PERMULAAN bagi yg mahu berMULA menyimpan EMAS

Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#1
MENJANA KEUNTUNGAN DARI SIMPANAN EMAS;
pembukaan - LAGI INFO bagi yang tak tahu mana nak mula:
apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan?

A. gold bar
kelebihan:
1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu.
2. Lebih menjamin simpanan.
3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business".
4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran.

kekurangan:
1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan.
2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank sahaja.

b. barang kemas kelebihan:
1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai.
2. mempunyai permintaan yang tinggi.
3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain)
4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan.

Kelemahan:
1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas.
2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand).
3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar dengan spread/susut nilai yg tinggi 20%.

Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.

tempoh masa untung?

katakan saya beli gold bar tahun 2010 100gram = rm 16 000...bilakah masa yang sesuai untuk jual?

sekiranya awak beli 100 gram RM16,000 ... lepas setahun nilai nya mungkin RM20,800. Sekali awak jual, ya' ada keuntungan besar tetapi, ia tetap menjadi wang kertas dimana apa yg anda boleh lakukan dengan 20,800 setahun lagi?. bayar deposit rumah dan habis keuntungan anda sekelip mata! Walaubagaimana pun, planning ni tetap bagus sebab dlm setahun awak hanya simpan duit berjumlah RM16k tanpa menambah wang simpanan, awak dah berjaya menghasilkan RM20,800.00 akan tetapi pada waktu itu.. sekiranya baru awak sedar, awak ingin membeli emas semula.. emas sudah naik harga.

awak akan tanya, habis dimana untungnya?;
untung bila.... awak ada Rm16,000 daripada awak beli sekeping akan berlaku perkara diatas awak
tukar strategy kepada;

harga anggaran hari ini:
50 gram RM7,900 x 1 keping = RM7,900
20gram RM3160 x 3 keping = RM9,480
jumlah = 17,380

apa yg perlu anda lakukan;

100gram | sebagai asset didalam pelaburan hartanah yg lebih selesa, berdasarkan tahap hartanah yg ingin kita beli. Boleh juga dijadikan pusingan modal untuk berniaga. Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau proses yang makan masa untuk buat loan. Tambah pula interest yg tinggi. Dengan pajak 100 gram, upah simpan RM0.75/RM100, boleh dijadikan pusingan modal jangka masa singkat tanpa masalah birokrasi pihak bank. Malah bagi yang pentingkan HALAL dan HARAM.. maka ini salah satu jalan yg paling Halal menjalankan perniagaan tanpa melibatkan RIBA.

50 gram | sebagai aset... untuk pelaburan hartanah (beli dan sewakan) selepas beberapa tahun nilai berganda atau pun bila sampai masanya.. boleh digunakan untuk buat full settlement baki pinjaman hartanah anda..

20 gram | sebagai sandaran untuk keadaan mendesak - pendidikan anak-anak/kos perubatan yang dah naik melambung-lambung!

20 gram | sebagai backup plan (pajak bila perlu dapatkan cash) setakat nak pakai wang RM2-3k.. dari kita pakai credit card dgn interest tinggi, kita boleh pusing keperluan wang kertas dengan harta sendiri tanpa masalah birokrasi bank sekiranya kita mahu membuat loan. Kita juga boleh mengelak RIBA.

20 gram | jana keuntungan untuk jangka masa singkat tunggu harga naik, beli RM3160.00, lepas setahun JUAL RM4,108.00 (berdasarkan kenaikan paras PURATA 30%). Untung RM948.00 hasil dari keuntungan menyimpan emas selama ini untuk kita cairkan dan nikmati pulangannya.

* next info.. nak buat apa dengan emas banyak?... saya catatkan bagaimana nak merasa untung ...

semua yg saya sebut diatas bleh diolah berdasarkan keperluan masing2. terpulang. Jadi bila dah tahu.... nak ker kita jual?... atau kita biar dalam simpanan dan jamin kesenangan masa hadapan. Tunggu nilai betul2 naik, boleh buat pelaburan hartanah, rumah yg lebih besar untuk anak-anak.. atau beli flat untuk disewakan, dapat duit bulan-bulan. dan selebihnya simpan sahaja, tengok emas kita naik harga lagi, lagi dan lagi.. lagi lama simpan lagi tinggi nilai, bila nilai dah tinggi, fikir pelaburan apa yg kita mahu untuk menjana simpanan diatas simpanan tadi.

Jadi bila ada duit, jangan beli seketul.. tapi pecah-pecahkan pelaburan kita, agar setiap satu bersebab dan boleh dijual secara berperingkat mengikut keuntungan yg kita mahu seperti yang dikatakan diatas.

