Percaya kepada keajaiban miracle Insyaallah anda akan capai apa yang diinginkan

Joined
May 11, 2008
Messages
2,472
Likes
0
Points
38
Offline
#1
Pernah tak anda menonton video klip the secret

satu cara anda inginkan sesuatu adalah dengan cara membayangkan visualization saya pernah menonton video klip the secret macam merapu tapi setelah saya kaji dan berbincang ngan member

pernah tak anda mendengar bahawa setiap perkataan atau niat atau permintaan adalah satu doa pada Allah taala

Bukan saya nie punya ilmu agama yang tinggi tapi selalu kita mendengar dan mengucapkan kalimah allahuakhbar berkali kali dalam sehari

apa maksudnya Allah maha besar

Allah maha kaya segala yang ada di dunia dan akhirat adalah milik allah

minta pada Nya dan usaha Insyaallah Allah makbulkan impian hidup anda

Paling penting jangan putus asa
 
Joined
Aug 27, 2008
Messages
1,848
Likes
2
Points
38
Offline
#2
Percaya pada kekuasaan Allah...

Sekadar berkongsi pengalam. Bagi saya kejayaan itu sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah untuk semua hambanya.. tak kira Islam atau bukan Islam.

Macammana nak dapatkannya mudah sahaja.. tak sesukar seperti yang kita sangkakan.. paling mudah untuk difahami ialah seperti lari 100 meter berpagar. Yang bezanya ialah anda tak berlumba dengan sesiapa. Tetapi garisan penamat itu ialah kejayaan yang telah dijanjkan. Dan pagar-pagar itu adalah halangan2nya.

Berapa lama nak sampai garisan penamat bergantung kepada:
1) Berapa kerap anda melanggar/melompat pagar dan teruskan larian.
2) Berapa kerap anda melanggar pagar dan duduk berfikir terlalu lama menangisi nasib malang anda yang tak mampu melepasi pagar
3) Berapa cepat anda mulakan larian atau just duduk tak lari2 lagi.. tapi asik berangan-angan akan kejayaan dihujung sana

Semua ini sama dalam apa jua impian yang kita idamkan, seperti nak kaya, nak kawin, nak berkereta besar, nak berbini dua dsbnya.. :D

Bagi mereka yang dah tahu rahsia ini dan mengamalkannya pasti berjaya dan atas sebab itulah, jika anda fikir-fikirkan kenapa ada ornag tu kaya pada usia 20an, 30an dan ada ornag tu bila dah tua gayut baru nak kaya.. 50an, 60an keatas :D Ini bukannya sebab Allah itu tak adil, tapi yang kaya muda sebab dia tak pernah kenal erti kegagalan dan teruskan usaha. Sebaliknya yang dah tua baru nak kaya sebab banyak sangat fikir.. jalannya slow, terlalu lama bangun setelah jatuh..

Fikir-fikri kan.. :)
 
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#3
Sentiasalah ingat & menyebut2 akan kebesaran dan kebaikan Allah.. Even kalau kita angau / cintakan kekasih kita sendiri pun kita akan sering teringat dan menyebut2 namanya siang dan malam.. Apatah lagi kalau Rob kita sendiri, sudah tentu Dia lebih lagi Maha Cantik dan Maha Indah kan... Subhanallah.... :)
 
Top