Prestasi SILVER lagi <<HOT>> dari emas

Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#1
Assalamualaikum & salam ceria,

First time saya menulis di WC. Saya sebenarnya
amat seronok sekali nak mula berkongsi pasal
SILVER dengan semua warga WC sebab saya dah
dapat banyak ilmu IM 'lurking' kat sini :)

Untuk faedah bersama, saya nak kongsi pengalaman
keuntungan membeli SILVER.
(Eh, untung masa beli? Bukan untung masa jual ke?)

Persepsi ni kita kena tukar:
KITA BUAT DUIT MASA MEMBELI, BUKAN MASA MENJUAL.
Saya akan terangkan lagi lanjut statement di atas dan
akan akhiri post pertama saya ini dengan TIP SIMPLE TAPI HOT.

Elok saya perkenalkan diri dulu, nama saya
IKRAM ADI. Saya telah mula mengkaji tentang
SILVER sejak awal 2010.

Sebelum ini, saya banyak buat perbincangan dan
kongsi tips pasal SILVER dengan ahli group
TEAM OVERDRAF (OD) di Facebook.

Saya bercadang akan update thread ini dengan
perkongsian SILVER menyentuh topik-topik contohnya:

- Persediaan WAJIB sebelum membeli SILVER
- Isu yang mempengaruhi turun naik SILVER
- Strategi jangka panjang SILVER
- Belajar dari kesilapan saya

Dengan Bismillah, saya mulakan cerita SILVER kita:

Saya balik kepada statement awal saya:
KITA BUAT DUIT MASA MEMBELI, BUKAN MASA MENJUAL.

1 - Harga
Sebab no. 1 saya mula kaji tentang silver ialah apabila saya
mula membuat perbandingan harga silver dengan emas.
Jom kita tengok prestasi harga 10 tahun silver vs emas


Rajah 10 tahun harga SILVER


Rajah 10 tahun harga emas

Dari tahun 2002 sehingga 2011 harga emas sudah mengalami
kenaikan sebanyak 420% tetapi silver lagi hebat!
Silver naik 660%!!!
Kenapa harga silver naik macam roket?
Kenapa harga silver jauh lagi murah dari emas?

Sebelum menjawab persoalan di atas, mari kita
tengok dulu asas melihat harga spot silver.

Harga komoditi silver pada satu-satu masa dalam
pasaran dipanggil harga spot. Ia berubah setiap
minit kerana ia diperdagangkan 24 jam sehari,
5 hari seminggu.

Harga jongkong dan koin silver jauh lagi tinggi
dari harga spot disebabkan oleh kos 'minting'.
Harga spot di Malaysia 22 May 2011 ialah RM3.41/g.
SETAHUN DARI SEKARANG, KITA TAKKAN
DAPAT HARGA SPOT SILVER SEMURAH INI.


Untuk kita berjaya dalam pelaburan silver ni, kita
mahu dapat silver yang paling murah. Simple bukan?
Kalau anda betul-betul nak melabur, WAJIB survey dan
buat perbandingan harga sebelum beli. Saya suka
compare harga di group-group jual silver di Facebook.

OK mari kita tengok dua perbandingan harga silver bullion.

Silvertowne 1 oz. = RM150
Pamp Suisse 1 kg = RM4000

Soalan: Mana satu lagi murah per gram?

Pengiraan: (Puas carik spoiler tag, kalau ada, boleh buat kuiz)

1 oz. = 31.1g
1 kg = 1000g

Silvertowne = 150/31.1 = RM4.82/g
Pamp Suisse = RM4000/1000 = RM4.00/g

Sekilas pandang nampak macam pamp suisse mahal kan?
Walaubagaimanapun, ini sekadar contoh. Anda kena selalu
buat perbandingan harga sebelum membuat keputusan membeli.

Untuk kes di atas, kalau anda buat keputusan membeli
dengan bijak, anda dah sudah buat untung RM82.
Inilah maknanya:
KITA BUAT DUIT MASA MEMBELI, BUKAN MASA MENJUAL.

