Pure MLM ke Penipu punya MLM...?

Status
Not open for further replies.
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#1
Saya buka topik ni sebab terdapat dua pendapat mengenai pure MLM. Ada yg setuju, ada yg kata tidak.. Dari segi hukum, ada yg kata haram dan ada pendapat yg kata harus iaitu boleh selagi memathui syarat2 tertentu.

Huuh, dah lama saya kaji pasal MLM ni, termasuklah berkawan dengan orang2 MLM.. Baca buku MLM, cari kat internet, dll.. Tapi saya tak join mana2 MLM lagi.. Sebab still mencari jawapan kepada persoalan di atas. Pure MLM, benarkah?

Maksud saya di sini adalah, adakah pure MLM ini satu bentuk tersirat atau dimensi baru bagi MLM piramid? Adakah benar komisen bg setiap produk itu diberi oleh company? Atau diambil dari produk? Adakah MLM yg pure hanya mengayakan orang atas? Dan lain2 persoalan lagi.... Jadi, mari kita bincang sama2 SECARA profesional dan berfakta. Saya yakin, di forum ini ada dua pihak dalam soal pure MLM ini, ada yg tak suka dan ada yg ok jer.. Apapun, berikan pendapat anda, dan kita sama2 diskusi secara baik2 untuk manfaat bersama..

Antradun, saya ada tanya soalan ni kat bicarajutawan.com kpd sdr, tp sdr tak masuk2 lagi.. So sebab sdr selalu masuk sini, leh lah yer jawab.. Saya tak nak buat ayat tersirat, just terus nak tanya pendapat sdr sbb sy tak faham sangat statement sdr kat forum tu yg mengatakan MLM skrg ni 'dimensi' baru MLM piramid:

Atau dgn nama baru yg glemer hari ni - MLM. Sbb ada produk, so dia jadilah legal. Asasnya, masih kena cari downline.

Pure pyramid mcm skim ponzi lebih kpd pelaburan duit semata2. Sori aa... sbb tetiba bg ayat kejutan
- petikan kata2 antradun kat bicarajutawan.com

1st, maafkan kalau salah.. Maybe antradun maksudkan MLM piramid?

Dan ada satu statement sdr kat sini yg mn sdr kata sdr benci MLM. Sori kalau salah.

Jom diskus! :)
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#2
1st, maaf sebab lepas saya taip ni baru saya masuk bicarajutawan.com, antradun dah jawab sana: http://wangcyber.com/forum/viewtopic.php?t=352

Apa yg saya faham, MLM yg antradun maksudkan adalah MLM piramid. Begitu?

Dulu, saya selalu menganggap pure MLM hanya untungkan org atas, saya pandang -ve kpd pure MLM. Tapi bila baca dan baca dan kaji sikit, sy dapati pure MLM bergantung kpd usaha org tu. Kalau dia buat personal sale dan juga GROUP dia aktif, dia berjaya..

Dalam pure MLM, komisen dan bonus adalah compny yg bagi.. Bukan sebagian dari harga produk. Dan dalam pure punya MLM, anda TIDAK disyaratkan mencari atau menaja ahli baru untuk mendapat komisen. U can be a salesman.. :) Maksudnya komisen itu bukan based on ORANG, tapi pada produk.

Dan semuanya amat berbeza dan terbalik dengan mlm piramid.

Maybe kekawan yg dah banyak pengalaman atau pengetahuan pasal ini boleh tambah atau betulkan kenyataan saya jk salah.

Pada saya, b4 kita nak putuskan sesuatu itu TIDAK BETUL atau BETUL, kita wajib kaji terlebih dahulu lebih2 benda yg kompleks mcm MLM ni.

Wallahu 'alam.
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#3
Dalam genuine MLM,ia berkonsepkan adil,praktikal,pembahagian keuntungan dsb.
ADIL-Semuanya bermula dari bawah,usahanya boleh mengatasi upline atau orang yg menyertai terlebih dahulu.contohnya dlm CNI sheikh saidey(koperal dlm TUDM) menjadi intan jutawan dalam tempoh 3 tahun sedangkan uplinenya Nafisah baru mencapai tabung kereta pertama begitu juga upline nya yg seterusnya sehingga entah yg keberapa ada yg masih berpangkat pengurus agensi.
Murad Basir-SRP S,gagap menyertai CNI 94 mencapai intan jutawan dalam tempoh 2 tahun merupakan anak melayu yg paling cemerlang dalam MLM.

