Rafidah Aziz TEWAS!!!! >> Kwang Kwang Kwang

alan

Senior
Joined
Aug 20, 2008
Messages
7,630
Points
38
Shahrizat menang majoriti besar

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996.

perwakilan umno 2009 polls delegates breakdown 250309Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.

Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.

Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda masih berlangsung apabila pengiraan semula diadakan selepas jam 8 malam tadi.

Persaingan sengit antara naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan exconya Datuk Mukhriz Mahathir.

Seorang lagi calon, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan naib ketua, exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.

Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri
(789 orang) membuang undi.

Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.

Esok bermula pula persaingan sengit dua penjuru jawatan nombor dua Umno dan naib presiden (lapan calon) selepas majlis perasmian oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 9 pagi.

Menurut jadual, pengundian untuk menentukan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bermula jam 11 pagi.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah.

Selain perebutan 25 kerusi sebagai anggota Majlis Tertinggi di kalangan 50 calon, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam esok. http://www.malaysiakini.com/news/100958
 
Last edited:

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
tula..tak sedar diri..tak reti2 nak letak jawatan..
 

ZaRul

Senior
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,780
Points
0
lama sgt dah...kalo ebook lama2 da tak accurate,jual pun murah2 je mcm tu la jugk ngan poltik ni
 

newz

freshman
Joined
Dec 21, 2008
Messages
689
Points
16
asal yg kputusan yg pmuda nih xkluar2 lagi
 

ZaRul

Senior
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,780
Points
0

newz

freshman
Joined
Dec 21, 2008
Messages
689
Points
16
ha3...nk jugak tahu...harap2 zaman Dr.M akan kembali lagi...
 

zaki77

freshman
Joined
Sep 4, 2007
Messages
231
Points
16
saya memang dah menjangkakan rafidah akan tewas.... dia dah takde ramai geng dalam wanita. Kebanyakan org dalam wanita sekarang adalah org2 dari puteri umno yg memang sokong shahrizat heh
 
Top