Pada saat membelilah anda menghalakan diri untuk
keuntungan masa depan. Namun potensi keuntungan
yang anda kawal adalah 100% berkaitan dengan
keputusan pembelian anda.


Harga hanyalah salah satu faktor untuk memastikan
kita buat duit masa membeli. Nanti kita tengok faktor yang lain.


TIP SIMPLE TAPI HOT 1:
Kalau anda hendak tahu sama ada harga relatif silver hari ini
mahal atau murah. Pergi ke website runtogold.com
Cek relatif harga spot berbanding harga 200 DMA.
Untuk 22 Mei 2011, relatif harga = (expensive)
Hmmm... nak beli ke tak?

Untuk update akan datang, saya akan kongsi lebih lanjut
lagi tentang kepentingan harga 200 DMA silver.



SENARAI UPDATES: (Last updated 8 June 2011)

A. [POST=744381]Kongsi Silver 2: TIP RINGKAS[/POST]

B. [POST=744945]Kongsi Silver 3: Kalau Nak Beli Silver Murah Kena Tau Konsep '200 Day Moving Averages[/POST]

C. [POST=746000]Kongsi Silver 4: Kenapa kena start menyimpan dalam silver & emas? (Versi pendek)[/POST]

D. [POST=746079]Kongsi Silver 5: Artikel krisis dolar di Utusan Malaysia 27 Mei 2011[/POST]

E. [POST=746893]Kongsi Silver 6: Kenapa kena start menyimpan dalam silver & emas? (Versi panjang)[/POST]

F: [POST=747808]Kongsi Silver 7: SEBAB Prestasi SILVER lagi HOT dari emas (Mata Kasar)[/POST]

G: [POST=748405]Kongsi Silver 8: Poll: Silver v Emas. Sapa Menang?[/POST]

H: [POST=751107]Kongsi Silver 9: Abang MAS & Adik SILVER[/POST]

____________________________________

Kalau suka post ni, please SUBSCRIBE
& beritau kawan-kawan lain. Terima kasih :D
____________________________________
 
Last edited:
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,685
Likes
3
Points
38
Offline
#2
Wahhh.. Ini kes SILVER lebih untung dari
emas ni..

Saya baru tahu ni bro.. Biar betik??

Ini perkongsian betul-betul baru yang saya
baca ni..
 
Joined
Dec 6, 2007
Messages
299
Likes
0
Points
16
Offline
#3
Wahhh.. Ini kes SILVER lebih untung dari
emas ni..

Saya baru tahu ni bro.. Biar betik??

Ini perkongsian betul-betul baru yang saya
baca ni..
Saya adalah salah seorang agen Public Gold...Saya perhatikan kalo pergi amik stok goldbar di pejabat PG, org cina mmg akan beli silver...jarang jumpa diorang beli goldbar. Saya pernah interview CEO Public Gold, Dato Louis Ng, mmg dia kata kenaikan silver akan melebihi 100% dlm setahun berbanding emas sekitar 30%..

Kena ambil tindakan jugak nampaknya utk beli silver.

Ni harga silver hari ni

250 gram RM 1,130.00
500 gram RM 2,261.00
1 kilogram RM 4,522.00
 
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,530
Likes
12
Points
38
Offline
#5
tips mantop yang membuka mata saya..nak labur silver terus la dalam minggu ni
 
Joined
Aug 16, 2007
Messages
308
Likes
0
Points
18
Offline
#7
Info yang menarik ni.saya cuma tau je pasal emas.nampaknya silver juga semakin bernilai!
thankz bro!
 
Joined
Aug 1, 2008
Messages
81
Likes
1
Points
8
Offline
#8
Cantik bro.. mmg dh ada plan nk invest dlm silver.. dgn adanya tips2 mcm ni menguatkan lg tekad utk teruskn..
 
Joined
May 23, 2011
Messages
63
Likes
0
Points
6
Offline
#9
insya allah atas naishat Saudara Ikram, saya akan beli.....tgh kumpul cash lagi ni.....

