Penyakit duduk lama depan komputer

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Salam..

Saya nak bertanya dengan ahli WC, selama anda duduk depan pc buat kerja etc, pernah tak terasa sakit belakang bahu.

Saya dah lama rasa. Sakit teramat sangat. Bahu kiri. Ada sape2 tahu penyakit apa ye?

Kadang2 rasa tak tahan sangat. Cadang nak check klinik nanti.
 

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Sentiasa sakit. Pedih teramat sangat. Even sekejap pun sakitnya datang. Ada satu nama sakit tu saya lupa nama dia..
 

taukey

freshman
Joined
Apr 12, 2008
Messages
849
Points
16
takkan arthritis sebab tu biasa kat pergelangan kaki tangan, lutut dan sebagainya. aku biasanya lama sgt duduk baru ada rasa penat penat belakang. baring dan rehat dalam 30 minit baru ok
 

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Saya tak lenguh, tapi dia pedih. Tajam sungguh kalau 'dia' datang. Rasa nak keluar airmata tahan sakit :(

Sejak akhir-akhir ni dia makin kerap sakitnya...
 

exinco

Senior
Joined
Apr 14, 2007
Messages
724
Points
18
sakit belakang, tangan,jari,mata. tu je yg aku rasa
 

Luqman-S

freshman
Joined
Dec 16, 2006
Messages
906
Points
18
jangan kate marketer luar je terdedah pd bahaya..
cth: kemalangan, kecurian, bla2...

Internet marketer yang duduk kat depan PC pun boleh kene penyakit tau..he3
Tapi kene pandai jaga diri la..
jangan lupa diri..

ps: semoga sihat bro
 

mohdkamarul

Newbie
Joined
Aug 16, 2007
Messages
613
Points
16
posture duduk untuk 3 jam kebwh adalah menggunakan kerusi yg lurus bhgn sandar.90 darjah.dgn dada straight.posisi mata hendaklah lebih tinggi dr paras monitor.menggunakan background monitor yg gelap.

jika duduk lebih dr 3 jam anda digalakkan duduk seperti didalam kereta.kerana design kerusi kereta adalah lebih ergonomik utk keadaan yg lama.
 

jiymanh

Newbie
Joined
Jun 16, 2008
Messages
155
Points
16
better g medical check up. kang xpasal2 perniagaan intenet di banned kerana menyebabkan penyakit berbahaya. haha :p
 

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Itulah. .sekarang ni buat apa sahaja keje, mesti berdenyut2 kat area belakang bahu ni..

Memang risau juga la. Macam tak boleh duduk lama depan pc atau statik pada sesuatu tempat...

terima kasih yang doakan saya sihat..moga anda juga sihat sentiasa..amin :)
 

AmmarZahar

Senior
Joined
May 30, 2008
Messages
365
Points
18
Itulah. .sekarang ni buat apa sahaja keje, mesti berdenyut2 kat area belakang bahu ni..

Memang risau juga la. Macam tak boleh duduk lama depan pc atau statik pada sesuatu tempat...

terima kasih yang doakan saya sihat..moga anda juga sihat sentiasa..amin :)
Saya pun kena sakit yang sama jugala bro Mazlie..:D

Memang sebab dok depan PC la ni punya pasal
lagi2 time launch produk ni lagi la busy kat depan
PC nak hantar link download.

Rasa macam nak sambar je kerusi OGAWA gantikan
kerusi plastik kolej ni.. :p

Yang saya pasti, saya need a rest now..;)
 

surfing

freshman
Joined
Sep 24, 2008
Messages
18
Points
1
cuba pergi mengurut, buang toksid2 dalam badan. skali skala gi sauna. badan ni mmg kena jaga
 

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Itulah, kalau makin teruk ni, saya akan pergi check doktor lepas raya ni. Ni pun tengah tahan sakit...terpaksa urut sendiri belakang bahu ni :)

Balik ni nak try urut. Ok ke tak
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Nasihat saya kpd Mazlie, better pergi terus jumpa doktor.

Jangan sama sekali menangguh. Kalau tak, makin melarat2 ada lah.

Org yg kerja depan komputer, risiko nak sakit bahu dan belakang adalah tinggi. Kerja duduk ni lebih bahaya dari org kerja berdiri/aktif bergerak.

Tip saya buat masa ni, cuba sedaya mungkin untuk kurangkan kerja depan PC. Buat aktiviti lain selain ngadap pc.

Jgn lupa juga makan, senaman, rehat & tido yg cukup. Kalau hidup anda kurang teratur selama ni, skrg cuba2 lah normalkan semula kehidupan anda.
Sayangilah badan anda. Nak guna lama lagi tu. Kawin pun belom. :p

Kalau anda rasa anda sihat skrg, tidak semestinya. Sebab sebahagian penyakit dia mula dari dalam dan kita tak rasa. So, better ubah
sikap dan aktiviti kepada yg lebih sihat skrg sebelum menyesal.

ps.
Urut? Better pergi jumpa doktor dulu. Diagnos sakit apa dan lepas tu nak guna jalan alternatif pun tak kisah.
 
Last edited:
Top