RAHSIA e-BIZ

gabot

freshman
Joined
May 19, 2006
Messages
1,153
Likes
1
Points
38
Offline
#21
mohdabdhalim said:
Gabot kau tanya psl adsense kat blog engkaukan. Elakkan dr menggunakan warna template asal. Seeloknya gunakan background yg hampir sama dgn warna background blog Gabot. :wink:
terima kasih.. tapi gunakan background yg hampir sama dgn warna background blog yg ni tak faham.... :lol:
 

invtr

freshman
Joined
Apr 28, 2006
Messages
131
Likes
1
Points
18
Offline
#22
bground sama tu. contoh kalau bground utk blog warna putih, make sure iklan google tu bground warna putih jugak.
 
Joined
May 21, 2006
Messages
14
Likes
0
Points
1
Offline
#23
mohdabulhalim wrote:
4) Btul kita selalunya bljr dari pengalaman. Rezeki itu ada di mana-mana. Terpulang kpd kita utk memanfaatkannya. Bukan hanya di dunia cyber tp di dunia luar masih ada jln lain.. Apa pun yang penting carilah rzki yg HALAL baru apa yang kita dpt mendapat BERKAT.

a'kum...

p/s mohdabulhalim
aku ader browse kau nyer site n nampak sponsored link(google adsense) yg involve (POKER) dgn biz yg x halal dr segi syarak...

so kawan2 camna nak elakkan dr benda2 cam nie.[/img][/url]
 
Joined
Mar 27, 2006
Messages
477
Likes
0
Points
16
Offline
#24
codetyco said:
mohdabulhalim wrote:
p/s mohdabulhalim
aku ader browse kau nyer site n nampak sponsored link(google adsense) yg involve (POKER) dgn biz yg x halal dr segi syarak...

so kawan2 camna nak elakkan dr benda2 cam nie.
Wa'alaikumusalam codetyco, terima kasih coz inform kat aku. Tu aku tak guna Google Adsense tp Bidtising. (Kalau kau ckp psl blog aku la..). Kalau kuar kat Adsense, sure dah aku block semua benda tu. Tp kat Bidtising ni aku tak perasan plak ada kuar benda tu. Aku pun masih baru gak guna benda ni. Belum explore habis. Aku akan semak dari masa ke semasa iklan yg keluar.

Kalau kau tanya mcm mana nak block certain ads kat Google Adsense bleh singgah kat Ad filter - Filtering Adsense.



Anyway, terima kasih sekali lagi coz inform kat aku psl advertisement tu..! :wink:
 

gabot

freshman
Joined
May 19, 2006
Messages
1,153
Likes
1
Points
38
Offline
#27
invtr said:
bground sama tu. contoh kalau bground utk blog warna putih, make sure iklan google tu bground warna putih jugak.
camne lak nak tukar kaler iklan tu... :)
 
Joined
May 16, 2006
Messages
677
Likes
2
Points
18
Offline
#28
shuth said:
hmm... topik ini sudah agak lama di pos... mula-mula baca.. memang teruja nak komen.. tapi saya meunggu sedikit masa dan membaca pos ini berulang kali pada waktu-waktu berlainan dengan mood2 yang berlainan.

Pada saya.. topik ini agak sensitif sedikit. Saya tahu, post yang asal tu diambil dari forum putera.com, tapi saya tak ingat siapa penulisnya.

Ini komen saya pula.

Pada saya.. penulis asal yang menulis benda nie boleh dikatakan banyak ilmu, tetapi, masalahnya dia terlalu "banyak cakap" & tak serupa bikin dan yang pastinya.. bukan seorang yang "bisnes minded". Kalau dia bisnes minded pun.. saya rasa ilmu dia mengenai bisnes agak kurang... (maaf jika ia kedengaran agak kasar)

Dalam komen asal.. penulis mempertingkaikan mengenai perkataan "RAHSIA" yang selalu digunapakai oleh kebanyakkan internet marketer. Pada pandangan beliau.. tiada rahsia

Persoalannya... sejauh manakah ia memahami tentang maksud sebenar perkataan "RAHSIA?", dan adakah ia tahu mengapa ramai internet marketer menggunakan perkataan "RAHSIA" di dalam strategi marketing mereka?

