Rahsia Mengenali Peribadi Melalui Tarikh Lahir

Mahn70

freshman
Joined
Jul 8, 2009
Messages
7
Likes
0
Points
0
Offline
saya baru join sebab minat nak tau macam ne nak kira no dan interpret no tersebut. b'day saya 9/4/1970.
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
Baru2 ni saya ada jumpa dengan seorang brother ni. Dan ceritanya, dia ada moyang dulu yg expert juga bab tarikh lahir ni. Tapi tak pakai kira2, sebaliknya dapat anugerah dari Allah. Cukup tahu tarikh lahir orang tu, dia dah boleh dapat tahu pasal orang tu. Sekarang, dia yg terima ilmu tu pula.

Pesan dia, ilmu ni kita perlu "percaya" 10% sahaja dan 90% lagi perlulah percaya kepada Allah. Bagi saya, mana2 ilmu pun sama juga. Kita tak boleh terlalu taksub. Ilmu ini hanya sebagai alat sahaja, bukan kepercayaan.

Kemudian, saya sempat bersama dengan seorang pengamal ilmu metafizik ni pada Jun lepas. Katanya, kalau tak nak tahu dan belajar ilmu ni pun tak apa. Kuasai saja diri dengan amalan soleh sebab amalan soleh akan keluarkan segala tenaga negatif dalam diri kita. Sebab tu katanya kalau kita buat kiraan tarikh lahir terhadap golongan agama, kebanyakan tak kena.

Kita belajar ilmu ni agar kita boleh tahu apa yg perlu kita usahakan dan apa yg perlu kita perbaiki diri kita.

Tuntutlah ilmu untuk kejayaan diri sendiri. So far takat ni, saya dah belanja dekat ribu dah nak belajar benda ni saja dengan matlamat nak ubah diri agar tahu mana yg patut dielak dan apa yg patut dibuat. Kebanyakan orang terus menerus gagal bukan sebab dia tak buat benda betul, tapi ada benda pada diri dia yg dia tak cuba "ubah", "ubati" atau "tawarkan". Jadi benda tu terus menerus membuatkan dia sukar nak berjaya.

Kita perlu ingat bahawa ilmu analisa tarikh lahir ni bukan tilik nasib, tapi ia adalah KAJIAN. Jadi ada betul dan ada kurang tepatnya. Salah satu tujuan ilmu metafizik adalah menjawab persoalan hidup yg tak boleh pakai logik di akal.

Apa pun, awal dan akhir, kita mesti berserah kepada Allah jua. Kita hanya berusaha. Apa jua yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Wallahu 'alam.
 

Mahn70

freshman
Joined
Jul 8, 2009
Messages
7
Likes
0
Points
0
Offline
Zaman modempun ada kepercayaan macam ni lg ye... percaya pada yang maha esa je
Memang betul spt yang saudara wahid cakapkan, bukankah tuntutan agama dan sunnah nabi menyeru umatnya sentiasa berusaha (spt memahami diri melalui rahsia tarikh lahir) dulu kemudian bertawakkal (percaya pd yang maha esa, dan takdir).
 
Last edited:
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
Zaman modempun ada kepercayaan macam ni lg ye... percaya pada yang maha esa je
Inilah mindset yang boleh memperlahankan usaha bangsa dan umat kita untuk berjaya. Mindset yg terlalu skeptikal lah yg menyempitkan pemikiran dan minda orang2 kita. Cuba open mind sedikit dan cuba ambil tahu sama ada membaca dan berdiskusi dengan mereka yg berpengalaman.

Saya juga dulu seperti saudara, tapi bila saya lapangkan dada untuk belajar, maka jelas, benda ni adalah KAJIAN, bukan kepercayaan. Saya ulangi, ia BUKAN kepercayaan, tapi KAJIAN.

Kita disuruh menuntut ilmu dan berusaha. Tak cukup percaya sahaja. Dalam Quran sendiri pun dengan ayat pertama iaitu IQRA' (BACALAH - belajar). Malah dalam mana2 kitab fiqh pun dimulakan dengan bab menuntut ilmu. Dalam bab tauhid, tak cukup mengucap sahaja atau percaya sahaja, tapi kita dituntut untuk belajar. Ramai yg percaya pada Allah, tapi ada juga buat benda syirik tanpa sedar.

