Pesanan Ikhlas Untuk Rakan-Rakan Yang Baru

uzairubiah

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
551
Points
16
Age
37
Aku tidak berapa gemar menggunakan istilah "newbie" disini, seolah-olah ianya melambangkan satu kasta dan menjadi tembok besar di antara yang berpengalaman dan juga yang baru berjinak.Jadi, aku gunakan frasa"rakan-rakan baru".

Setiap tahun, semakin bertambah rakan-rakan baru yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet ini.Dan tidak kurang juga ramai rakan-rakan yang dahulu bersama-sama saya yang sudahpun berputus asa dengan perniagaan internet ini.

Saya tidak mahu untuk bercerita mukadimmah yang panjang lebar di sini,jadi biarlah saya memberikan pesanan saya ini dalam bentuk point-point agar ianya mudah difahamkan dan diserap dalam minda masing-masing.

Sebetulnya, perkara-perkara yang ingin saya nyatakan disini, telahpun berulangkali di beritahu oleh rakan-rakan yang lain, namun rasanya tidak salah kalau saya ingin mengingatkannya sekali lagi dan saya membuat ulasan berdasarkan pengalaman saya yang cetek dalam dunia perniagaan internet ini.

1) Fokus Terhadap Pilihan Yang Anda Buat

Ini merupakan di antara masalah terbesar dikalangan rakan-rakan baru dan kepada rakan-rakan yang berpengalaman juga. Tidak fokus kepada pilihan bidang yang anda buat,boleh memberikan kesan sehingga anda boleh berputus asa sekiranya tidak mencapai target yang anda inginkan.

Perkara begini selalu terjadi. Saya tidak menyalahkan rakan-rakan yang baru dalam perniagaan internet ini kerana masalah "Bagaimana Hendak Memulakan" adalah di antara faktor utama kebanyakan rakan-rakan baru dan sebab itu mereka mudah goyah dan hilang fokus terhadap apa yang mereka lakukan.

Bila selalu terikut-ikut dengan "hype baru", ini yang mudah menimbulkan kehilangan fokus dan selera terhadap apa yang sudah dilakukan dan direncanakan.

Jadi, hanya tahap fokus yang jitu sahaja dapat menjadikan anda berjaya terhadap apa yang anda ingin buat ataupun sedang lakukan.

Sebenarnya, segalanya berbentuk rantaian yang akan kembali pada anda.Sedar tidak sedar, anda sudahpun menjadi affiliate, menjana wang dengan adsense, menjadi blogger, menjual produk fizikal dan sebagainya.

Yang penting adalah, anda perlu tahu bagaimana hendaak bermula dan apa yang perlu anda mulakan. Jangan mempedulikan kejayaan orang lain, tetapi sebaiknya pedulikan kejayaan yang bakal anda kecapi sekiranya anda bersungguh-sungguh dan fokus terhadap apa yang anda buat.

2) Benarkah Anda Perlukan Motivasi Untuk Buat Sesuatu?

Adakah anda perlukan motivasi untuk melakukan sesuatu? Mungkin ada diantara anda yang akan memberikan pendapat yang berlainan,namun bagi saya, anda sebenarnya tidak perlukan motivasi untuk melakukan langkah pertama anda.Just Bloody Do It!

Motivasi akan hadir sendiri bila anda mengharungi perjalanan karier anda dalam perniagaan internet ini.Malah, dalam apa-apa perniagaan pun yang anda buat tidak kira offline atau online.

Jangan jadikan alasan kekurangan motivasi menjadi halangan untuk mencapai impian dan cita-cita yang anda pilih.

3) Membuat Objektif Yang Mudah Untuk Anda Gapai

Sebetulnya, anda tidak boleh meletakkan angan-angan dan target yang terlalu tinggi sekiranya anda baru bermula. Perniagaan internet bukanlah semudah yang anda sangkakan seperti yang anda lihat di kebanyakan "sales letter" yang terlalu hype.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya "penjual produk" tersebut bermula pada awal pem****tannya? Namun begitu, meletakkan tanda aras yang "masih berpijak di bumi yang nyata", adalah asas yang terbaik.

Kebanyakan objektif atau target yang biasa saya dengar adalah terlalu umum serta tidak khusus.Ianya lebih kepada angan-angan.

Saya biasa mendengar:

"Aku Ingin Jadi Jutawan Dalam 3 Tahun Lagi"

" Harap Aku Bebas Dari Masalah Kewangan Sedikit Masa Lagi"

Itu adalah di antara yang biasa saya dengar.Namun sebenarnya,khas untuk rakan-rakan baru, anda perlu meletakkan objektif yang khusus.

