Produk Digital Yang Menguntungkan Di Pasaran Internet

promaxis

freshman
Joined
Aug 1, 2013
Messages
8
Points
1
Age
37
Sering kali anda tentu akan mendengar soalan bertanyakan “Apakah produk yang terhangat untuk di jual di internet?” Sememangnya, internet telah melahirkan ribuan orang-orang awam seperti saya dan anda menjadi orang yang luar biasa dalam perniagaan secara maya ini. Apakah yang dijual oleh mereka?

Tahun 1991 – 1996 adalah tahun-tahun permulaan perdagangan online di kalangan orang awam mula meletus, kerana orang yang membuat perniagaan dengan kos RM100 pada waktu itu pun boleh menjana asset terkumpul sehingga RM180 juta! Usahawan legenda itu masih diingati sampai sekarang, namanya tidak asing bagi mereka yang berkecimpung dalam arena perusahaan internet ini, dia adalah Corel Rudl yang meninggal ketika usia muda bersama kereta sport Lamboginnya asbab kemalangan di litar lumba kereta.

Apakah rahsia beliau? Corel Rudl telah menulis dan mencipta pelbagai produk digital terutama sekali e-book (buku elektronik) dan inilah yang menjadi produk terhangat yang masih lagi berada di tangga teratas sehingga ke detik anda membaca artikel ini.

Saya ingin berkongsi satu tips untuk anda disini yang bernilai ribuan jika tidak jutaan ringgit untuk anda, jika anda berazam untuk amalkannya. Sekiranya anda hari ini mempunyai apa-apa sahaja maklumat yang anda rasa dapat membantu ramai orang dalam masalah mereka, maka wujudkanlah produk digital ini, susunkan maklumat anda itu dalam format yang akan kita bincangkan sebenar lagi dan anda akan saksikan sendiri bagaimana maklumat anda ini boleh menjadi lubuk emas kepada anda!

Maklumatnya tidak terbatas, kerana di internet mempunyai lebih kurang satu billion pengguna dan di Malaysia sahaja ada 17 juta pengguna internet yang datang dengan pelbagai masalah untuk diselesaikan dalam kehidupan mereka. Apakah maksud itu semua disini? Ini menterjemahkan bahawa anda berpeluang membantu mereka menyelesaikan masalah mereka itu dengan cara professional dan pada masa yang sama anda telah menjemput rezeki yang “harus” datang kepada anda tanpa anda fikir pun. Macam mana tu? Ini kerena mereka sanggup membayar untuk menyelesaikan masalah mereka yang terdesak itu! Simple.

Untuk berjaya dalam perniagaan online, jangan fokus kepada duit sahaja tetapi fokus kepada keghairahan dengan apa yang anda ingin lakukan itu, itu lebih bermakna dari segala apa pun! Tetapi, adakah produk digital hanya terbatas kepada e-book sahaja?

Amat sukacita saya maklumkan di sini, anda boleh mempelbagaikan kaedah untuk anda membantu bakal pelanggan anda menyelesaikan masalah mereka dan jadikan mereka orang yang gembira serta yang akan sentiasa mengikuti segala tunjuk ajar dari anda.

Artikel saya kali ini akan berkongsi kepada anda beberapa produk digital yang telah terbukti menjana billion ringgit dari internet global yang dikaut oleh segolongan kecil sahaja, dan di Malaysia industri produk digital ini baru saja nak “panas” yakni masih terlalu baru lagi. Tidak silap saya pada tahun yang lepas, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Abdul Razak ada mengatakan tentang potensi produk digital ini. Jadi, adakah anda ingin turut serta dalam gelombang hebat ini?

Produk Affiliate
Baik, mari kita bagi peluang kepada mereka yang ketandusan idea dulu. Mungkin dari sini anda akan dapat sedikit sebanyak input bagi anda menjana idea untuk mencipta produk digital anda sendiri.

Produk affiliate adalah cara yang paling pantas untuk anda bermula menjual produk digital. Ini kerana anda tidak perlu sesen pun untuk mencipta produk serta membina laman web, kerana semua itu sudah tersedia untuk anda. Peranan anda hanyalah menarik pelanggan supaya mereka tertarik untuk membeli produk yang anda tawarkan itu.

