Prinsip 4p untuk asas bisnes internet

Joined
Oct 14, 2009
Messages
334
Likes
5
Points
18
Offline
#1


Salam hormat rakan forum sekalian. Terima kasih sebab
sudi baca thread saya.

Saya cuma nak kongsikan konsep 4P yang perlu difahami
sebelum menceburi bidang perniagaan internet.

Walaupun perkara ni 'basic' TAPI kalau kaji dalam-dalam
sebenarnya banyak lagi kita kerja kita kena buat.

Saya terangkan secara ringkas jer....kalau nak baca lebih
kena singgah jap blog kat sini !

Prinsip 4P itu ialah...

1) Produk

- Penting untuk tentukan produk apa nak jual
- Produk Fizikal, Digital ataupun Servis
- Jual produk sendiri ataupun produk orang lain

2) Platform

- Website untuk jual barang
- Satu niche satu website
- Percuma ataupun berbayar
- Mudah untuk bakal pelanggan kenal bisnes anda, kelebihan produk, dan sebagainya.

3) Pembayaran

- MUDAHkan kaedah pembayaran daripada pelanggan.
- Semudah ABC
- Tunjukkan cara-cara pembayaran
- Sediakan skrip borang diwebsite untuk mudah mereka isikan maklumat pembayaran
- Lagi mudah nak bayar, lagi senang pelanggan yang sama datang membeli lagi..Awesome !

4) Pemasaran
- Sediakan bahan pemasaran
- Contoh : gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi.
- Sentiasa kongsikan manfaat produk anda yang boleh menyelesaikan masalah mereka
- Jangan fikirkan nak untung semata-mata ! (Ingatan bersama)


Semoga bermanfaat perkongsian ini.
Kalau ada sesiapa yang nak tambah nilai supaya sama-sama pandai, saya
sangat alu-alukan ! Sama-sama kita belajar.

Terima kasih. Jumpa lagi. Insyaallah.
 
Top