Dalam Negara Penyamun parah dilanggar kereta lepas bunuh tukang gunting

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
08karma_1462615145.jpg

MANGSA yang maut ditikam. Gambar kecil, suspek yang parah kemalangan. FOTO ihsan pembaca

Batu Pahat: Wanita warga emas berusia 62 tahun yang juga pemilik kedai gunting rambut maut ditikam selepas disamun di premisnya di Medan Niaga Parit Sulong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 petang itu, suspek bagaimanapun cedera parah di bahagian dada selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata suspek berusia 31 tahun dipercayai berpura-pura memasuki premis berkenaan untuk memotong rambutnya sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan.

Menurutnya suspek kemudian bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa sebanyak dua kali dipercayai menggunakan pisau.

"Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal sejurus selepas kejadian kemudian dilanggar kereta kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah.

"Suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan, namun dikawal ketat polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Metro
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
46
What I can say.....padan muka!
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
46
Kalau ada dekat situ, memang tambah lagi supaya ada kecacatan kekal...+Menyumpah2+

Dia dah bunuh orang.....hukuman gantung menanti......tapi jgn sampai terlepas di mahkamah pulak.
 
Top