To be continue............

http://www.smart2u.net/?ref=biz2u
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#4
Patutla saya asyik terbatuk2, rupanya saudara shuth dok sebut2 nama saya kat sini. Kalau nak diskas mau 1 hari 1 malam, saya non-stop cerita.

ok, meh kita clearkan statement.

1st maafkan saya kalau ramai tersalah tafsir dgn definisi piramid dan MLM saya. Bagi saya seme tafsiran berkenaan piramid dan MLM yg dibincangkan sekarang ni adalah betul.

Cuma drp segi konteks rujukan. Maksud saya, mcm saudara Shuth merujuk kpd sistem MLM, saya merujuk kpd overall sistem itu sendiri, iaitu asasnya.

Saudara Shuth menafsir drp konteks bermulanya sistem MLM hingga ke pelbagai inovasi sistem MLM terkini yg pelbagai.

Saya menafsir berdasarkan asas keseluruhan sistem iaitu bermula drp Ponzi, Piramid dan MLM.

Apa bezanya? Klasifikasi sistem.

Analogi penafsiran seperti begini:

Henry Ford mencipta kenderaan bergerak menggunakan 4 roda yang dinamakan kereta. Asasnya kereta. Jika anda merujuk kpd konteks terkini kenderaan, selepas melalui pelbagai revolusi dan inovasi, ada pelbagai klasifikasi kenderaan. Kereta, lori, bas, traktor dsb. Even kereta pun ada klasifikasi mengikut jenis enjin - petrol, diesel, hybrid, bio-diesel, NGV etc.

Asasnya sama. Klasifikasi berbeza.

Charles Ponzi antara org yg mengasaskan atau pun jika tidak, telah mempopularkan sistem Piramid. Adakah sistem piramid salah? TIDAK salah. Yang salah adalah matlamat dan etika.

Adakah MLM, Binari, Affiliate, Chain letter, Randomizer, Matrix, Autosurf, HYIP merupakan asas yang baru? Tetiba aje konsep tersebut muncul? TIDAK, ia diinspirasikan drp sistem Piramid. Matlamat dan etika berbeza.

selagi ia berbentuk piramid, berhierarki, ada upline dan downline; asasnya sama - sistem piramid.

ok, kita sambung lagi. Next saya akan citer plak psl MLM dan kenapa saya tidak berminat dgn MLM.
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#5
ehem, antradun, bukan shuth lah yg bukak topik ni.. Tak tahulah takut sdr rujuk kepada penjelasan shuth kat thread lain..

Saya, smartusaha yg bukak topik ni.. ;)

Ok, tak sabar ni nak dengar sambungan cerita en antradun ni..

But, biar saya sambung dulu dari pandangan saya. Saya ni andaikata masuk MLM, saya mungkin tidak akan fokus kepada network sangat, dapat untung runcit dan personal sale pun dah jadi. Actually, saya lebih suka merawat orang dengan produk kesihatan. Itu matlamat saya yg utama. Sebab apa yg saya perhati, kbyk syarikat MLM ada produk killer sendiri yg susah nak dapat di pasaran. Contohnya satu company ni, hanya company ni yg berhak mengedar dan menjual satu produk ni kat rantau Asia ni. Dan produk tu memang dah terbukti bagus.. Selain itu, company juga sentiasa mengadakan seminar, ceramah dan training samada keusahawanan atau pasal produk tu. Jadi ada orang guide kita. Ok, kita stop dulu pasal produk..