Maklumat ni kena diperhebahkan kepada rakan rakan utk kebaikan bersama....

HOT!
 
Joined
May 20, 2008
Messages
3,186
Likes
3
Points
38
Offline
#10
1 kg dlu beli RM3k, skrang dah lebih RM4.5k....

Tujuan beli silver lebih pada 1 matlamat...
Katakan hujung 2011 nak guna wang untuk
perbelanjaan yang besar... Mungkin boleh
jual masa tue... So habis setakat tu...

Tak macam emas, kalau nak guna wang
boleh pajak, - Wang ada di tangan, emas
pun masih boleh jadi milik kita, hanya
bayar pajakan dan upah simpan bulan-bulan.

Sekarang emas dah semakin mahal, silver
pun tak lama akan tinggi seperti ini... Jadi
jika ada lebihan wang bolehlah cuba. Tapi
jangan sampai berhutang sana sini cukup :)
 
Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#11
Terima kasih atas response semua :D
Ini yang buat semangat nak share.

TIP RINGKAS untuk hari ni:
Kalau ada cadangan nak beli silver dalam
minggu ni, pastikan beli di bawah harga USD36.

Saya akan terang lebih lanjut kenapa elok
beli di bawah harga di atas dalam update
selanjutnya.

____________________________________

Kalau suka post ni, please SUBSCRIBE
& beritau kawan-kawan lain. Terima kasih :D
____________________________________
 
Last edited:
Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#12
Assalamualaikum & Salam ceria kepada semua Warga WC,

Saya harap perkongsian tentang kepentingan buat
survey harga sebelum membuat keputusan membeli
silver dapat kawan-kawan gunaKAN supaya
KITA BOLEH BUAT UNTUNG MASA MEMBELI.

Hari ini saya nak sambung TIP SIMPLE TAPI HOT
tentang melihat petanda 200 DMA untuk memastikan
kita beli dengan harga silver yang murah.

Sebelum saya teruskan, mari saya bagi penerangan
ringkas tentang harga 200 DMA supaya kawan-kawan
faham konsep 200 DMA.

Silver diperdagangkan di pasaran serata dunia. Setiap hari
apabila pasaran satu rantau contohnya di New York
tutup, pasaran tersebut akan mendaftarkan satu harga
penutupan harian untuk silver.

Kita campurkan harga penutupan harian untuk 200 hari
sebelumnya dan kita bahagikan dengan 200. Dengan
kata mudah, 200 DMA ialah purata harga penutupan
harian untuk 200 hari pasaran.


Kenapa kita gunakan 200 DMA sebagai petanda?
Untuk pasaran silver, ia adalah sebagai dasar harga
rujukan kita. Oleh kerana pasaran silver amat 'volatile'
(banyak pergerakan turun naik), harga silver akan turun
ke harga 200 DMA selepas mencatat kenaikan yang tinggi.

Kita ambil contoh pergerakan harga selepas Februari 2011.
Harga silver naik daripada USD27 sehingga USD48
pada 2 Mei 2011. Harga USD48 bersamaan dengan
1.7 harga 200 DMA silver! Harga silver pernah singgah
ke 1.4 harga 200 DMA pada Mei 2006 dan kemudian
jatuh sehingga 35% sebelum naik semula.

VIDEO TUTORIAL RELATIF HARGA SILVER -
CARA MENENTUKAN MAHAL/MURAH HARGA SILVER HARIAN


Saya ada rekodkan satu video tutorial untuk
kawan-kawan praktikkan di rumah untuk mendapat harga
200 DMA silver yang lebih tepat.

[video=youtube;UBmmkbAId44]http://www.youtube.com/watch?v=UBmmkbAId44[/video]

(Terima kasih kepada shazwi tunjukkan cara
embed video youtube dalam thread )
:D


Selepas tengok tutorial, saya harap anda dah tahu
macamana hendak cari harga 200 DMA silver dan
relatif harga silver yang bakal dibeli.

