Dalam Negara Rakaman bergaduh dalam masjid jadi viral, abang beri penjelasan

Offline
#1



KUALA LUMPUR – Rakaman video seorang lelaki mengamuk di dalam sebuah masjid menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi dua minit 33 saat itu, menunjukkan seorang lelaki masuk ke dalam masjid dalam keadaan marah dan memaki hamun sebelum membaling kerusi dan menolak lelaki berjubah itu sehingga terjatuh.

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat mengenal pasti tempat dan masa kejadian itu berlaku.

Sehubungan itu, memetik status seorang pemilik akaun Facebook, Muhd Hafizuddin menjelaskan bahawa beliau merupakan abang kepada lelaki yang mengamuk di dalam video rakaman terbabit.

Menerusi statusnya, adiknya berusia 17 tahun naik angin kerana lelaki berjubah itu didakwa telah mencaci dia dan kedua ibu bapanya.

“Takkanlah budak 17 tahun nak cari pasal dengan orang tua, memang sebagai orang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua, tapi kadang-kadang kesabaran manusia ada batasnya,” katanya.

Bagaimanapun, Muhd Hafizuddin berkata, dia juga berasa kesal dengan tindakan adiknya itu yang telah melakukan kekecohan di dalam kawasan masjid tersebut.

“Saya sebagai abang pun memarahinya kerana dia tak dapat mengawal dirinya di dalam masjid, untuk itu saya tebalkan muka memohon maaf kepada semua,” katanya.

Tambah Muhd Hafizuddin salah faham antara kedua-dua individu terbabit itu telahpun diselesaikan dengan cara baik. - SuaraTV


..