Alhamdulilah, sekarang di Malaysia terdapat banyak produk affiliate yang boleh anda jual dan dapat komisyen daripadanya. Contohnya anda boleh pergi ke JomNiaga.com. Di sana anda hanya perlu daftar secara percuma, pilih produk yang anda ingin promosikan dan jana komisyen untuk diri anda melalui pemasaran yang efektif.

Jika anda sudah mempunyai perniagaan produk digital yang kukuh, membuat program affiliate anda sendiri dapat membantu anda mendapat jualan yang luas tanpa sebarang kos di pihak anda, kerana ada orang yang membantu anda membuat promosi untuk anda.

Lesen Resell
Produk jenis ini pula hampir serupa dengan produk affiliate. Cuma perbezaannya ialah, produk affiliate yang anda promosikan itu anda tidak mempunyai apa-apa kuasa ke atas produk tersebut. Maksud disini adalah, anda hanya mampu menjual sahaja, tetapi anda bukan memiliki produk itu sendiri.

Membuat produk yang mempunyai lesen resell membenarkan pembeli produk ini mengubah segala apa yang ada pada produk tersebut, ini termasuklah nama penulis, gambar, isi kandungannya, laman webnya mengikut peribadi dan idea pembeli produk lesen resell ini.

Kelebihan jika anda membuat produk jenis ini adalah, para pemasar internet dapat menjadikan diri mereka sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang dan inilah menjadikan produk jenis ini juga laris di pasaran. Seperti yang anda ketahui menjual produk anda dalam satu pakej membolehkan anda meletakkan harga yang tinggi. Lesen resell boleh diserapkan dalam mana-mana produk digital yang akan kita bincangkan di bawah nanti.

E-Book
E-book adalah buku eletronik yang membolehkan anda menghantarnya hanya melalui web link ataupun emel, secara manual atau pun automatik. Jika anda dapat mengstrukturkan seluruh proses penjualan ebook anda secara automatic, dari promosi, pembayaran dan penghantaran ebook tersebut kepada pelanggan, anda telah mencipta gaya hidup yang diidam oleh semua usahawan internet, kerana itulah ciri-ciri usahawan internet global yang berjaya.

Perniagaan yang mereka jalankan adalah automatic semuanya, inilah yang menjadikan mereka dapat membuat duit walaupun sedang tidur pada jam 3 pagi ada juga orang yang membeli produk mereka dari negara yang mereka tidak pernah kenal pun!

Jadi ebook adalah format yang masih popular dan segar di pasaran internet. Permintaannya masih lagi tidak Nampak penurunan, malah konsisten menunjukan kemajuan terutama sekali di negara kita ini.

Rakaman Audio
Ini adalah satu format yang masih lagi kurang dipakai di Malaysia tetapi sebenarnya amat panas di pasaran global, jadi ini mungkin satu peluang untuk anda menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain buat masa ini.

Kerja yang amat mudah, anda hanya perlu buat skrip apa yang ingin anda letak dalam rakaman itu dan dengan computer anda boleh terus sahaja pasang mic dan merakam apa yang telah anda lontarkan dalam teks skrip awal tadi.

Selepas sahaja semua maklumat yang penting ini disusun dalam format mp3, anda seterusnya boleh membuat perancangan untuk promosi pula.

Rakaman Video
Rakaman video adalah juga antara yang termudah untuk anda buat, dan video adalah format yang meletup sekarang kerana terlalu banyak orang gemar melihat video di youtube. Apabila youtube dilancarkan, ianya tidak mengambil masa yang lama untuk mereka mencipta nama sebagai pelopor laman sosial video yang tersohor yang akhirnya menarik minat Google untuk membeli seluruh Youtube dengan harga RM6 billion, bayangkan!

Ini bermakna Google dapat melihat masa depan video ini, dan sekiranya anda dapat mencipta produk jenis rakaman video dan menjual penyelesaian masalah dalam format ini, akan menjadikan pelanggan anda lebih tertarik dan berminat untuk membeli kerana mereka bukan membaca tapi hanya menonton sambil goyang kaki dan minum kopi.

Program perisian computer
Format jenis ini mungkin agak sukar bagi sesetengah orang tetapi ianya tetap menjadi antara produk yang terhangat di pasaran internet. Walaupun perisian computer mungkin bagi mereka yang pakar dalam bidang pemprograman computer dan perisian sahaja, ini tidak bermakna anda harus putus asa.

