Dalam Negara Penuntut Unimas gempar buaya melintas atas jalan

Offline
#1


BUAYA yang dilihat melintasi jalan di Apartment Raflesia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Desa Ilmu, Samarahan, malam tadi mencetuskan gempar. - Foto ihsan pembaca.

SAMARAHAN: Penghuni Apartment Raflesia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Desa Ilmu, di sini, gempar malam tadi apabila seekor buaya dilihat melintasi jalan di kawasan kediaman penuntut itu.

Kejadian kira-kira 10 malam itu disedari penuntut yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata orang ramai yang bimbangkan keselamatan berikutan kehadiran "tetamu tidak diundang" itu menghubungi pihaknya pada jam 10.26 malam.

Berikutan itu, tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

"Bagaimanapun ketika anggota bomba tiba di lokasi, buaya berkenaan gagal ditemui kerana dipercayai sudah masuk semula ke dalam parit berdekatan kediaman pelajar itu dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran.

"Bagaimanapun, kes itu sudah dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut termasuk memburu buaya berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya. - BHarian