Jadi, kita join MLM ada beberapa tujuan:

1. Ingin dapat untung runcit dari jualan produk + bonus (tak pasangan network)

2. Ingin dapat harga ahli bg setiap produk

3. Pasang network/rangkaian untuk improve income!

Bg saya, maybe saya jenis no 1 dan 2.
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#6
oh... maafkan saya saudara Zul.. anda yg bertanggungjwb buat saya terbatuk rupanya... nanti kita sambung ye. Saya tgh kejar dateline utk ebook yg dijanjikan tu.. ehem.
 

nina

freshman
Joined
Mar 27, 2006
Messages
98
Likes
0
Points
6
Offline
#7
Jadi, kita join MLM ada beberapa tujuan:

1. Ingin dapat untung runcit dari jualan produk + bonus (tak pasangan network)

2. Ingin dapat harga ahli bg setiap produk

3. Pasang network/rangkaian untuk improve income!

Bg saya, maybe saya jenis no 1 dan 2.

kalau la dapat semua org berfikiran macam ni tak tahula.

mula mula satu dan dua. betul tak?

contoh: kalau rakan tu nak jadi ahli macam mana? dia nak beli dengan harga ahli, adakah nk jual dgn harga ahli? atau pun jgn bagi dia jadi ahli. beli je produk dgn kita, sebab kita nk jadi usahawan? begitu ker?

kalau custermer tu nk juga jadi ahli. pasti akan jadi no 3. pasang network? betul tak?

boleh beri penjelasan?
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#8
nina said:
Jadi, kita join MLM ada beberapa tujuan:

1. Ingin dapat untung runcit dari jualan produk + bonus (tak pasang network)

2. Ingin dapat harga ahli bg setiap produk

3. Pasang network/rangkaian untuk improve income!

Bg saya, maybe saya jenis no 1 dan 2.

kalau la dapat semua org berfikiran macam ni tak tahula.

mula mula satu dan dua. betul tak?

contoh: kalau rakan tu nak jadi ahli macam mana? dia nak beli dengan harga ahli, adakah nk jual dgn harga ahli? atau pun jgn bagi dia jadi ahli. beli je produk dgn kita, sebab kita nk jadi usahawan? begitu ker?

kalau custermer tu nk juga jadi ahli. pasti akan jadi no 3. pasang network? betul tak?

boleh beri penjelasan?
Wooo nina, jangan cepat anggap bukan2... Tu baru separuh tu dari cerita saya.. Saya bold kata2 saudari tu,"kalau la dapat semua org berfikiran macam ni tak tahula.".. Jangan cepat salah sangka lak.. Maybe nina tak faham lagi kot tujuan saya buka topik ni.. Spt yg saya cakap, saya masih mengkaji. Tak salah kan? Sepatutnya nina bagi penjelasan, bukan tanya saya balik. Sebab saya yg soal, bukan sy yg patut disoal.

Then, cuba tengok ayat saya tu. Saya bold dan besarkan perkataan 'maybe'. Why? Sebab yg ke-3 itu (pasang atau buat rangkaian) maybe juga saya akan buat. So, baca betul2 ayat tu.. :) 4 ur info, saya masih 'belajar' pasal MLM ni..

Soalan sdri tu sebenarnya dah lama dalam kepala saya ni. Dan hanya saya tahu jawapan tu. Dan saya rasa, bukan itu yg saya nak bincang kat sini. SAYA NAK TAHU ABOUT PURE MLM. ADAKAH IA BENAR? Pasal no 1 dan 2 tu, ia adalah pendapat peribadi saya yg mn ada perkataan MAYBE.

Sekali lg, yg saya nak tahu kat sini atau apa yg nak dibincang adalah adakah pure MLM yg dikatakan itu betul2 pure? Atau ia hanya satu sistem yg diperhalusi utk mengkaburkan mata orang?? Dan inilah yg saya nak bincang sama2 kat sini. Saya nak semua orang faham apa itu pure MLM. Kalau kita dah tahu skim ponzi macam AUTOSURF tu, maka perlu juga kita tahu apa itu pure MLM, dan ini tak ramai yg membincangkan sehingga ramai yg salah anggap. Apa yg sy perhati, ada sebahagian orang yg buat MLM tak faham betul2 sistem MLM sbnr. Sbb tu sy nak discuss kat sini.. So maybe nina lebih pakar dan tahu dr saya, so u should explain, and don't ask me.. Sebab saya budak baru belajar.. ;)