* diatas berdasarkan kenaikkan emas.. sekiranya kenaikkan emas tidak begitu memberasangkan maka kita simpan sahaja dulu emas.. anggap sahaja masa non-peak
 
Last edited:
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#2
key point - DIMANA MENJANA KEUNTUNGAN DARI MENYIMPAN EMAS YG KECOH MEMPERKATAKAN TENTANG PELABURAN EMAS!!
* masih banyak lagi kaedah menjana keuntungan sekiranya kenaikan harga emas memberangsangkan pada setiap tahun, cuma ini salah satu cara yg termudah untuk difahami..

bagi mengelakkan harga jatuh dalam tempoh 6 bulan (sekiranya)... dan maksimumkan keuntungan
jangan pakai kaedah pajak ar rahnu (akan mengurangkan keuntungan kerana upah simpan)
katalah.... beli dgn modal 20k tunggu setahun... harga pasti naik walau tak banyak.. sedikit pun untung juga dari sekadar menyimpan emas didalam bantal.

jual bahagian keuntungan dari 20k... (katalah emas naik 20%), bermakna ada keuntungan hampir RM4,000. Kita boleh cairkan satu keping 1 gold bar 20g.. yg bernilai RM3k.. atau beberapa keping 1 dinar RM650.00.

Duit tersebut kita masukkan kedalam akaun ASB!.. untung dari dividen pula..

biarkan pelaburan asal 20k ... tunggu lagi setahun.. boleh jual lagi sekeping dua.. yg halus-halus...

kalau harga emas turun antara waktu yg disebutkan diatas.. tambahkan pelaburan... dari duit keuntungan yg kita dapat yg kita dah simpan dalam ASB, bermakna dalam menajna keuntungan, kepingan emas dah berkurang.. kita dapat juga mebambah semula koleksi dan ulangi langkah diatas - jual bahagian keuntungan sahaja.. dan KEKALKAN PELABURAN ASAL. ini bagi menjaga asset kita dari terus menjana keuntungan.

jadi kita dapat merasa keuntungan emas dalam setahun. tak banyak.. dapat merasa sekeping 20gram pun untung juga... siapa nak bagi..?

Dengan kaedah diatas, kita dapat untung dari mencairkan sekeping dua emas kita, dan keuntungan dari emas, masuk ASB dapat untung lagi dengan dividen ASB!!.. bukankah kita sudah mampu MENJANA KEUNTUNGAN DARI SIMPANAN EMAS TADI??.. fikir-fikirkan..

jual yg halus?.. halus.. yg mana?.. masa nak beli saya akan sarankan mana yg terbaik senang nak cairkan bagi mendapatkan keuntungan dlm masa setahun.. (lihat pada kenaikan emas)..
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#3
penutup - ADA APA DENGAN EMAS?

beli emas bukan macam DULU-DULU, beli dan simpan barang kemas… sampai belambak tak terpakai esok.. anak-anak susah, kita dah tinggalkan sekeping dua utk setiap anak..

kelebihan peluang facility yg ada sekarang ini, AR-RAHNU, bila terdesak.. anytime nak pakai duit boleh dapat cash.. kalau pandai, ar-rahnu, membolehkan kita melabur akaun emas pula.. untung lagi… kalau nak buat pusingan modal berniaga, pakai ar-rahnu pusing modal atas harta kita sendiri.. modal kita dari EMAS – “EMAS dapat GENERATE modal, dgn sendirinya modal kita akan bertambah dgn bertambah nya nilai emas itu sendiri- yg mana modal kalau dibiarkan dalam ringgit Malaysia tak mampu bertambah kalau bisnes tak jalan”! RIBA dah tak ada dalam kamus hidup…

maknanya kita dekatkan diri kepada agama.. IKUT 'LOGIC THINKING' BUKAN SEKADAR SEJARAH ISLAM PERNAH BERCERITA... satu, pasal naik haji, jika dibayar pakai kepingan dinar, jumlah berkurangan tapi pakai ringgit Malaysia, jumlah haji naik senantiasa.. nombor dua.. kenapa dalam quran cerita pasal dinar… dari sejarah islam tu sendiri akan memberitahu apa akan jadi dimasa hadapan .. contoh paling mudah.. kenapa zaman rasul.. kambing bernilai 1 dinar.. berjuta tahun selepas itu pun kambing masih sama nilai 1 dinar.. sekarang ni.. pergilah check sendiri, itu satu kelebihan kalau kita tahu tuhan dah bagi HINT awal-awal NILAI EMAS TUH DIMANA?.

tekankan nikmat mengumpul harta dalam bentuk emas jadi jangan risau pasal harga emas turun naik.

KALAU NAK BELI, CARI SAYA sebab saya JUAL.. SAYA BERITAHU MANA YG PATUT DIBELI BAGI PIHAK PEMBELI DAN PENYIMPAN ATAU PUN BAGI PIHAK YANG MAHU BERNIAGA EMAS (niaga emas atau pusingan modal).. ilmu diberi secara adil.. bukan berat sebelah, nak kejar untung semata-mata.. bukan mudah nak dapat ilmu berniaga emas daro tokey-tokey emas yg berjaya diluar sana, jadi kalau kita berpeluang kenapa tak ambil sahaja ilmu yg saya dah sediakan..

NAK JUAL PUN.. JUAL KAT SAYA BALIK.. JGN LOST CONTACT DENGAN SAYA. Untung nilai emas bukan dapat kat saya, tapi kamu yg dapat.. SAYA CUMA MENJALANKAN URUSNIAGA JUAL DAN BELI SEMULA BILA KAMU MAHUKAN KEUNTUNGANNYA

barang kemas terpakai pun... saya ambil... jadi sesiapa yg dah berlonggok barang kemas... tak mahu pakai dah.. boleh ler beri kepada saya untuk check jenis emasnya, saya akan offer perkhidmatan PINTU KE PINTU (kawasan yg disenaraikan) DAN BERAPA SAYA BOLEH OFFER LEBIH DARI KEDAI EMAS..? saya cuma nak bayar lebih dari kedai emas supaya kita sama-sama untung dan saya tak bawak lari emas orang, tak berkat!.
 
Last edited:
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#4
KIRA-KIRA UNTUNG EMAS - saya bagi specific figure dan lebih realistik bagi kamu nampak..
by Pondok Burok on Thursday, February 10, 2011 at 2:56am
katalah... beli 20gram sahaja... dengan nilai hari ni... RM3,100.00
(tak mo cerita kenaikan emas lelebih takut berharap pada keuntungan pun lebih, biar kita beserderhana sahaja - emas nih anggap sebagai simpanan masa depan... Bonus sahaja sekiranya emas naik harga, baru hati kita senantiasa lega.. tidak ternanti-nanti)

tahun x nilai semasa emas = jumlah nilaian mengikut kenaikkan emas

tahun pertama dilihat sebagai tahun membeli dan mula menyimpan.. harga emas masih rendah dengan kenaikan 15% x RM3,100 = RM3,565.00
tahun kedua katalah 10% shj x RM3,565 = RM3,922
tahun ketiga dia naik 25% x RM3,922 = RM4,903
tahun keempat biasa-biasa jer 15% x RM4,903 = RM5,639
tahun kelima dia melambung balik 27% x RM5,639 = RM7,162

ok dah lah tuu.. kang jadi tamak pulak... jadi taksub pulak..
nampak tak dengan nilai belian hanya utk 20gram asal RM3,100 selepas 5 tahun berharga RM7,162!!

NANTI dulu..... itu baru cerita ganda nilai emas mengikut kenaikan pasaran harga emas..

selepas 5 tahun.. waktu tu harga we sell RM7,162.. kita nak jual, bagaimana pula?...

ini betul-betul realistik.. jadi jangan gelojoh nampak kenaikan.. (tapi tidak mustahil emas boleh naik cecah 30% dalam setahun antara 10 tahun emas dalam genggaman)

kita beli 'we sell' kita nak jual balik 'we buy'

tadi RM7,162 harga kalau kita beli 20g pada waktu itu
we buy akan jadi... RM7,162.00 - 6% = RM6,732.28!!

kesimpulan.. MASIH UNTUNG.. ASB pun tak leh bagi dividen macam tu... dividen + bonus ASB makin menguncup.. jadi tak tahu ler berapa tahun lagi.. % ASB.

Jangan pula ada yg marah sebab saya letak kenaikkan peratusan rendah sangat.. saya cuma nak didik diri KITA... jangan terlalu mengejar untung yg tidak pasti dan menjadi taksub dengan peratusan ... biar kita ambil peratusan antara tinggi rendah yg lebih menyenangkan..

ramai sangat yg kata.. orang melayu kalau benda yg murah lepas tu diberitahu pula untung tak payah buat keje.. terus taksub!!.. memang suka!!.. itu yg mereka nak dengar.. jadi biar kita bermula untuk tidak menjadi salah seorang darinya...

beli dan simpan jer emas tu elok.. elok.. tak payah tengok figure (saya kira pun sekadar memuaskan hati org yg mahu tahu.. juga hobi dan kepuasan pada saya terjemahkan sampai orang faham).. hehhehehe

Insyallah banyak kelebihan menyimpan emas... salah satu darinya kita memang tahu .. nilai emas tuh dimana.. sejarah islam telah menyatakan tentang emas, kalau ianya merugikan nescaya emas tidak akan disebut
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#6
Dinar pondokburok (website saya) saya buka sebagai satu perkongsian ilmu... ianya ilmu PERCUMA untuk anda percaya dengan apa yang anda laburkan, sekiranya anda mahu pandangan serta saranan mengikut kemampuan dan tujuan anda, sila hubungi Dinar pondokburok boleh kita berjumpa untuk TABLE TALK secara berdepan sebelum anda membuat keputusan membeli dari pondokburok.. ataupun melalui YM, tanyalah apa sahaja, insyallah.. saya bagi penjelasan yg senang difahami..
 
Last edited:
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#7
thanks TT..info yang menarik...
insyallah.. semua mudah difahami dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan... suka saya bila ramai yang lebih celik menyimpan emas, beli atau tidak itu cerita lain.. kalau ada rezeki saya insyallah, adalah bahagian saya kemudian hari.. ingat emas senantiasalah ingat 'pondokburok'.. siapa itu pondokburok... ?.. objektif awal saya memulakan perniagaan ini..
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#8
kepada sesiapa yg perlu penjelasan lanjut.. berada di kawasan KL | Sel | N.9.. boleh cuba hubungi saya.. kita kongsi ilmu bagi jelas

019-300 1230 TABLE TALK penjelasan dari segi:
*ASAS menyimpan emas
*PILIHAN jenis2 emas - harga & juga susut nilai
*PENGGUNAAN dinar emas
*OBJEKTIF anda - menyimpan, meniaga atau melabur?
*APA ada dengan emas? bukan sekadar disimpan didlm bantal sahaja.
*BONUS keuntungan dari kenaikan harga emas memberi BONUS kpd penyimpan emas.
*TIPS bagaimana tokey2 kedai emas menjana keuntungan - sekadar ilmu tambahan utk tidak ditipu lagi
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#9
hari ini sahaja dah jumpa 2 syarikat yg katanya menjalankan jual/beli emas tetapi menggunakan sistem layer/piramid/d.line... etc..

berhati-hati yer...
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#12
zila info sama dengan yang BJ punya kan?
ya betul.. kerana saya yang menulis.. ini sebagai langkah memberi pendedahan kepada orang ramai.. yg berasa tidak yakin dengan menyimpan emas.

harap-harap dengan sedikit usaha ini.. makin ramai yang celik akan peluang-peluang pelaburan yang ada dan seterusnya mempelbagaikan/memperkembangkan ilmu.

jadi sekiranya ada yg ingin membeli dari saya, janganlah berasa ragu-ragu.. yang pasti saya fikirkan yg terbaik buat anda.. keuntungan saya yang sebenar adalah dari jumlah pelaburan emas saya, dan belian anda hanya sebagai satu bonus tambahan sahaja. Jadi tidak perlu untuk saya memaksa anda membeli, cukup sekadar memberi pendedahan sahaja sudah memadai bagi saya. Insyallah, bila anda dah bersedia rezeki itu datang semula kepada saya.. amin yarabbal'alamin.
 
Last edited:
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#17
Baru pasan PN Zila dah masuk WC.. hehehehe..
hahhahah berjumpa lagi kita... apa-apa pun kita hanya sambung silaturrahim, cuba memberi penerangan dan membuka peluang kepada orang ramai.. tak kira diluar ataupun di alam maya kan?.. moga murah rezeki saudara-saudari termasuk saya juga.. amin.
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#18
sudah lama tidak menulis/berkongsi ilmu serba sedikit...


by Pondok Burok on Saturday, March 12, 2011 at 12:12am
satu kelebihan emas yg selalu saya tekankan kepada buyer yg berada didalam bidang perniagaan (tidak kira perniagaan apa sekalipun - automotive/bengkel kereta/construction/restaurant)..

sekiranya kita tukarkan pusingan modal perniagaan dari cash kepada emas.. kelebihannya:

modal RM yg dibekukan utk rolling perniagaan tidak akan berkembang TETAPI sekiranya kita tukar semua modal RM kepada emas.. tahukah saudara emas generate NILAI RM dari kenaikan harga emas?..

