Perniagaan HARAM Yang Kita Mungkin Tak Tahu Haram

Luqmanmikhail

freshman
Joined
Sep 7, 2014
Messages
47
Points
8
Sebagai umat Islam, adalah satu keperluan untuk kita tahu bahawa sesuatu perniagaan yang kita join/ sertai itu adalah haram atau tidak.

Ini kerana, apabila pendapatan kita haram, secara tak langsung makanan kita beli dari duit haram pun haram juga.

Semestinya tak elok kita gunakan duit haram untuk bagi isteri, anak dan diri kita sendiri makan dari sumber haram. Ye tak?



Beberapa hari ini, saya membuat sedikit kajian perniagaan untuk mengetahui apakah perniagaan2 yang dilakukan di Facebook dan dapati sebahagiannya adalah perniagaan yang haram di sisi agama Islam.

Haram dalam konteks ianya jelas memiliki unsur gharar, riba dan judi.

MUNGKIN ada diantara kita tidak peduli halal/ haramnya sesuatu perniagaan itu asalkan mendapat untung, namun harus diingat,

ini salah satu contoh hukuman orang yang makan riba/ bnd haram:

Kebiasaannya pada masa kini, ramai daripada kita yang meninggal ketika tidurnya.
Dalam keadaan tidak bersedia untuk mati.

Maka meninggal dunia lah kita dan kita dikuburkan. (Allah mengambil nyawa kita ketika datangnya maut)
Setelah berada di dalam kubur, nyawa kita dikembalikan. (Kepada yg makan riba, roh dikembalikan semula ke jasad untuk satu tempoh)

Mata kita dibuka dan kita tidak dapat melihat apa2. Gelap.
Kita memanggil isteri/ suami kita, namun tiada yang mendengarkan suara kita. (Sebab kita ingat kita masih tidur)

Kita ingin bangkit namun tidak dapat bangun. Kita terkurung dalam ruangan yang sempit.
Perlahan-lahan, kita menyedari sesuatu, kita telah ditanam hidup2.

Malangnya, mereka telah terlupa meninggalkan handphone semasa menguburkan kita.
"Mak!" "Abah!" "Tolong aku mak!" "Abah!" "Sayang!" "Adik!" "Abang!" "kakak!"
Kita berteriak namun tiada siapa mendengarkan kita.

Kita akan berak disitu, kita akan kencing disitu. Kita ketakutan dan menangis-nangis keesakan di situ.
Serangga-serangga akan merayap diatas badan kita, di muka kita, ditangan kita dan kita tidak dapat berbuat apa-apa.

Harta benda, saudara-mara, rakan seperniagaan kita telah pergi meninggalkan kita.
Keseorangan kita di dalam kubur.

Allah kini menghukum kita untuk dosa-dosa yang kita lakukan (makan riba dsb)
Kita ada mata tapi tidak melihat
Kita ada telinga namun tidak mendengar
Kita ada hati tapi tidak memahami

"Benda ni haram wei, ada unsur riba. Ulama dah fatwakan haram."
"Kerajaan kata halal, negeri lain fatwakan tak haram" <-- Kita

"Program ni ada unsur gharar, riba. Salah ni untuk join"
"Alaa... Peduli apa halal/ haram. Yang penting duit masyuk."

"Jika saya tak buat itu ini, macamana saya nak kaya?"

"Ahhh!.. Ulama cakap je tu, mereka bukan tau apa-apa. Mereka bising sebab mereka tak berduit. Tak bijak macam kita."

"Saham ni haram wei. Forex ni haram. Tukar duit takpe, halal (untuk urusniaga jual barang, menggunakan duit di negara orang). Tukar duit untuk mendapat untung ni yang haram. Duit ni "medium of exchange", bukan komoditi macam emas dan perak"
"Kau tau apa. Ada je ulama dari bidang perbankan bersetuju dengan benda ni." <-- Niat, tidak pernah menghalalkan cara.


Terlalu banyak penjelasan tentang halal dan haram, namun ada lagi perniagaan yang haram yang kita MUNGKIN tidak tahu iaitu:

Sistem RM20. Kita bayar RM20, pihak A sediakan kita page, dan kita promosikan page tersebut. Setiap pendaftaran baru melalui page kita, kita dapat RM10 contohnya.