Kalau harga relatif silver:
1.35 ke atas - Sangat mahal. Jangan beli

antara 1.25 ke 1.35 - Mahal, Tunggu dulu

antara 1.00 ke 1.25 - Harga OK kalau nak beli

.99 ke bawah - Harga pecah tabung bull market

Sekian dulu, sehingga update akan datang,
Kalau suka dengan thread ni, beritau la kawan-kawan lain!

____________________________________

Kalau suka post ni, please SUBSCRIBE
& beritau kawan-kawan lain. Terima kasih :D
____________________________________
 
Last edited:

shazwi

freshman
Joined
Jun 1, 2008
Messages
496
Likes
0
Points
16
Offline
#13
meh saya tolong...:D

[video=youtube;UBmmkbAId44]http://www.youtube.com/watch?v=UBmmkbAId44[/video]



TT- Copy link Youtube pastu paste je kat icon video
 
Joined
Mar 21, 2010
Messages
6,548
Likes
0
Points
0
Offline
#14
huhhhuhuhu mantop juga nih kalau silver yang di buat gelang besar bapak tu pun ada harga kee hehehehehhe :)
 
Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#16
Harap-harap dengan 3 perkongsian awal ni, sapa-sapa yang belum
beli silver akan buat 'educated decision' sebelum beli.
Sapa-sapa yang dah beli, TAHNIAH untuk anda, pembelian selepas
ini diharap lebih berhati-hati & bukan sebab dengar cakap orang je

tips mantop yang membuka mata saya..nak labur silver terus la dalam minggu ni
kalau camnie kene simpan jugak nie.....cepat!!!
Kalau belum beli silver, hold on dulu.... harga lepas $36 minggu ni kira mahal dah

semalam kebetulan pergi Platinum Diamond, begitula ceritanya...
Sorry bro, Platinum Diamond tu apa?

Info yang menarik ni.saya cuma tau je pasal emas.nampaknya silver juga semakin bernilai!
thankz bro!
Emas main, silver pun main bro! Kita mula beli sementara silver undervalue

Wahhh.. Ini kes SILVER lebih untung dari
emas ni..

Saya baru tahu ni bro.. Biar betik??

Ini perkongsian betul-betul baru yang saya
baca ni..
Cantik bro.. mmg dh ada plan nk invest dlm silver.. dgn adanya tips2 mcm ni menguatkan lg tekad utk teruskn..
Saya harap semua SUBSCRIBE thread ni, baca dari 1st post
& follow update saya sebab saya akan try masukkan ACTION
saya pasal beli silver ni, bukan setakat TEORI. Terima kasih.
 
Last edited:
Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#18
huhhhuhuhu mantop juga nih kalau silver yang di buat gelang besar bapak tu pun ada harga kee hehehehehhe :)
Kena cek la purity gelang silver tu. Selalunya
silver jewelery ni purity .925. Kalau beli gelang
9-10 thn dulu ada harga, kalau beli minggu lepas
kena tunggu 3-4 tahun baru ada harga sebab kos
upah buat jewelery silver lagi mahal dari kos bahan
mentah

Kalau nak beli, elok purity .999
 
Last edited:
Joined
Feb 25, 2011
Messages
498
Likes
1
Points
0
Offline
#20
1 kg dlu beli RM3k, skrang dah lebih RM4.5k....

Tujuan beli silver lebih pada 1 matlamat...
Katakan hujung 2011 nak guna wang untuk
perbelanjaan yang besar... Mungkin boleh
jual masa tue... So habis setakat tu...

Tak macam emas, kalau nak guna wang
boleh pajak, - Wang ada di tangan, emas
pun masih boleh jadi milik kita, hanya
bayar pajakan dan upah simpan bulan-bulan.

Sekarang emas dah semakin mahal, silver
pun tak lama akan tinggi seperti ini... Jadi
jika ada lebihan wang bolehlah cuba. Tapi
jangan sampai berhutang sana sini cukup :)
Statement paling bijaksana "jika ada lebihan wang
bolehlah cuba." Kalau saya boleh tanya, berapa %
portfolio bro letak dalam silver/emas? Selalu beli
untuk short term atau long term?
 
Top