Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara

ray firdausi

freshman
Joined
May 13, 2007
Messages
56
Points
8
Age
38
Bank Negara Malaysia akan menyambut Ulang Tahun yang Ke-50 pada 26 Januari 2009. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia melancarkan Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Peringatan ke seluruh negara dari 10 Mac hingga 9 April 2008.

Matlamat pertandingan ini adalah untuk mendapatkan reka bentuk terbaik yang mencerminkan peranan Bank Negara Malaysia dalam proses pembinaan negara.

Reka bentuk duit syiling peringatan yang memenangi pertandingan ini akan digunakan untuk penempaan dan penghasilan Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, manakala 10 pemenang hadiah sagu hati akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sila layari Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat pertandingan. Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web dan/atau diambil di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.



ni ada peluang utk member semua yg power dlm design ni,
kot2 leh dpt rm20ribu..ni saya terjumpa masa surf tadi.
mod jika dh ada tolong delete yer,bukan apa saja nak tolong member2 yg ada bakat tu.

maklumat lanjut di sini ya..


BNM Lain-lain
 
Top