Sebenarnya..... perkataan "RAHSIA" adalah suatu yang subjektif.. ia sama seperti perkataan "SEDAP".. "CANTIK".. "BEST" dan sebaginya..

Mengapa subjektif? Sebab ia bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang merasakan "Nasi Lemak" yang dibuat oleh makcik kalsom "SEDAP".. ada sesetengah pula kata.. "Biasa-biasa saja".. dan ada juga sesetengah orang kata.. "Tak best langsung"..

Jadi.. bukankah ia sesuatu yang subjektif... (penerangan diatas bagi mereka yang tidak tahu makna apa itu "subjektif")

Begitulah juga halnya dengan perkataan "RAHSIA"... rahsia adalah suatu perkataan yang subjektif. Pada sesetengah orang.. ia akan menggangap sesuatu ilmu itu adalah "rahsia"... dan ada sesetengah orang akan menggangapnya "biasa-biasa sahaja".. dan ada juga yg menganggap.. "ianya tidak berguna".. Ia adalah sesuatu yang subjektif.. apabila dikatakan subjektif.. ia terpulang pada individu.. sejauh mana ia telah mengetahui tentang sesuatu perkara.

Sesuatu yang "Rahsia" pada seseorang.. mungkin bukanlah "Rahsia" pada orang lain..

Contohnya.. ilmu mengenai SEO.. "Tahukah anda bagaimana untuk mendapat ranking no 1 dalam search engine?".. kepada yg belum tahu.. ia merupakan satu rahsia yang hebat?... tetapi bagi yang dah tahu.. pasti anda akan berkata.. "Eleh.. dah tahu dah.."

Sama juga halnya.. apabila anda berkata kepada rakan anda.."Mat, ko nak tahu tak rahsia mcm mana aku dapat beli rumah dengan harga tunai?"... saya pasti.. kawan anda akan melompat2 teruja ingin mengetahui rahsia tersebut.. Tetapi, jika anda menyatakan ayat yang sama pada saya dengan perasan yang sungguh teruja.. contoh ayat.. "Shuth! ko nak tahu tak rahsia mcm mana aku dapat beli rumah dengan tunai!"...

Kemudian, saya menjawap.... "Eleh dah tahu dah!"..

Apakah perasaan anda?...

Sesuatu yang selama ini anda anggap "Rahsia" dimana anda sungguh seronok dan teruja mengetahui mengenainya.. rupa-rupanya bukanlah sesuatu yang "rahsia" bagi saya..

Jadi kesimpulannya... maksud perkataan "RAHSIA" itu sebenarnya adalah "sesuatu yang belum anda ketahui"... ia adalah sesuatu yang subjektif.. mungkin ada sesetengah orang.. dia dah tahu.. mungkin ada sesetengah yang lain pula belum tahu.. jadi, apabila ada orang yang "tahu".. ingin berkongsi "apa yang mereka tahu" dengan orang yang masih "tidak tahu".. kita sepatutnya menghormatinya. Bukannya memburuk-burukkannya atau mengkondemnya dan berlagak seolah2 andalah orang yang paling hebat dan mengetahui semua benda..

okla.. cukup sampai disini dulu... sebenarnya banyak lagi yang saya nak sampaikan.. tapi cukuplah satu point dulu.

Diulangi.. point yang saya ingin sampaikan sebenarnya.
1) Maksud sebenar rahsia ialah "sesuatu yang belum anda ketahui"
2) Oleh itu, ia adalah sesuatu yang subjektif
3) Jika anda sudah tahu rahsia tersebut.. janganlah berlagak. Biarlah orang yang tahu itu berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain pula.
4) Jika anda benar2 sudah tahu.. mengapa anda tidak lakukan? (Oh.. ini point saya yg seterusnya.. saya tak ulas lagi.. inilah sebab mengapa saya katakan penulis tersebut.. terlalu banyak cakap & tak serupa bikin)

penuh bergaya dan penuh isi sekali. caya la shuth .. Ye RAHSIA tidak akan jadi RAHSIA lagi bila anda telah mengetahuinya. Tetapi Rahsia tidak akan menjadi Hasil tanpa kita memulakannya.