Anda perlu melihat apakah target pendapatan anda yang ingin anda capai? Atau dengan cara lebih mudah adalah, gandakan hasil pendapatan tetap anda.

Sekiranya anda ingin mencapai target anda sebagai contoh, RM 3000 sebulan, ini bermakna target pendapatan anda adalah RM 36,000 setahun.

Jadi,pecahkan angka RM 3000 sebulan itu kepada hari. Ini bermakna, anda perlu sekurang-kurangnya menjana pendapatan sebanyak RM 100 sehari untuk mencapai target anda.

Namun begitu, anda perlu pecahkan lagi angka RM 100 itu kepada sumber-sumber pendapatan yang ingin anda janakan mengikut bidang perniagaan internet yang anda pilih. Contoh:


  • Adsense-RM 20
  • Affiliate-RM 30
  • Pengiklanan-RM 50
Iini adalah contoh yang perlu anda lakukan agar ianya akan lebih targeted.Sekiranya anda telahpun mencapai target tersebut, barulah anda upgrade target anda tadi dan seterusnya.

Jadi, buatkan satu objektif yang mudah terlebih dahulu.Jangan biarkan angan-angan anda mempengaruhi minda anda semasa membuat ojektif perniagaan internet anda nanti.

4) Rajin, Usaha, Dan Tidak Putus Asa

Tiada ketiga-tiga sifat ini, adalah sukar untuk anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Konsep yang sama tidak kira apa jenis perniagaan yang anda lakukan.

Anda tidak perlukan masa sehingga 8 jam di depan PC untuk berjaya.Cukup dengan sekadar 2 jam waktu yang sesuai dan anda betul-betul memaksimakan masa tersebut membuat

Ia adalah lebih baik dari masa 8 jam yang anda selang-selikan dengan bergosip di forum,ruangan chat, dan sebagainya.

Ramai juga yang memberikan alasan modal yang terhad sebagai halangan dalam mencapai cita-cita sedangkan ia sepatutnya tidak sekiranya anda mempunyai keazaman yang benar-benar jitu.

Sekiranya anda benar-benar ingin berjaya,tiada alasan yang dapat menghalangi anda untuk mencapainya.

5) Promosi

Diikutkan, promosi adalah aspek yang terpenting. Sekiranya anda mempunyai produk yang terbaik di dalam dunia sekalipun, sekiranya anda tidak mampu menjual, anda gagal.

Terdapat pelbagai cara promosi yang ada dibincangkan di dalam forum-forum dan blog-blog yang ada, samada berbayar atau percuma, yang boleh anda aplikasikan.

Tidak perlu tergopoh-gopoh mencari traffik yang banyak dan tidak berkualiti dengan menggunakan software dan sebagainya.

Sebetulnya, adalah target dan capture pengunjung yang benar-benar berminat terhadap apa yang anda jual dan katakan.Biar ia bermula dari jumlah yang sedikit.Dan lipat gandakan usaha anda untuk mencapai sasaran yang anda mahukan.

Sehingga di sini sahaja buat masa ini.

p.s. Baru lepas keluar hospital
 

Nik

Newbie
Joined
Jun 23, 2008
Messages
307
Points
16
Thanks Bro Uzairubiah..

Satu perkongsian yang menarik..untuk orang baru(newbie) macam saya nie..

...
 

azza

Newbie
Joined
Apr 8, 2009
Messages
68
Points
0
anda yang baca motivasi pagi ini sila buat
dan jangan sekadar baca lepas tu tekan "back" atau pangkah
dan semuanya hilang macam tu sahaja

keep it in your mind!

Btul..btul..btul..
Si penulis pun kena buat juga. Jangan pandai tulis je,suruh orang baca.suruh orang buat.tapi dia yang tak buat.he..he..he
 

uzairubiah

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
551
Points
16
Age
37
Btul..btul..btul..
Si penulis pun kena buat juga. Jangan pandai tulis je,suruh orang baca.suruh orang buat.tapi dia yang tak buat.he..he..he

hehe..kalau aku tak buat,aku tak tulis..walk the talk lah..;)
 

azza

Newbie
Joined
Apr 8, 2009
Messages
68
Points
0
maner tau kalau2 cuma kopi dan pastri jerr dari maner2 web
 

uzairubiah

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
551
Points
16
Age
37
maner tau kalau2 cuma kopi dan pastri jerr dari maner2 web

kau ingat aku setahun jagung ke?ko ingat aku macam ko ambil produk orang lain tanpa hakmilik pastu jual balik?