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah." (Muhammad: 19)

Ketahuilah itu kebanyakan ulama' mentafsirkan kita mesti belajar dan tahu apa rukun2 dan syarat2 ucapan syahadah. Tak lain tak bukan kena belajar. Maka tak cukup dengan percaya saja. Orang2 Yahudi pun percaya pada Allah, tapi mereka menyekutukanNya.

Macam tu juga ilmu ni. Kalau kita kata ia sesat, adakah itu adil walhal kita tidak menyatakan alasan mengapa ia haram atau sesat? Jadi boleh saudara nyatakan mengapa ia kepercayaan yg karut? Kalau betul ia karut, saya tanpa fikir panjang akan terus tinggalkan kaedah ni. Serius.. Tapi takat ni kebanyakan yg kata ia karut, tak ada pula menyenaraikan mengapa ia karut. Hmm.. Sebaliknya ramai yg selesai masalah bila guna cara ni.

Sebab tu cuba belajar dulu sebelum menghukum ia haram atau halal, karut atau tidak. Ulama' sendiri pun berpeluh sebelum mengatakan sesuatu itu haram atau halal, inikan pula kita orang biasa.

Apa pun ilmu, kita mesti pastikan ia tetap di dalam track yg betul dan tidak melangkaui batas-batas syariat. Ia hanya alat dan bukan kepercayaan.

Diharapkan yg masih keliru semakin jelas, analisa tarikh lahir adalah satu kaedah, cara, jalan ikhtiar dan bukan kepercayaan. Ia adalah salah satu jalan selain cara2 yg lain. Tak nak guna cara ni pun tak apa. Banyak lagi cara lain. Cuma kita diberi peluang oleh Allah untuk berusaha dan berikhtiar. Jangan sampai satu tahap kita kata Allah itu Zalim. Walhal kita sendiri tak berusaha dan mencari jalan penyelesaian.

Hanya sekadar pencerahan. Saya bukan pengamal bidang ni, cuma "follower" sahaja. Saya harap, apa saja pandangan kita, berikan hujah yang konkrit. Jangan terus menghukum. Jika hukuman itu salah, kita tak langsung sudah menutup jalan ikhtiar orang lain.

Wallahu 'alam.
 
Last edited:
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
Saya memang nak tau tetapi saya ni bukannye bijak it sgt, nak PM tu cam ne?.LOL..
Masuk kat sini dan send mesej kat saya.

http://www.wangcyber.com/forum/private.php?do=newpm

Letak smartusaha pada bahagian Recipient Username(s).

Kita hanya berikhtiar dan mencari jawapan. Hidup akan terus bermasalah kalau kita tak tahu puncanya.

Apa pun seperti yg saya katakan, segala apa di dunia adalah di dalam kuasa Allah. Selagi kaedah yg kita gunakan tak ada unsur syirik atau taksub, selagi tu tak ada masalah.
 

Mahn70

freshman
Joined
Jul 8, 2009
Messages
7
Likes
0
Points
0
Offline
TQ, berdasarkan huraian, saya dapati 90% bertepatan dengan diri saya dan ada kebenarannya yang boleh djadikan panduan.
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
Sementara saya aktif di forum ni pada malam ni, ini post last saya sebelum saya aktif lagi nanti. :D

Ramai yg faham kaedah analisa tarikh lahir ni macam ni:

"sebab kau ada no 123 lah kau jadi macam ni"

Kefahaman di atas SALAH SAMA SEKALI. Tak ada yg berkuasa atas dunia ni melainkan Allah saja. Nombor ke apa, tak ada kuasa. Jadi statement di atas adalah SALAH.

Sebenar dan sebetulnya adalah nombor yg terhasil daripada kiraan dan analisa terhadap tarikh lahir hanyalah petunjuk sahaja iaitu mempunyai maksud. Dan maksud untuk sesuatu no. adalah dinamik yg mungkin boleh berubah atau bertambah maksudnya. Sebab itu perlu terus buat kajian.

