Dalam Negara Polis akan laksana Op Cantas Khas 2.0 banteras kongsi gelap

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

GAMBAR hiasan anggota polis yang sedang menjalankan tugas. FOTO arkib NSTP

Kuching: Polis akan laksanakan Op Cantas Khas 2.0 untuk membanteras kegiatan kongsi gelap dan jenayah membabitkan senjata api di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap keselamatan negara berada di peringkat optimum.

Bagaimanapun, katanya semua penguatkuasa harus berada dalam kesiapsiagaan terutama dalam kejadian terbaru kes tembak membabitkan antara dua kumpulan kongsi gelap di Ibu negara, semalam.

"Walaupun Op Cantas dijalankan berterusan, elok kita laksanakan Op Cantas Khas 2.0 bagi meningkatkan pembanterasan aktiviti jenayah terutama membabitkan senjata api dan kongsi gelap," katanya ketika sidang media di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri Sarawak 206 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis memburu 10 lagi individu dipercayai terbabit dengan kes insiden serangan bom tangan di premis hiburan di Puchong, 28 Jun lalu.

Katanya, setakat ini 11 individu sudah ditahan berhubung kes itu.

"Polis masih menjejaki dan memburu 10 lagi individu yang dipercayai terbabit dengan mereka mempunyai rangkaian di seluruh negara," katanya. - Metro
 
Top