Kpd nina, sy tak perlu jawab soalan sdri tu sebab saya dah lama jawab soalan tu utk diri sy sendiri.. Dah lama dah.. Jadi, berbalik kepada topik, lets discuss about pure MLM. Anda nak pasang network atau tak, itu cerita lain.. ;)

PS. HYIP dan Autosurf = skim ponzi/skim cepat kaya. :( Sorrylah terus-terang, dah letih nak buat ayat2 tersirat. So sesaper yg buat atau promote benda tu, hmm, fikir2lah balik. Member saya yg KERAS KEPALA hangus RM12,000!! Kita nasihat tp tak nak dengar.. Skang poket kering, mulalah nak raba sana-sini.. HYIP lak, ada juga member saya kena tipu dengan scammer.. ya lah, berani gagal, nak wat camner, org berani hadapi risiko.. Tp berani tak bertempat. ---> just selingan, back to the topic : pure MLM.
 

nina

freshman
Joined
Mar 27, 2006
Messages
98
Likes
0
Points
6
Offline
#9
terima kasih.. saya cuma bertanya.. sebab banyak topic yang menekankan kepada kesalahan.

saya pun kurang faham apa itu pure MLM? apa dia yer?

kalau saya tanya kat sini boleh tak. saya kurang faham apa maksud e-dagang tu. apakah sebenarnya tu yer?

:p
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#10
Pure MLM tukar pada genuine MLM.
MLM adalah salah satu sistem dalam industri jualan langsung.Sistem lain adalah single level,binary,matrix,piramid dan ada yang mencipta STUPID MLM.
Sistem piramid memang sah salah dari segi undang-undang dan hukum.
Istilah MLM sering disalah anggap contohnya apabila orang mendengar MLM dalam

kepalanya "ini adalah piramid","mengayakan orang atas".
Terdapat juga syarikat yang berselindung di sebalik MLM padahal ia mengamalkan sistem piramid,binary atau selain MLM.Rata-rata ini mencalarkan imej MLM.

Bonus dalam MLM-lebih berkonsep perkongsian keuntungan daripada jualan bulanan syarikat.
contoh: A membeli barang dari stokis kesemuanya 100PV dan harganya RM100-150.Samada A menggunanya sendiri atau menjualnya sudah dikira ada jualan iaitu 100PV.
Bonus A dalam bulan tersebut adalah bergantung pada jumlah PV dalam networknya.Mungkin puluhan ringgit,ratus...,ribuan....... Bagaimana???............. Kena faham marketing plannya..... KNOWLEDGE IS POWER........BEB........
Jika A tiada network maka bonusnya RM10-12.

to be continue.....

NINA or orthers, please call me 013-2728622 if any ?????..........
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#11
Tentang kesahihan sesebuah syarikat boleh rujuk pada web DSAM. Setakat ini hanya ada 66 syarikat dalam senarai.

selagi ia berbentuk piramid, berhierarki, ada upline dan downline; asasnya sama - sistem piramid.
-Serupa juga dengan alam pekerjaan.

Cuma dalam MLM hasil drpd. usaha seseorang itu boleh melebihi mereka yg menyertai dahulu.
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#12
cmos said:
selagi ia berbentuk piramid, berhierarki, ada upline dan downline; asasnya sama - sistem piramid.
-Serupa juga dengan alam pekerjaan.

Cuma dalam MLM hasil drpd. usaha seseorang itu boleh melebihi mereka yg menyertai dahulu.
Betul tu cmos. Dalam pekerjaan (makan gaji), kita kerja letih berpeluh-peluh siang dan malam, tapi yang kayanya saper? Bos-lah atau pemilik perniagaan tu.. hehe.. Ya lah, kita diarahkan OT, kena pergi sana-sini, tapi gaji still sama. OT, berapa jer dapat? Masa untuk keluarga? Anak-anak?

