Pikul Beban Jaga Tujuh Adik

Joined
Jun 24, 2009
Messages
1,460
Likes
0
Points
38
Offline
#1
Sapa nak derma, boleh contact no di bawah artikel ya.



Farah Nabila (berdiri, tiga dari kiri) semasa program CSR Sinar Harian Bersama Kels International (M) Sdn Bhd melawat arwah Mat Yaacob (berkerusi roda) pada Ramadan lalu.

KOTA BHARU - Kematian bapa pada Selasa lalu akibat strok menjadikan Farah Nabila Yaacob, 19, terpaksa memikul tanggung jawab menjaga enam adik masih bersekolah termasuk salah seorangnya cacat penglihatan.

Arwah bapanya, Mat Yaacob Ismail, 62, menghidap strok sejak dua tahun lalu menyebabkan Farah Nabila berhenti kerja di Johor bagi jaga adik-adiknya setelah ibu mereka, Siti Mariam Mohamad, ke Johor menjadi pembantu kedai makan.

“Semasa bapa masih hidup, arwah selalu berpesan supaya saya dan abang, Rairul Aswadi, 21 (buruh) menjaga adik-adik,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Yaacob merupakan salah seorang peserta bagi program tanggung jawab sosial (CSR) Sinar Harian Bersama Syarikat Farmasi Kels International (M) Sdn Bhd sebanyak dua kali lawatan pada Ramadan lalu.

Farah Nabila berkata, bapanya meninggal Selasa lalu kira-kira jam 8 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seterpa, Peringat, di sini.

“Kira-kira jam 3 pagi malam itu, arwah mengejutkan saya dan abang untuk minum air dan selepas subuh kami mengejutkannya, tetapi mendapati dia hanya kaku biarpun berkali-kali dipanggil,” katanya.

Anak kedua itu berkata, setelah ketiadaan bapa, dia kini berusaha mendapatkan pekerjaan di lokasi berdekatan rumah bagi memudahkan dia berulang-alik .

Enam adiknya yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puteri Saadong; Mohd Danial Haiqal, 12, Mohd Aizam, 10, Mohd Irfan, 7, manakala seorang adiknya, yang cacat penglihatan, Mohd Syafiq, 13 bersekolah khas di Maktab Abu Bakar, Johor serta adik bongsu, Mohd Adam Hakimi, 5.

Dua lagi adik-adiknya yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Nor Laila Azlina, 17 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu Nor Fatin Amalin, 15, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Saadong.

Mereka hanya bergantung kepada wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi Farah Nabila 017-7502435 atau kunjungi rumah mereka.

http://www.sinarharian.com.my/edisi...aga-tujuh-adik-1.321296#.VCoAgrEsAmU.facebook
 

ruben33

freshman
Joined
Mar 4, 2015
Messages
45
Likes
1
Points
6
Offline
#2
Semakin banyak anak maka makin banyak rezeki yang didapat. namun bila kita bergaya hidup mewah tidak mungkin bisa memiliki banyak anak
 
Top