Filem Poltergeist

Tukang Karut

freshman
Joined
Jun 6, 2015
Messages
40
Points
8
Poltergeist merupakan pembikinan semula filem dengan tajuk sama yang dibikin pada tahun 1982 yang diarahkan Tobe Hooper dan ditulis oleh Steven Spielberg. Filem baharu ini diarahkan oleh Gil Kenan. Walaupun kurang ingat jalan ceritanya, penulis masih ingat pertama kali menonton filem Poltergeist (1982) sekitar tahun 90an dan merasakan di samping menakutkan, ia juga merupakan sebuah filem seram yang unik ketika itu. Jadi bagaimanakah filem baharu ini dibandingkan dengan yang asal? Mari kita selami bersama.



Poltergeist [Review]


Poltergeist mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah ke kawasan pinggir bandar dalam usaha memulakan hidup baharu. Namun sejurus selepas memasuki rumah baharu itu, kejadian-kejadian aneh mula berlaku sehingga akhirnya anak bongsu keluarga itu, Madison diculik oleh makhluk ghaib yang menghuni almari pakaian. Dapatkah keluarga itu mengembalikan anak mereka yang diculik? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam.

Jalan Cerita


Secara keseluruhannya, jalan ceritanya lebih ringkas dari sangkaan kami. Jalan ceritanya tiada selok belok yang memerlukan penonton berfikir, sebaliknya jalan ceritanya linear dan boleh dijangkakan. Dari segi keseraman, filem ini mengikuti formula yang biasa kita lihat dalam kebanyakan filem seram moden. Ia lebih bergantung kepada elemen kejutan berbanding ketakutan yang sebenar.



Mungkin juga segala idea mengenai filem seram telahpun habis digunakan dalam filem Holywood dan kita sudah mula menampakkan pengulangan semula formula tersebut dalam filem baharu. Filem seram terakhir kami tonton yang mempunyai idea yang asli adalah filem Cabin in the Woods yang sememangnya mempunyai pengakhiran yang tidak dijangkakan.

Bercakap mengenai pengakhiran filem, dapat dirasakansemakin filem ini sampai ke penghujung semakin ia kelihatan kurang seram. Mungkin kerana pada pendapat kami, menjelang penghujung filem ini, ia telah bertukar dari filem seram kepada filem fantasi pula.



Lakonan


Lakonan pelakon dalam filem ini sememangnya tidak meyakinkan. Mungkin ini disebabkan penulisan skrip yang tidak begitu mantap. Sebagai contoh, apabila Madison diculik makhluk ghaib, ibu bapanya masih mampu kekal tenang dan tidak mahu melaporkan kepada polis kerana khuatir polis tidak akan mempercayai mereka. Agak pelik kerana biasanya seorang ibu akan panik dalam keadaan begitu, namun dalam filem ini ibunya tenang dan mampu menunggu ke hari berikutnya untuk berjumpa pakar paranormal.

Banyak lagi keganjilan dalam lakonan barisan pelakon filem ini. Bukan mahu mengatakan lakonan mereka tidak bagus, sebaliknya kami lebih merasakan lakonan mereka seperti berlakon, dan bukan menggambarkan reaksi manusia dalam keadaan sebenar.



Positif vs Negetif


Positif

  • Berjaya dalam mengetengahkan latarbelakang rumah berhantu yang seram pada permulaan filem.
  • Memaparkan filem Poltergeist dalam konteks moden.

Negetif

  • Jalan cerita yang ringkas.
  • Lakonan kurang mantap.
  • Tidak berjaya membawa perasaan seram yang sama dialami ketika menonton filem asal.
Kesimpulan


Walaupun filem baharu Poltergeist ini berjaya memaparkan filem asal dalam konteks moden, ia tidak berjaya membawa perasan seram yang dialami semasa menonton filem asal. Disarankan mencari alternatif lain untuk menonton filem ini berbanding menonton di panggung wayang kerana mungkin filem ini kurang berbaloi. Namun, jika anda seorang penonton yang suka dikejutkan oleh adegan terkejut filem seram, panggung wayang tempat terbaik untuk menonton.

IMDB

Sumber: wayangkini

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

 
Top