Hai, mis..masih lagi tidak berubah..pegila guna apa-apa program mcm copyscape ker,ambil kesluruhan content aku tu kat atas dan semak.

Lenkali buatlah homework sikit.baru boleh cakap.pasal tu lah ko still mcm tu.Ego yang amat tak tentu pasal.Marah ker pasal aku flag post ko kat DUitMania?

Ada sebabnya pasal ko masih berdegil mengulang perkara yang sama..
 

azza

Newbie
Joined
Apr 8, 2009
Messages
68
Points
0
Best nyer tengok orang marah...
 

uzairubiah

Newbie
Joined
Sep 21, 2006
Messages
551
Points
16
Age
37
Best nyer tengok orang marah...

tak marahlah..suke lak kaco ko pepagi nih.hehe..ke ko yang still marah aku lagi?sudah-sudahla tuh.Bawak bermuhasabah sikit.
Kalau dah salah, terima dan jgn ulangi.Bukan ego lagi mcmni.
 

nuaeman

Newbie
Joined
Sep 26, 2007
Messages
397
Points
18
tak marahlah..suke lak kaco ko pepagi nih.hehe..ke ko yang still marah aku lagi?sudah-sudahla tuh.Bawak bermuhasabah sikit.
Kalau dah salah, terima dan jgn ulangi.Bukan ego lagi mcmni.

Rileks bro.. apapun orang degil memang wajar diperingatkan.. heh!

Terima kasih atas post tu
motivasi yang bagus pepagi nih..
 

Abu Hanis

Senior
Joined
Oct 9, 2007
Messages
2,247
Points
38
Hmmm... tahniah uzair krn sudi kongsi nasihat/pesanan di sini :)

p.s: bab kacau mengacau thread ni pun salah satu daripada ujian keFOKUSan kita :)

so uzair fokus jelah pada pesanan tu...
yg terkeluar topik tu tak payah layanlah :)
 

fanisha

junior
Joined
Feb 13, 2009
Messages
151
Points
0
:) wa.. begitu sopan sekali penulisanya.

terima kasih sbb sudi berkongsi, after 4 kali membaca , and expand ur point with a little research, i think i got ur point :) again, thanks.

i am totally new in this business model, and know nothing. really appreciate every single word from you which i see u as my senior.

as respond :
tentang motivasi , u got ur point there. As for me, personally, i really need something rock solid as my "reason" for me to get walking. Motivation is something tht i always passionate with (do i weak? maybe) . Grow wealthy and related thing are not a good motivation for me, i cant force my self with that reason. Something related with my family doing good for me. Before i do something, i have to put a count on what will my action effected my family. its always working well for me to keep me walking even slowly :)

tertarik juga dengan point distraction, time management, and goal target. Before this, i do (always) multi tasking which is totally bad for orang baru like me. (walopon banyak kali member kasitau tak elok :p ) After going through with eban pagan , patric chan, and some idea from justin brooke (and now your word)..im now can picture clearly bout my goal to accomplish. When doing something that need me to laser focus, i do shut down skype + YM + forums + emails and turn me on "ready position" , guess what? i can produce double compare to before, even with 2 hours work (instead of 4-5 hours). that was an awesome experience. The hard thing for me now is, to make it as my habit ( i sometime broke this rules).

i cant wait to read more from you..

* hospital?
tempat yg bagus untuk muhasabah diri..
 

kallam

freshman
Joined
May 31, 2007
Messages
1,084
Points
36
ha ha :D KUASA FOKUS MEMANG PENTING! jgn layanlah pengacau thread tuh.... Owner thread jgn marah2 nanti terus hilang fokus ape2pun TIPS ko memang bagus Terima Kasih;)
 

FendyAziz

freshman
Joined
Apr 15, 2009
Messages
3,541
Points
0
promosi? aku mmg ptus asa bab ni. lg putus asa aku ni xreti nak bt website.. :(
 

baloot

Senior
Joined
Jan 19, 2007
Messages
923
Points
18
tahniah uzairubiah,
satu topic yg amat bagus...

rakan2 baru patut mencuba secara kecil2 dahulu.
pastu dah ada pengalaman, selok belok, modal n lain2, baru boleh ke step yg seterusnya..

bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...
 

nasrun

freshman
Joined
May 14, 2008
Messages
568
Points
18
promosi? aku mmg ptus asa bab ni. lg putus asa aku ni xreti nak bt website.. :(

Jgn putus asa. Cuba perlahan-lahan.

Kita takkan belari kalau tak merangkak terlebih dahulu.

Cuba gunakan pendekatan yang betul bila perlukan pertolongan.
 
Top