Apa yang saya perhatilah, mengapa wujudnya dua pihak yang anti-MLM dan juga pro-MLM.. Memang dua pihak ini akan terus wujud..
Sebab yg paling utama adalah, tiadanya usaha pihak2 yang pakar MLM atau ahli ekonomi nak duduk semeja dan berbincang serta menyampaikan informasi yang sebetulnya kepada orang ramai. Kritis dan pandangan bukan hanya kepada satu sisi sahaja, tetapi kritis yg diberi adalah dari pelbagai sudut dan nilai kejujuran itu amat penting.
Apa yg saya ingin perkatakan adalah, selagi ahli2 ekonomi dan yg pakar tidak berbincang dan menyampaikan sesuatu pengetahuan yg berfakta dan ilmiah, selagi itu persoalan pure atau penipu ini akan terus bergelumang dalam pemikiran orang ramai. Yg byk dibincang adalah keuntungan, pasaran masa depanlah, maksudnya yg advance2, padahal masalah yg masih dipeningkan ini masih belum di-atasi.
Maksud saya di sini adalah, tidak ada usaha ilmiah untuk menerangkan mengenai MLM pure ini. Setakat mana kebenaran dia. Apakah kelemahan sistem MLM. Dan lain2 perkara yg biasanya 'disorok' oleh mereka yg melakukan perniagaan MLM ini. Itu pun jika ada kelemahan lah..
Itu tidak masuk soal hukum dari segi syari'at lagi. Ada yg kata haram dan ada yg kata halal, ada yg kata, tak payah susah2 ambil tahu. Semua pihak dari orang awam sehinggalah kepada yg profesional begitu sibuk memberi 'fatwa' masing2.. Sekali lagi, tiadanya usaha yg bersungguh-sungguh dari pihak yg lebih layak mengatakan soal Agama ini. Yg ada hanyalah beberapa baris ayat (jawapan) kepada persoalan, halalkah MLM? Itu tidak cukup, penelitian ilmiah amat perlu dilakukan. Pihak ulama dan ahli agama perlu duduk semeja berbincang dengan pakar MLM agar satu kejelasan di antara dua pihak ini berada di atas satu landasan dan seterusnya disampaikan kepada orang ramai.. Boleh ke, tak boleh ke, halal ke, apa ke, just sampaikan.. Itu yg dimahukan, tetapi biarlah secara kritis dan berilmiah.
Baru2 ini telah diadakan satu program besar untuk industri jualan langsung, tetapi apakah manfaat yg diperolehi oleh orang ramai? Bukan berapa strategi, brp byk peruntukan, bukan perancangan yg diperlukan / yg utama sekarang. Orang ramai memerlukan kefahaman yg sejelas-jelasnya... Kalau perkara ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, tiada guna sebab kekecohan akan terus berlaku.
Tujuan saya membuka topik ini untuk sama2 membincang mengenai hal ini. Dasar dan asas sistem MLM ini. Perkara2 yg 'disorok' oleh pro-MLM dan juga yg disorok oleh anti-MLM. Ya lah, kalau dah pro, takkan nak cakap yg negatif kan. Gitu juga yg anti, takkan nak cakap yg baik2 pasal MLM kan? Jadi di sinilah perlunya kejujuran dan satu kritis yang membina dan berilmiah. Bukan kau salah, aku betul.. Jika begini, tiada apa2 guna pun..
Jadi harapan saya di sini, mana yg kurang suka MLM, jangan hanya menyebut kekurangan MLM itu, nyatakan juga apakah kebaikan MLM. Begitu juga yg pro-MLM, jangan disorok apakah kelemahan2 sistem MLM ini. Kita perlukan kejujuran di antara satu sama lain.. Spt kata cmos, tidak semua orang sesuai melakukan bisnes MLM ini. Ya, saya setuju. Dan kata antradun pula, kebanyakan company MLM akan setkan program pada minda ahli/pengedarnya. Betul, saya setuju.. Saya lihat, seolah2 produk lain itu satu benda yg tidak boleh disentuh melainkan produk company yg disertai sahaja.. Tak semua, tapi kebanyakan.
Di sinilah perlunya kejujuran.. Ceritakan kebenaran, jangan disorok. Sama2 kita memperbaiki apa yg kurang dan perbetulkan dengan sebaiknya. Setiap sesuatu sistem itu ada pro dan kontra masing2. Tiada benda yg sempurna atas muka bumi ini. Lainlah jika suatu benda tu jelas haram dan memudaratkan, maka jelaslah.. Tapi jika sesuatu itu baik, tetapi ada sedikit kecacatan, jangan terus dibuang, sebaliknya baikilah apa yg kurang itu..
Pendek katanya di sini:
1. Perlunya pakar ekonomi, MLM dan juga ahli Agama duduk semeja
2. Bila berbicara, jangan pandang dan rujuk pada satu sisi. Jika tidak, anda tidak akan jumpa jawapannya yg jelas
3. PERLUNYA KEJUJURAN dalam menyampaikan sesuatu..
Wallahu 'alam.
PS. Hanya pandangan.. :wink: