Perkongsian & Tips Dari Amir Azros

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
Terdetik di hati saya… Apakah yang dicari-cari oleh individu yang baru dalam bidang Perniagaan Internet ini atau lebih dikenali sebagai ‘Newbie’ di Malaysia ini?

Setelah membuat sedikit pemerhatian dan kajian, rata-rata mereka lebih tertumpu kepada fokus utama iaitu meningkatkan taraf hidup. Tidak dinafikan di masa kini punca rezeki yang utama sedikit sebanyak tidak mampu lagi menampung perbelanjaan. Jadi alternatifnya, Perniagaan Internet menjadi salah satu pilihan. Dan antara ianya menjadi pilihan adalah kerana mudah, murah dan kurang risikonya.

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan bersama anda pendapat saya keperluan seorang Newbie dalam menempuh dunia Perniagaan Internet ini.

Niche / Bidang

Ini adalah perkara yang paling asas dalam dunia Perniagaan Internet. Sekiranya anda tidak tetapkan niche anda, maka anda akan mengalami satu penyakit yang dinamakan penyakit hilang pedoman. Dalam kata yang lain, anda tak tahu pilihan anda. Jadi tidak keruan. Oleh itu, tetapkan dahulu apakah niche yang anda ingin ceburi.

Matlamat Yang Jelas Dan Nyata

Setelah proses pemilihan niche telah Berjaya, anda perlukan tetapkan matlamat. Sebagai contoh, mungkin anda tetapkan matlamat anda dapat hasilkan sebuah ebook dalam tempoh sebulan.

Perancangan Rapi

Bagi saya, peringkat ini adalah peringkat yang paling penting. Bak kata omputih ‘Fail To Plan, Plan To Fail’. Anda perlu membuat satu Rancangan Perniagaan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Penuhkan Ruangan Informasi

Petik saja tetikus anda sekarang, maka terpaparlah segala informasi yang anda inginkan. Jadi ambil kenikmatan ini dan gunalah sebaiknya. Kumpulkan informasi-informasi yang dapat membantu anda dalam menjayakan matlamat anda tadi. Ingat, ‘Stick to the plan’….

Sedut Pengalaman Orang Lain

Sekiranya anda mempunyai sumber kewangan yang stabil dan kukuh, anda wajib menghadiri seminar, bengkel, kursus, kelas dan sebagainya bagi menambah ilmu di dada.

Bina Jaringan

Jangan hanya sedut ilmu sahaja, ambil kesempatan dengan membina jaringan dengan rakan-rakan yang dalam bidang / niche dengan anda. Wujudkan diri anda dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi kredibiliti anda.

Jadi akhir kata, apa yang ingin saya kongsikan ini adalah pendapat dan pengalaman yang saya peroleh selama ini. Jadi, kalau salah, tolong tunjukkan. Kalau benar semuanya datang dari Allah s.w.t. Saya budak baru belajar.



'Rakan Usahawan Informasi Anda'



View attachment 10460
Cikgu Cinta aka Amir Azros
amirazros [@] 1Artikel.com
Team 1Artikel Network


Siapa Amir Azros?

Mungkin nama saya terlalu asing di dunia Perniagaan Internet ini. Sebenarnya saya telah melibatkan diri sejak dari 2008 lagi. Ketika itu, saya masih peringkat baru nak mengenali, mempelajari, mengikuti dan memahami apa itu perniagaan internet.
Sehingga kini, saya masih lagi aktif secara separuh masa (kerana saya merupakan pendidik sepenuh masa) dalam dunia maya ini.

Dalam forum Wangcyber, saya lebih dikenali sebagai Cikgu Cinta. Ini adalah kerana saya juga pernah menerbitkan beberapa ebook berkenaan dengan perhubungan. Selain itu, saya juga telah menerbitkan beberapa ebook dan menerima pendapatan secara pasif iaitu:

i. ‘Panduan Memikat Lelaki Masa Kini’
ii. ‘Panduan Khas Warga Pendidik Meningkatkan Kredibiliti’
iii. ‘Teknik Menghasilkan Produk PLR Gaya Seorang Otai Oleh Amir Azros’

Dan terkini saya sedang menyiapkan beberapa ebook iaitu:

i. ‘Cari Duit Paling Mudah Sebagai Penulis Ebook Oleh Amir Azros’
ii. ‘Menjana Idea Penulisan Artikel Oleh Amir Azros’

Selain produk digital, saya juga menerima pendapatan melalui produk fizikal. Produk fizikal yang saya maksudkan adalah Wangian Pemikat. Anda boleh lihat sendiri produk berkenaan di http://wangianpemikat.com/

Akhir kata, saya mempunyai impian di mana, saya ingin menjadi seorang usahawan informasi dan dapat berkongsi dengan masyarakat di luar kerana ini adalah minat dan keinginan saya. Insya-Allah.
 
Top