Cuba anda perhatikan struktur organisasi, dari pangkat tinggi sampailah ke tukang sapu sampah atau ofis boy.. Agak2 bentuk apa? Piramid kan? Tapi piramid jenis ni tak salah. :) Just nak bgtahu, pekerja macam kerani dok level bawah, yg pangkat2 tinggi dok level atas. Siap ada gred lagi.. ;)

Statement ini bukan untuk menyatakan makan gaji itu salah, bukan sesekali. Cuma ingin diberitahu adalah kerja makan gaji ni kita kerja kuat, tapi gajinya sama saja. Lebih2 kalau kerja dengan orang (bos) yg jenis suka mempergunakan kita dan tidak mementingkan kebajikan pekerja. Yg senang, bos juga. Yg seksa, pekerja..

Cuma yg beza dengan MLM, ia adalah bisnes. Kerja makan gaji adalah kerja. Yg beza adalah kerja tak perlu modal, dan MLM (bisnes) perlukan modal.. :) Dan modalnya adalah kecil...

PS. Mana encik Antradun kita ni? Bizi yer dengan projek ebook dia tu.. hehe.. Sebut nama dia ni mesti terbatuk. Fuuh!! ;)
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#13
cmos, saya nak tanya. Nampak seperti sdr ni tahu banyak pasal MLM. Saya ni budakbaru belajar..

Orang kata, MLM ni hanya mengayakan orang atas. Betul ke tu? Benarkah wujud istilah orang atas dan orang bawah? Saya tahu jawapannya tapi maybe dengan penerangan sdr, saya akan lebih faham dan juga kawan2 kat sini akan faham.

Soalan kedua (yg ni sy masih kabur). Andaikan ada 10,000 rakyat Malaysia atau kat dunia ni, contoh katakan.. Jadi, orang yg ke 10,000 tu dia nak taja saper lagi yer? kalau skim piramid, memanglah akan kayakan orang atas. Tapi bagaimana pula dengan MLM? Bagaimana pula dengan orang yg ke 10,000 tu? Dan adakah soalan saya ini (teori) adalah betul?

Jika skim piramid, memang teori di atas akan menjadi iaitu yg atas saja akan kaya. orang yg last masuk tak dapat apa2.. Tapi MLM pula mcm mn?

PS. Anggapkan saya tak tahu apa2. Skrg ni saya betul2 nak faham pasal MLM. Nanti bila berkata tak salah. ;)

PPS. Skrg ni sy mula sikit2 'kaji dan belajar' pasal MLM. Sy skrg adalah bersikap kecuali sebelum saya betul2 faham. Tak menyebelahi yg kata boleh atau tidak. Saya sedang 'belajar'.. Apa yg saya faham dan ia benar, saya setuju. Mana yg kabur, di sinilah saper yg tahu tu perlu menerangkan..

Wallhu 'alam.
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#14
smartusaha,sila baca keseluruhan pada site kat signature tuu...
mungkin disitu ada input sedikit tentang unik mlm dan contoh syarikat yg mengubah persepsi anda.
I will continue for next info....
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#17
ADAKAH MENGAYAKAN ORANG ATAS

konversional-(lebih kurang)
Pengeluar -----> Pemborong -----> Pengedar -----> Peruncit -------> Pelanggan
-Sebelum sampai ke tangan pengguna(siapa lagi....macam kitalah yg pergi kedai runcit/pasaraya) telah melalui beberapa orang tengah dan sudah tentu berlaku mark-up..............

MLM
Pengeluar(syarikat MLM) -----> Pengedar(ahli) -----> Pelanggan
-Kita sebagai ahli membeli terus dari pengeluar melalui stokis.Mark-up antara pengeluar dan pengedar ni lah dibahagikan sesama pengedar mengikut plan pemasaran.Ahli akan mendapat untung runcit jika menjualnya.

#Ada juga syarikat yg tidak mempunyai kilang dimana di supply oleh pengeluar(sign kontrak lah tu..)