Ingat zaman kita sekarang, tidak ada yang tidak dapat dilakukan kerana ia hanya terbatas dengan fikiran anda sahaja, jika anda fikir dapat, insyaAllah pasti ada jalanya, jika anda fikir tidak dapat, memang anda tidak akan temui caranya.

Membuat produk jenis perisian computer membolehkan anda mengecaj harga yang lebih tinggi kerana produk jenis ini amat berbeza sekali selain ia mempunyai nilai yang tinggi di mata pelanggan. Ini kerana dengan perisian segala masalah mereka akan dikira, disusunatur, dibuat oleh perisian tersebut dengan hanya mereka meletakkan input yang minima pada pihak mereka.

Sebagai contoh, perisian yang dapat membantu anda mengurus segala urusan kerja harian anda dengan lebih sistematik, atau perisian yang dapat membantu anda untuk fokus dalam usaha anda menurunkan berat badan, atau perisian (software) yang boleh melakukan automasi kepada pemasaran anda melalui emel ataupun sms dan banyak lagi perisian yang dapat memberi manfaat. Apa yang anda perlu adalah idea dan teknikalnya anda boleh buat sendiri (jika anda pandai) jika tidak anda boleh upah orang seperti di Elance.com atau RentaCoder.com yang sanggup untuk membantu anda membangunkan perisian yang hebat dengan kos yang murah!

Laman web keahlian
Ini lagi satu format yang kurang sekali diguna pakai di Malaysia, tetapi telah mampu menjana ratusan ribu ringgit secara bulanan kepada pemiliknya. Secara bulanan?? Ya, secara bulanan dari pelanggan yang setia, bukan sahaja pelanggan baru. Kelebihan format ini adalah anda boleh caj pelanggan anda untuk sekali pembayaran atau anda nak caj mereka dengan keahlian bulanan seperti majalah yang dilanggan anda setiap bulan.

Jika anda ingin caj mereka secara bulanan, anda hanya perlu kemaskini portal keahlian anda itu dengan input maklumat yang berkualiti tinggi yang betul2 memuaskan hati pelanggan anda, jika tidak mereka akan rasa langgana bulanan mereka itu tidak berbaloi.

Jika tidak pun anda boleh caj, sekali sekali sahaja, dan jika anda nak kemaskini pun ini terpulang kepada anda. Format jenis ini menjadikan pelanggan anda merasakan mereka tergolong dalam status VIP, kerana mereka dilayan sebegitu setelah anda menjanjikan untuk sentiasa bersama dengan mereka, mendengar masalah mereka , dan berkongsi tips-tips yang baru dengan mereka dalam portal tertutup anda itu.

Jadi itulah dia, tujuh format produk digital yang boleh anda pertimbagkan, mungkin sebelum ini anda hanya Nampak ebook sahaja, memandangkan ia adalah yang sering Nampak di pasaran internet. Tetapi kali ini, anda sudah dapat melihat pelbagai cara yang boleh menarik minat bakal pelanggan untuk membeli produk digital anda.

Mungkin selepas ini, anda akan mendengar banyak medium yang baru-baru, contohnya seperti Facebook, jika anda bijak anda boleh buat group tertutup yang hanya dilanggan oleh mereka yang berbayar sahaja, itu sebagai contoh.

Apa yang saya ingin nyatakan disini adalah, apa sahaja yang anda boleh rasakan dapat dihantar secara online maka cubalah menggunakan pendekatan itu untuk mencipta produk anda. Mungkin format yang baru itu ketika itu ia adalah yang telah hangat, dan anda pula menlayari menawarkan produk dalam platform tersebut, maka ia akan menjadi satu langkah yang bijak.

Selain itu juga, anda tidak dapat hanya membuat produk sahaja, kerana ia baru satu elemen untuk membuat perniagaan internet. Seperti kita selalu bincangkan sebelum ini, untuk memiliki perniagaan internet 3 elemen ini adalah sesuatu yang hampir wajib iaitu anda perlu memiliki, produk, laman web dan juga pelawat.

Ghaibnya salah satu daripada elemen tersebut maka, amat sukar untuk anda bertempur dan beroleh kemenangan dalam arena usahawan online. Akhir sekali dibawah ini saya akan sertakan beberapa link laman web yang mungkin berguna kepada anda. Sila buat apa-apa komen atau sebarang idea, cadangan atau lain-lain perkara di bawah ini nanti. Komen anda amat dihargai.

