a good attitude within our-self guys..
 
Top