katalah saudara ada 30k dalam RM.. standby sebagai modal pusingan.. ia tetap bernilai RM30k selamanya atau mungkin berkurangan kerana kerugian.. tetapi dengan RM30k tukar kepada emas.. setahun katalah (andaian berdasarkan rekod jualan bank negara untuk produk kijang emas) emas naik 20%.. bersamaan RM30,000 x 20% = RM36,000.00

modal pusingan berniaga yg dibekukan telah increase dari 30k kpd 36k.. dalam bentuk emas dalam masa setahun.

bagaimana nak guna modal RM kalau dah jadi emas?...

gunakan kaedah Ar-rahnu di Agrobank.. cagar TANPA MENJUAL EMAS saudara dan gunakan duit pinjaman 70% (terbaru 65%) untuk dijadikan modal pusingan berniaga untuk tempoh singkat sementara tunggu payment masuk dan tebus semula emas saudara.

upah simpan yg dikenakan kepada saudara adalah berdasarkan jumlah marhum (nilai tetap emas Agrobank) contoh RM30,000 / RM100 x RM0.75 pada setiap pinjaman untuk sebulan = RM225.00 upah simpan selama sebulan.

Pastikan setiap modal pusingan dari pinjaman/cagaran emas saudara - keuntungan tebus semula emas saudara secepat mungkin bagi mengurangkan upah simpan yg dikira berdasarkan bulanan.

Emas masih ditangan saudara dan masih GENERATE VALUE mengikut kenaikan harga emas disamping mempergunakan kelebihan EMAS DITANGAN untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan..

modal (RM) berniaga dapat dipergunakan bila-bila masa dan dalam masa yg sama masih ada emas di tangan untuk meningkatkan NILAI pusingan modal untuk tahun2 yg akan datang.

ingat.. emas juga ada risiko sekiranya harga emas jatuh menjunam (beberapa dekad dahulu).. untuk mengelakkan risiko ini maka seharusnya kita memilih emas yg menjanjikan susut nilai serendah mungkin. Ini sebagai persediaan untuk menjual semula emas kita dengan nilai yg tinggi sebelum kerugian."(kemungkinan harga emas akan jatuh terduduk hampir TIDAK kedengaran selama berpuluh tahun kebelakang-cuba semak dengan mereka-mereka yg terdahulu, paling hampir dengan anda adalah ibu bapa/nenek moyang kita).

Setakat ini, saya hanya sarankan emas tertentu kerana banyak kelebihanNYA terletak kepada PEMBELI BUKAN PENIAGA (keuntungan yg tidak memberangsangkan) kerana jaminan yg ditawarkan diatas susut nilai serendah 6%, ia juga akan membeli balik emas anda dgn susut nilai yg sama walaupun calar & bengkok (cuma pastikan beratnya masih sama). kerana PG menyediakan platform kepada pembeli untuk melabur didalam emas disamping mempelbagaikan kepenggunaannya.

bahan bacaan dari pondokburok, Zila Safein 019-300 1230
*hubungi untuk penjelasan lanjut.
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#19
alhamdulillah, malam ini ada seorang lagi yang sudah menyimpan emas .. walaupun sekadar 1 dinar. Saya usaha untuk hantar sendiri pesanan pelanggan. Bolehlah berkongsi ilmu secara dekat.. senang untuk setiap persoalan dijawab secara terus.. 9:00pm @ putrajaya.

sesiapa yg berdekatan, boleh hubungi saya untuk sama-sama bertukar pendapat...
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#20
baru berkenal-kenalan dengan rakan di WC sebentar tadi di Putrajaya.. berkongsi serba sedikit ilmu yg ada.. sebenarnya terlalu banyak perkara yg berkait dengan emas.. tak mampu nak cerita dari mula dan yg mana satu nak cerita?.. jadi banyak kepada basic tentang emas.. kalau ada mushkil.. tanya jer bila-bila, tanya banyak pun tak apa baru kita pecahkan ruyungnya.. baru kita tahu.. ilmu mana yg nak diketengahkan mengikut situasi tertentu...

walaubagaimanapun.. seronok makin lama makin ramai pelanggan yg dijadikan sahabat.. kena pula sesi berkenalan satu keluarga!! memang saya suka... ini bukan sekadar sesi urusniaga tetapi lebih kepada menyambung silaturrahim sambil bertukar ilmu.. warga WC tadi juga seorang yg tahu selok belok forex, jadi saya juga dapat ilmu serba sedikit.. terima kasih yer kalau terbaca...
 
Top