Perlis kembali

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Kangar: Perlis akhirnya kembali ke kancah Liga Perdana musim depan apabila menjuarai Kumpulan A Liga FAM selepas menundukkan KL Real Mulia 2-0 kelmarin.

Beraksi di depan 5,000 penyokong di Stadium Tuanku Syed Putra memberi kelebihan Perlis apabila melakukan asakan demi asakan ke gawang pasukan KL Real Mulia sebaik tiupan wisel.

Gol pertama pasukan Singa Utara itu terhasil pada minit ke-44 apabila pemain pertahanan Mohd Shukor Azmi bijak menewaskan penjaga gol KL Real Mulia Mohd Syamsuri Mustafa.

Hujan lebat pada awal perlawanan juga merencatkan sedikit rentak permainan apabila kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati.

Gol kedua Perlis muncul di akhir saingan babak kedua m-87 apabila rembatan pemain yang diserapkan dari skuad Piala Presiden Perlis Mohd Syafiq menerjah jaring.

Jurulatih Perlis Yusri Che Lah berkata, kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemainnya untuk muncul juara harus diberi pujian.

Saya rasa bangga dengan pemain kerana menampilkan corak permainan kemas sepanjang musim, dan boleh dikatakan perlawanan kali ini adalah permainan terbaik pernah disajikan pemain, katanya.

Katanya, kejayaan itu juga sangat bermakna apabila pasukannya dibarisi anak jati Perlis sendiri.

Ini hadiah buat penyokong pasukan Perlis yang setia dan sudah lama bersama sepanjang kejohanan, katanya.

Selaku juara Kumpulan A, Perlis akan menentang juara Kumpulan B sama ada MISC-MIFA atau Melaka United yang dijadual berlangsung pada 30 Ogos depan.

Saya akan mempersiapkan pemain bagi melakukan yang terbaik untuk membawa pulang status juara keseluruhan Liga FAM, katanya.

Sumber: Harian Metro
 
Top