Ada masa, orang terlalu banyak berpikir, bermesyuarat, berdialog, berforum tetapi masih lagi simpan perasaan ragu-ragu.

Mereka mengetahui IT tetapi langsung tidak tahu mempraktikkan. Sejak aku diperkenalkan ruangan forum ini, sedikit sebanyak menyuntik keyakinan saya untuk terus yakin bahawa pasaran internet ini sebenarnya amat luas.

Jangan terlalu meniru apa orang lain ingin buat. Orang lain jual buku, anda juga ingin jual buku. Orang jual e-book, kita pon terikut-ikut jual e-book.

Sebenarnya cukup dengan melihat dipersekitaran anda. Apa yang ada ditubuh badan kita sebenarnya menghampirkan kita kepada produk yang mungkin kita boleh pasarkan atau guna.

Anda sendiri boleh pikirkan dan renungkan! selamat ber sakses!
 

NMD

freshman
Joined
May 16, 2006
Messages
122
Likes
1
Points
18
Offline
#29
Askm..

Tompang lalu.. hehe..

Maaf la ye kalau saya ada tesilap cakap ke apa kan.. saya ni newbie jugak dlm ni.. Becakap tentang 'Rahsia' ni la kann.. bagi aku la memang takda rahsia bagi sesiapa yang dah study atau dah senior dalam bidang ni, macam korang cakap tu.

Bagi org² baru memang benda tu rahsia yang tak pernah diketahui sebelum ni walaupun benda tu ada didepan mata. Contoh seperti aku, aku kerja kat opis, depan komputer, ada internet, dah 6 tahun!!
Aku tau kat internet tu ada org buat duit. Tapi aku buat tak peduli aje.. malas nak amik tau, aku anggap susah dan remeh temeh semua tu.. banyak sangat rahsianya.. Huh rugi 6 tahun! kalau tidak, tak tau nak kata laa... hehe..

Baru awal tahun ni je baru aku sedar.. alangkah ruginya bak kata moderator wangcyber 'barangsiapa duk depan komputer tapi tak penah buat duit, memang rugi'. Terkesan jugak aku dgn kata² tu. Baru aku sedar betapa powerfulnya internet jika di utilise dengan betul. Sebelum ni bagi aku internet tu chatting ajer.. mana taknya, seronok.. sembang dgn awek² yg tak ada kesudahannya tu. Sekarang baru aku tau mana yg lebih seronok! hehe..

Berbalik kepada 'rahsia' tu tadi. Rahsia tu hanya merupakan sepatah kata. Tapi dari segi physhologynya.. physcologynya.. pyscologynya.. iskkk payah sangat nak eja aihhh.. dari segi saikolojinya memang berupaya memberi impact yang sangat besar kepada pembaca yang sangat tinggi sifat ingin tahunya..

Melalui pen'study'an aku.. dalam internet ni, kita hanya diwakili oleh huruf², perkataan²,ayat², gambar² sahaja, maka dgn itu, penguasaan bahasa seiring dengan penguasaan saikoloji bahasa menentukan kejayaan usahawan internet.. Bukan setakat bahasa saja, warna pun ada kesannya dari segi saikoloji, design ke.. maka inilah tools yang penting yg mesti kuasai utk success.

Kesimpulannya, rahsia yang sebenar ialah perkara² yang memang pernah ada didepan kita atau pernah kita ketahui tapi yang selalu kita ketepikan..!

Maaf kalau ada salah silap, tak reti eja ke... hanya sekadar memberi pendapat dan maklumat yg aku tau dari pembacaan aku untuk dikongsikan bersama member² yang belum tahu atau yang memang dah tau tapi buat² tak tau, kepada otai-otai yang lebih tau, silalah beritau apa² yg anda tau!.. ahakss! :wink:
 

rajax

freshman
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4
Likes
0
Points
1
Offline
#30
ya.. ya..

WCDC ni memang berinformasi dan bermotivasi
banyak fakta dan pendapat tentang perniagaan internet
pendapat2 macam ni yang orang nak dengar

penuh dengan rahsia.. dan misteri.. :lol:

bagus2.. teruskan..


ni jumpa laman web ni pun sebab ambik web hosting dengan shuth
 
Top