aqifdg
Senior
- Joined
- May 3, 2008
- Messages
- 704
- Points
- 18
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera buat para sahabat
forum Wang Cyber.
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera
hendaknya. Lama sudah tidak berkongsi ilmu di sini.
Memandangkan dunia blog kini semakin mendapat sambutan, dan
ramai blogger sudah mula mencari-cari cara untuk buat duit dengan
blog, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk
membantu kita semua menjana RM100 pertama dengan blog.
==================================================
#1 - Anggap Blogging Sebagai Kerjaya

Majoriti pemilik blog cenderung untuk blog kerana mahu menghabiskan
masa yang terluang semata-mata. Cara ini tidak salah, tetapi ia secara
tidak langsung menghadkan gaya fikir kita.
Apabila kita mahukan hasil daripada aktiviti yang kita sedang lakukan
(contoh: blogging), maka kita sewajarnya menganggap ia sebagai
aktiviti serius.
Seperti mana kita bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, kerana mahu
memperoleh wang gaji setiap bulan. Kita juga perlu menganggap aktiviti
blogging sebagai satu kerjaya, yakni kerjaya yang akan memberikan
kita pendapatan sampingan.
Dengan ini, kita dapat mengubah gaya fikir untuk berblogging. Pengalaman
penulis sendiri, apabila gaya fikir ini sudah sebati dalam diri, aktiviti blogging
menjadi satu kemestian. Apabila kita tidak berblogging, terasa akan ada
sesuatu yang 'hilang' dalam kehidupan seharian.
Oleh yang demikian, mula dengan menganggap bloggin sebagai satu kerjaya.
Kerjaya yang bakal mengubah kehidupan kita dalam tempoh 5 tahun akan
datang.
========================================================
#2 - Wujudkan Strategi Untuk Buat Duit

Collis Ta'eed, pengasas blog network Envato menyatakan,
"Sekiranya kita tidak mempunyai monetization strategy (strategi untuk menjana
pendapatan), maka blog kita tidak akan menghasilkan satu sen."
Perkongsian beliau menjelaskan kepentingan mempunyai perancangan untuk
buat duit menerusi blog kita. Terdapat beberapa strategi untuk buat duit dengan
blog, antaranya adalah:
Setiap satu daripada strategi di atas memerlukan tindakan yang berbeza. Justeru
itu, pilih berdasarkan kesesuaian blog dan diri kita.
Contohnya, blog Majalah Niaga merupakan blog yang berkongsi mengenai ilmu
keusahawanan. Antara strategi buat duit yang kami gunakan adalah:
Pelbagaikan strategi monetization. Kerana dalam tempoh permulaan, kita perlu
menyesuaikan diri untuk memilih strategi yang kita selesa melakukannya.
==========================================================
#3 - Amalkan Konsep 'Alteration'

Menjana RM100 menjadi lebih mudah sekiranya kita bijak melakukan 'alteration',
yakni mengubahsuai strategi buat duit, sehingga ia benar-benar mendatangkan
hasil yang lumayan untuk blog kita.
Lihat bagaimana blog seperti Darren Rowse iaitu Problogger mengubah strategi
beliau dari semasa ke semasa. Pendapatan awal blog beliau adalah Adsense.
Kemudian beralih kepada direct advertiser dan job board.
Hari ini, beliau tambah satu lagi medium pendapatan iaitu produk digital.
Sentiasa ingat, blog kita tidak akan sesekali sama dengan blog orang lain.
Gunakan strategi buat duit yang kita rasa sesuai.

Bagaimana Menghasilkan 10,000 Trafik Ke Blog Dengan Teknik Percuma

Ketika ini kami sedang giat mempromosikan ebook terbaru Majalah Niaga, yang
berjudul 'Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik'.
Ebook ini akan membongkarkan strategi yang jarang diberitahu oleh blogger-blogger
tempatan, bagaimana untuk menghasilkan trafik sekitar 100 hingga 500 sehari,
tanpa memerlukan sebarang kos berbentuk wang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web ebook 'Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik'.
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para ahli forum Wang Cyber
yang budiman. Salam kejayaan.

- Produk fizikal
- Produk digital (ebook, video dan sebagainya)
- Affiliate
- Iklan (Direct advertiser)
- Iklan (Blog network - Nuffnang, Innity dan sebagainya)
Setiap satu daripada strategi di atas memerlukan tindakan yang berbeza. Justeru
itu, pilih berdasarkan kesesuaian blog dan diri kita.
Contohnya, blog Majalah Niaga merupakan blog yang berkongsi mengenai ilmu
keusahawanan. Antara strategi buat duit yang kami gunakan adalah:
- Pengiklanan
- Reviu
- Produk digital