Sistem sumbang-menyumbang. Dikaburi oleh salahguna unsur sedekah namun memiliki unsur gharar dan riba.

Dan banyak lagi.

Layari laman web Wangcyber.com untuk bacaan lanjut.

1. Satu pemahaman mendalam mengenai perniagaan yang kita tak sedar haram, <-- Takut kita salah ikut dan sedar x sedar mkn duit hasil haram
2. apa pandangan ulama,
3. bagaimana untuk mengelakkan hutang yang bertimbun dan,
4. hak kita sebagai orang Islam dalam mendapatkan bantuan.
 
Last edited:

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
kena selalu berhati-hati dalam kita nak emncari sumber rezeki
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
yang penting biz tak ada unsur paksaan antara penjual dan pembeli juga pembeli rela hati dan minat dengan biz kita

kena faham apa produk dan servis kita tawarkan
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
yang penting biz tak ada unsur paksaan antara penjual dan pembeli juga pembeli rela hati dan minat dengan biz kita

kena faham apa produk dan servis kita tawarkan
 

fajarhac

Senior
Joined
Jul 25, 2013
Messages
214
Points
18
Saya mengambil sedikit masa untuk menulis panjang sebab bertanggungjawab untuk menyampaikan. Ada perkara yang saya setuju dan ada juga perkara yang saya setuju. Sebelum cakap panjang, biar saya jelaskan saya berikut antara pegangan saya :

Saidina Abu Bakar ra, Saidin aUmar al-Khattab ra, Saidina Uthman ra dan Abdul Rahman bin Auf adalah antara sahabat yang kaya dan dijanjikan syurga kepada mereka. Jadi menjadi kaya itu adalah SUNNAH.

Rasulullah S.A.W bersabda,

" Susungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Dan diantara kedua-duanya terdapat perkara syubhah, ramai dalam kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga diri daripada perkara shubhat, dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, dia akan jatuh ke dalam perkara haram. " ... hingga ke akhir hadis
-- tengok dalam kitab hadis 40 no 6
-- Imam Bukhari dan Imam Muslim memasukkan masing-masing memasukkan hadis ini dalam kitab Jualbeli

Dan seterusnya perkataan yang saya tak berapa setuju

"Benda ni haram wei, ada unsur riba. Ulama dah fatwakan haram."
"Kerajaan kata halal, negeri lain fatwakan tak haram" <-- Kita
Saya separuh setuju dengan perkataan Kita dalam ayat diatas. Setiap orang ada kelemahannya apabila kerajaan kata halal, dan negeri lain kata tak haram, perniagaan tu mungkin halal. Tapi bukan gitu prinsip orang Islam yang beriman.

Cara yang terbaik nak tahu halal dan haram apabila berselisih pendapat ialah kembalikan kepada Allah dan Rasulullah. Baca alasan dan dalil pihak yang mengatakan halal dan baca alasan dan dalil pihak yang mengatakan halal. Lepas tu buatlah pertimbangan, sebab salah satunya pasti datang dengan firman Allah dan sunnah Rasulullah yang lebih jelas.

Kalau dah baca pastu saya setuju dengan pendapat halal (atau haram)? Tinggalkan perkataan kalau dan bacalah dulu.

Sekiranya saya dah baca dan saya setuju dengan pendapat halal (atau haram)? Tinggalkan perkataan sekiranya dan bacalah dulu.


"Program ni ada unsur gharar, riba. Salah ni untuk join"
"Alaa... Peduli apa halal/ haram. Yang penting duit masyuk."

"Jika saya tak buat itu ini, macamana saya nak kaya?"

"Ahhh!.. Ulama cakap je tu, mereka bukan tau apa-apa. Mereka bising sebab mereka tak berduit. Tak bijak macam kita."

