Teknologi Perkhidmatan Perkongsian Kereta Perlu Mempunyai Lesen Khas Untuk Beroperasi Bermula 12 Julai

Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,279
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Seperti yang dijanjikan kerajaan tahun lalu pengusaha dan pemandu perkhidmatan perkongsian kereta perlu memiliki lesen khas untuk beroperasi di negara kita. Hari ini Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa keperluan memiliki lesen khas ini akan berkuatkuasa bermula 12 Julai 2018. Pengusaha dan pemandu diberikan tempoh setahun untuk memenuhi keperluan kerajaan untuk beroperasi secara sah seperti pemandu teksi sedia ada.

Terdapat beberapa perkara menarik yang diumumkan oleh kerajaan di dalam edaran media hari ini. Pertama sekali ialah pengusaha perkhidmatan perkongsian kereta hanya boleh mengambil komisen 20% dari bayaran tambang yang diterima pemandu. Ini adalah berikutan rungutan pemandu yang mengeluh pengusaha kini mengambil komisen mencecah 25%.

Bagi penumpang pula pengusaha hanya dibenarkan meningkatkan kadar tambang maksimum sebanyak dua kali ganda sahaja dari tambang biasa ketika waktu puncak. Untuk keselamatan pemandu, pengguna kini perlu memuat naik gambar kad pengenalan atau pasport sah ketika mendaftar.

Setiap pemandu perlu menjalani kelas latihan memandu selama enam jam dan dikenakan bayaran RM200. Kelas boleh diambil di pusat latihan yang ditauliahkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kereta yang boleh digunakan untuk pula harus melepasi tahap keselamatan 3 bintang mengikut piawaian ASEAN NCAP. Bagi kereta yang berusia lebih tiga tahun pula, pemeriksaan di PUSPAKOM harus dilakukan setahun sekali. Ini adalah pengurangan dari dua tahun sekali seperti yang dilakukan ke atas pemandu teksi. Perlindungan insurans yang merangkumi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga juga diperlukan sebelum dibenarkan operasi.

Akhir sekali kerajaan akan mengkaji risiko monopoli yang timbul pasca penggabungan operasi Uber dan Grab di Malaysia menerusi Suruhanjaya Anti Persaingan (MyCC) seperti yang telah dilakukan di negara Singapura minggu lalu. Kajian dilakukan selepas APAD menerima banyak laporan tambang Grab yang dikatakan semakin mahal.

Dengan pengumuman hari ini pihak kerajaan berharap ia akan menjaga kebajikan penumpang dan juga pemandu yang menggunakan perkhidmatan kenderaan.

Sumber: Amanz
 
Top