[PLR BM] Produk Informasi Terhangat Datang Lagi! Kali Ini Dengan Bonus Gempak!

Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,685
Likes
3
Points
38
Offline
#25
ade sape2 bleh bagi review x?
Salam bro whizzkid,

Di bawah adalah sedikit review untuk bro.

Review dari AmboAzhan adalah seperti berikut:

Pengenalan - Dalam bab pertama ini, penulis menerangkan mengapa anda perlu membuat pemasaran artikel?
Apakah kepentingan dan kesan yang diterima dalam pemasaran artikel? Bagaimana anda dapat manipulasikan
artikel supaya dapat meraih jualan?

Tujuh teori asas penulisan artikel - Penulis telah bincangkan hal ini di blognya sebenarnya. Dalam e-book
percuma beliau juga iaitu '10 Tips Penulisan Artikel' turut membincangkan hal yang sama. Tetapi, dari 10
tips yang dibincangkan dalam e-book percumanya itu, penulis telah menarik TUJUH daripada tips tersebut
untuk dibincangkan dengan lebih spesifik hanya untuk pemasaran artikel. Antaranya ialah berkenaan penulisan
tajuk artikel, pengenalan artikel dan lain-lain.

Penggunaan private label rights artikel - Dalam bab ini, penulis menerangkan apakah lesen PLR untuk e-book
dan artikel. Penulis memberikan idea bagaimana anda dapat menjana keuntungan melalui artikel PLR. Penulis
turut memberitahu cara-cara untuk dapatkan artikel PLR ini walaupun penulis telah menyediakan bonus untuk
pembeli produk 'Rahsia Pemasaran Artikel'. Penulis juga membincangkan kesan dari penggunaan sesebuah
artikel PLR.

Rahsia pemasaran artikel - Bab ini adalah pengenalan kepada rahsia pemasaran artikel. Rahsia-rahsia ini
telah dipecahkan kepada ENAM bahagian iaitu:

1. Artikel untuk membina kempen pemasaran emel - Penulis memberi idea bagaimana menggunakan artikel untuk
digunakan dalam pemasaran emel.

2. Artikel untuk kandungan blog - Untuk topik ini, penulis mengajak pembaca supaya mengambil langkah-langkah
yang dibincangkan, supaya tidak berlaku hal-hal yang tidak diingini selepas anda berpenat lelah menyiapkan
sesebuah artikel. Kesannya, pemasaran artikel anda bakal menjadi lebih efisien.

3. Bina artikel berangkai - Bahagian ini pula, penulis meminta pembaca supaya buat artikel yang berangkai
supaya.... Aha - RAHSIA.

4. Artikel dengan gambar dan video - Tidak perlulah saya terangkan dengan terperinci untuk topik ini. Anda
lihat pada tajuk, saya yakin anda pasti terbayang perkara yang ingin disampaikan oleh penulis.

5. Hantar artikel ke direktori artikel - Untuk bahagian ini pula, penulis memberikan beberapa artikel direktori
yang sememangnya cinta kepada artikel-artikel informasi. Penulis turut menyatakan sebab-sebab anda perlu hantar
artikel ke direktori-direktori yang dinyatakan.

Sub-topik
- Pemasaran artikel ke laman-laman sosial - Dalam topik ini, penulis menunjukkan beberapa laman sosial
yang sememangnya terbukti dalam memasarkan sesebuah artikel. Anda pasarkan sahaja artikel ke sana, penulis yakin,
traffik yang mencurah-curah akan diterima seandainya anda optimasikan penggunaan laman-laman sosial itu.

6. Kesan kebekesanan artikel - Selepas anda tulis dan pasarkan artikel yang ditulis, penulis terangkan bahawa
anda wajib kesan keberkesanan tulisan anda itu. Bagaimana untuk kesan? Salah satu cara ialah jumlah _________.

Kesimpulan - Akhir sekali, penulis menyimpulkan kepentingan pemasaran sesebuah artikel.

p/s: Produk ini adalah produk informasi. Bukannya produk yang mengajar anda untuk membuat juta-juta dalam pemasaran artikel.

Ikhlas dari AmboAzhan.
 
Top