Reasonable harga:contoh-Vitamin C(100 biji) RM19,Susu kolostrum (120 biji) RM34,
sabun basuh(1 kg)-air bekas basuhannya boleh disiram pada pokok.dll

Jaminan produk-pengembalian wang 30 hari,Insuran produk RM1 juta(not all company)

Pembahagian bonus.
Bonus dalam MLM-lebih berkonsep perkongsian keuntungan daripada jualan bulanan syarikat.
contoh: A membeli barang dari stokis kesemuanya 100PV dan harganya RM100-150.Samada A menggunanya sendiri atau menjualnya sudah dikira ada jualan iaitu 100PV.
Bonus A dalam bulan tersebut adalah bergantung pada jumlah PV dalam networknya.Mungkin puluhan ringgit,ratus...,ribuan....... Bagaimana???............. Kena faham marketing plannya..... KNOWLEDGE IS POWER........BEB........
Jika A tiada network maka bonusnya RM10-12.
Soalan kedua (yg ni sy masih kabur). Andaikan ada 10,000 rakyat Malaysia atau kat dunia ni, contoh katakan.. Jadi, orang yg ke 10,000 tu dia nak taja saper lagi yer? kalau skim piramid, memanglah akan kayakan orang atas. Tapi bagaimana pula dengan MLM? Bagaimana pula dengan orang yg ke 10,000 tu? Dan adakah soalan saya ini (teori) adalah betul?
-Macam A kot. Kena study a total package dalam sesebuah syarikat.
-Manusia sentiasa beranak pinak sehingga kiamat.
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#18
Dulu, saya selalu menganggap pure MLM hanya untungkan org atas, saya pandang -ve kpd pure MLM. Tapi bila baca dan baca dan kaji sikit, sy dapati pure MLM bergantung kpd usaha org tu. Kalau dia buat personal sale dan juga GROUP dia aktif, dia berjaya..
SOAL BERJAYA ATAU TIDAK
-Dalam peperiksaan ada gagal,lulus dan cemerlang
-Dalam bisnies biasa macam tu juga,bahkan boleh muflis.

Dalam MLM
-Anda mendaftar kurang RM100, anda akan mendapat starter kit,majalah setahun dan sample produk(jumlahnya lebih drpd bayaran pendaftaran).

Anda membeli barang dalam 100PV(harga RM100-150)-Sila rujuk pd. web kat signature.
100PV adalah syarat maintain-maka bonus anda RM10-12.Jika anda menjualnya anda mendapat untung runcit.Jadi bonus + untung runcit.Jika ada network maka bertambahlah bonus anda.
Soal berjaya atau tidak = win-win situation.
BAGAIMANA NAK BERJAYA?????....................KNOWLEDGE IS POWER..........!!!!!!!!!!
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Sistem latihan memang tersedia.

Kisah Kejayaan.
-Ada yang mencapai intan jutawan(contohnya.....) dalam tempoh kurang 2 tahun,3 tahun, 5 tahun bahkan lebih 10 tahun.Siasatlah sendiri.............
-yg lain tu adalah bahagian masing-masing
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#19
Terima kasih cmos..

Nak tanya, susu kolustrum (120 biji) RM34? Sorry kalau salah, tu produk CNI ke? Kalau ada ok gak tu nak cuba.. ;) Dia biji ke tepung susu? hehe.. Sorry lari topik sikit.

Saya dah baca kat website anda tu. Thanks for the info.

Tapi yg pasti, sistem MLM yg sebenar tak mengayakan orang atas seperti sistem piramid. Kalau orang yg menaja tu tak buat kerja, meeting tak pi, training tak ikut, hmm, susah nak berjaya. Bahkan yg ditaja tu lak yg akan berjaya jika dia berusaha.. :)
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
136
Likes
0
Points
16
Offline
#20
Sama-sama,saya dah pm padanya.
Saya mencadangkan diskus tentang plan pemasaran apa-apa syarikat dan skim baru supaya industri jualan langsung ini lebih difahami. Mungkin kat thread baru atau forum lain.Lagipun kat sini hanya "sumber penjanaan wang online".
Kerana apa yg saya perhatikan dalam banyak peluang-peluang yg selalu di gempak-gempakkan tu
-produk hanya sebagai boneka.
-menggunakan perkataan e-commerce,e-dagang,kerja dari rumah, jutawan dll untuk memancing.............
 
Status
Not open for further replies.
Top