Sewa servis yang boleh bantu anda untuk buat produk anda:

Fivver.com

Elance.com

Rentacoder.com

Getacoder.com

Format hantar secara online:

Thepdfconverter.com
 

z_sasuke

freshman
Joined
Mar 27, 2015
Messages
15
Points
0
kiranya produk digital la yg hangat untuk dijual nie...
 

irsah

freshman
Joined
Mar 16, 2013
Messages
2
Points
1
Thanks share..

Memang diakui produk digital adalah paling hangat dipasaran & bisa menambah income puluh ribuan ringgit sebulan walaupun dalam nilai seunit yg kecil. Ini kerana volume jualan yg tinggi. Dari produk perisian komputer ke jualan tema template, sudah ada yang menjadi jutawan dalam diam :) .

Kami juga menerima tempiasnya, lebih lagi dengan kenaikan USD yg 4.25 kali ganda dari MYR ( Nov 2015 ). Maka sales theme Blogger kami di sellfy.com/irsah meningkat 2 malah 3 kali ganda walaupun volume orders yang hampir sama setiap bulan (avg 220 theme downloads). Oleh itu environment ekonomi semasa serta keperluan pengguna memainkan peranan.

Cuma harus ditekankan, bukan semua produk digital boleh "menjual" . Tumpuan harus diberikan kepada produk digital yang memberikan/mampu "meyelesaikan masalah pengguna" semasa, baik dalam bentuk ebook ataupun jualan video. Itu yang kurang kami perhatikan dikalangan sellers M'sia, kerana kebanyakannya menjual ikut "syok sendiri", mudah terikut-ikut & tidak fokus terhadap apa yg ingin diberikan kepada pengguna.

Owh, satu lagi pendapat yg tidak boleh diguna pakai ketika ini, jika anda ingin menjual online, perlu banyak follower. Semuanya tidak betul. Sebenarnya tidak perlu banyak follower & tidak perlu banyak Likes (suka) untuk menjual online. Internet adalah seperti sebuah buku yg terbuka. Yg penting "targeted audience" & anda buat kajian dahulu tentang prospek produk anda ingin dicapai oleh siapa. Itu yg kami cuba terapkan dlm setiap rekaan tema Blogger e-commerce kami twitter.com/irsahindesigns . Lihat sahaja follower kami, tak banyak bukan?.

Gunakan platform percuma tersedia di internet (sbg contoh Blogger, Wordpress, Tumblr). Pengetahuan asas shj diperlukan yg selebihnya adalah logik! Buat sedikit kajian, lihat potential users anda & seterusnya ATTACK!... Dengan ini anda mempunyai panduan serba sedikit dari mana & apa produk yg users anda cari. Semuanya ada disitu. Lower down kos startup kedai online & tiada servis fee bulanan, malah promosi percuma dari search engine giant bukan? ( maklumlah platform tersebut antaranya produk mereka :) )

Penulis boleh tambah juga, produk digital Themes atau Template (kerana ia bukan kategori perisian komputer) juga menguntungkan di internet. Kami ada banyak kenalan dari laman download tema terunggul yg sudahpun bergelar jutawan. Jumlah order kami ( sekadar tema untuk platform Blogger/Blogspot ) boleh mencapai tahap itu, apatah lagi bagi tema Wordpress, Ghost, Tumblr dsbnya.

Kepada penulis, teruskan berikan panduan bermanfaat (terkini) kepada users. Sekian.
 

Bigboss87

freshman
Joined
Apr 6, 2011
Messages
47
Points
6
Perkongsian yang bagus untuk dibaca pada para wangcyber, nice for the tips +Terbaik+
 

arie-tpg

junior
Joined
Jan 22, 2015
Messages
148
Points
18
Ebook jugak yang menjadi produk terlaris di pasaran internet.

Saya lihat pakar-pakar pun dah mula menjual ebook mereka sendiri.

Ada yang convert dari buku kepada ebook pun ada.

Modal kecil TAPI untuk berbaloi !
 

ridhwan90

freshman
Joined
Oct 7, 2017
Messages
23
Points
1
Age
32
Modal nak buat ebook tu yang lama. Memerlukan masa dan pengalaman untuk tulis ape dalam ebook tu
 

ridhwan90

freshman
Joined
Oct 7, 2017
Messages
23
Points
1
Age
32
Modal nak buat ebook tu yang lama. Memerlukan masa dan pengalaman untuk tulis ape dalam ebook tu
 
Top