Petua penjagaan rambut

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
463
Points
0


Santan luruskan rambut

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut,amalkan petua ini.
Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas airsuam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalampeti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengancermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Dadih lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suamkira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalampeti sejuk selama enam jam.
Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas.Amalkan selalu, insya-Allah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Daun bunga raya elak rambut gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dankisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kaliseminggu dan anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat secarasemula jadi.

Elak mengikat rambut

Rendam kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu atas kulitkepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatantumbuh. Di samping itu, usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambutgugur.

Rambut bersinar dengan telur

Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu padarambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan airbersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebihbersinar.

Limau nipis atasi rambut kering

Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkanlimau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilasmenggunakan air bersih.

Produk Lengkap Untuk Kecantikan Rambut Disini
 
Last edited:

LadyGreen

freshman
Joined
Apr 19, 2017
Messages
20
Points
1
Age
32
teringin nak rambut lebat dan bersinar,salah pilihh shamppo je mesti gugur terukk sobsobsob
 
Top