Sebagai contoh, kalau di jalan raya ada papan tanda 90KM/J, apa maksudnya? Begitu juga dalam kiraan tarikh lahir, no sekian-sekian ada maksudnya dan maksud ini terhasil daripada KAJIAN dan bukan andaian semata-mata. Berbeza dengan menilik, itu semua hanya andaian dan memakai makhluk halus atau sihir. Tapi dalam ilmu metafizik, kita guna kaedah matematik dan pengiraan serta berdasarkan "evidence" (bukti). Kita tak pakai jin atau apa2 unsur syirik, tahyul, khurafat.

Nak explain benda ni pakai banyak ruang. Maka sebab tu kena belajar dan membaca. Bukakan minda dan jangan cepat melatah. Cuba jadi macam mat salleh yg sering kita kutuk tu. Mereka sebelum membangkang sesuatu, mereka kaji dulu. Bukan terus hentam dengan pukulan maut. Sikap kita yg mudah skeptikal kita perlu buang jauh-jauh sebab tersilap pandangan, boleh menyusahkan usaha kita atau orang lain nak berjaya.

Saya baru saja buat kiraan untuk saudara Mahn07. Ada perkara yg tepat kena padanya.

Allah sentiasa memberi ruang untuk kita mencari jawapan terhadap sesuatu yg mampu kita usahakan dan yg kita terdaya. Jangan salahkan Allah jika kita terus susah tanpa kita ikhtiar sesuatu.

Pernah tengok cerita Numb3rs tak? Cuba cari kat youtube.

http://en.wikipedia.org/wiki/Numb3rs

Ia mungkin hanya fiksyen, tapi ada yg tak mustahil sebahagiannya. Kalau baca kat wiki tu, untuk pembikinan cerita tu, kebanyakan teori matematik yg digunakan adalah betul. Dan mereka pakai konsultan (ahli2 matematik) agar cerita tu tak nampak karut sangat.

http://www.youtube.com/watch?v=sMioi1fQ--k

Ilmu pernomboran (numbers) ni dah banyak diaplikasikan di luar negara. Cuma orang2 kita saja begitu cepat skeptikal. Numerologi (analisa tarikh lahir) hanya salah satu cabang saja dari ilmu pernomboran. Dengan no. saja banyak benda kita boleh buat perkiraan.

Dikatakan pihak FBI ada gunakan kaedah pernomboran untuk selesaikan banyak kes.

http://www.amazon.com/Numbers-Behind-NUMB3RS-Solving-Mathematics/dp/0452288576

**Sebut nombor ni mesti korang ingat no. ekor kan? Benda tu tak termasuk kat sini. :p

We all use math every day; to predict weather, to tell time, to handle money. Math is more than formulas or equations; it's logic, it's rationality, it's using your mind to solve the biggest mysteries we know.
Jadi bagi mereka yg kata benda macam ni adalah karut, cuba fikir sekali lagi. Ia adalah MATEMATIK / perkiraan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Numerology

Pesanan akhir saya, bukakan minda, banyakkan membaca dan buat kajian. Bukan terus menghukum (inilah sikap kebanyakan orang2 kita. Hmmm...).

Cuma pesan saya, kalau nak belajar benda ni, belajar dengan orang Islam yang faham akidah yg betul. Sebab banyak pengamal ilmu ni terutama bukan Islam, ramai yg terlajak dan sama sekali tidak membicarakan kuasa dan kehendak Allah, atau tersalah faham erti kuasa dan kehendak Allah.

Kalau ada salah dalam penerangan ni, maafkan saya. Saya hanya penuntut ilmu dan bukan pengamal.

WALLAHU 'ALAM.
 
Last edited:
Joined
Sep 7, 2011
Messages
2
Likes
0
Points
0
Offline
Salam abg long

Masih tercari-cari arahtuju yang susuai dengan diri saya. Harap abglong boleh bantu.

Tarikh lahir saya - 25/02/1981

Isteri - 16/02/1986

Terima kasih
 
Joined
Jul 26, 2019
Messages
7
Likes
0
Points
1
Age
31
Offline
Birthday

One year after his birthday,
When you read your words, your heart is filled with happiness.
How many years does one go to get laid,
Thus live a thousand years among us.
Blessings from the heart,
Stay in my life with a smile
Happy birthday to you this time
Take a smile at the bottom of your heart.
Source: kobita
 
Top