"Saham ni haram wei. Forex ni haram. Tukar duit takpe, halal (untuk urusniaga jual barang, menggunakan duit di negara orang). Tukar duit untuk mendapat untung ni yang haram. Duit ni "medium of exchange", bukan komoditi macam emas dan perak"
"Kau tau apa. Ada je ulama dari bidang perbankan bersetuju dengan benda ni." <-- Niat, tidak pernah menghalalkan cara.
Berhenti bercakap bacalah dulu. Biar bila orang kata kita ini haram, kita boleh jawab aku mengikut pendapat ulama namanya dan dia berkata berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi (atau bermaksud kalau hafal melayu saja) dan ayat Al-Quran yang bermaksud ini dan ini bahawa bentuk perniagaan ini halal.

Dalam hal Forex, saya tak pernah baca mana fatwa yang jelas mengatakan Forex itu Haram tapi saya tak buat sebab saya tak faham dengan jelas Forex dan agak meragukan. Tapi untuk katakan haram, saya tak berani. Begitu juga saya tak berani nak katakan halal.

Kalau ada sape-sape boleh tunjukkan fatwa, saya amat menghargainya.

rajin membaca, rajin membaca.agar tak sesat sentiasa.
aku setuju ini. Baca dan baca dan baca.

Saya suka untuk mengajak orang kita kembali kepada sunnah, dan bila buat sesuatu biar lah kita buat kerana Allah pernah berfirman (ada dalam al-Quran) dan kerana sunnah Rasulullah. Sebab tu, saya usahakan infografik solat tu.

Sekian. Panjang-panang macam ni, ada orang baca ke tak, agak-agak.
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48

fajarhac

Senior
Joined
Jul 25, 2013
Messages
214
Points
18
Pasal forex... jakim sudah keluar fatwa.
Boleh baca disini..
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-keb...asing-oleh-individu-secara-lani-individual-sp

Kalau mahu penerangan yang lebih details pasal hukum main forex..
Boleh baca kupasan Ustaz Zaharuddin..
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/649-hukum-labur-a-berniaga-forex-forex-trading.html
Terima kasih atas dan alhamdulillah. Saya sekarang berani kata FOREX adalah HARAM.
Sekiranya, sapa2 yang ada fatwa atau sumber yang katakan Forex tu halal. Boleh link kan. Saya nak baca. Tapi, buat masa ini, saya percaya dan yakin Forex itu HARAM.

Sikit ringkasan daripada e-fawa jakim

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
Nasib baik dalam fatwa tulis juga yang tukar wang kat pengurup ************* tu bukan halal. Tukaran matawang asing dekat kaunter dengan tukaran wang asing sistem Forex ni beza ya.

Tapi e-fatwa tak cukup lengkap, sepatutnya ditulis dengan lebih jelas atau bagi fail PDF untuk perbincangan yang lebih lengkap. JAKIM kena malu dengan Ustaz Zaharuddin, sebab ulasan Ustaz ada tulis penuh dengan hadis dan pendapat ulama,

"Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matawang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.
Sekian. Kesimpulannya FOREX adalah HARAM.
:)

:: yang ni tak de kaitan dengan tajuk ini, tapi saya rasa sebelum ini, kat blog ada tunjukkan recent post benda yang berlaku di forum, tapi sekarang tak de lagi. Bukan apa, saya lebih suka design situ daripada tengok What's New dekat forum ni.
 

z_sasuke

freshman
Joined
Mar 27, 2015
Messages
15
Points
0
yang RM20 tu mcm pernah dengar kot.. terjoin dah dulu...
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Semoga mereka2 yang berkenaan terbaca post ini dan insaf.......sedikit terdetik untuk insaf pun satu permulaan yang baik.
 

fathrulrazi

freshman
Joined
Aug 16, 2007
Messages
311
Points
18
Alhamdulilah. Perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam thread ni.

I Follow :) hehe
 

Kayrol Anwar

Newbie
Joined
Jan 25, 2010
Messages
3,272
Points
38
Kalau bercakap soal riba, yang paling jelas duit simpanan kita di bank. mulai sekarang kita pakat tutup akaun bank conventional... join akau bank islamic.. maybank,public,rhb,cimb smua pun dah ada islamic.. tutup yg conventional yg jelas2 haram. saya dah mulakan tutup. tinggal 1 akaun sahaja tunggu nak tutup dalam masa terdekat
 
Top