Dalam Negara Penjawat awam didakwa liwat seorang lelaki

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38

Tertuduh diiringi anggota polis sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini.

MELAKA TENGAH - Seorang penjawat awam di negeri ini berdepan empat pertuduhan meliwat di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Firdaus Rokman, 30, mengaku tidak bersalah di atas kesalahan itu yang didakwa dilakukan tahun lalu.

Pengakuan dibuat sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Bagi keempat-empat pertuduhan, Mohd Firdaus didapati dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memasukkan kemaluan ke dalam lubang dubur Mohd Khairurredzuan Ibrahim, 33, sebanyak empat kali sekitar jam 7.30 pagi hingga 5 petang pada tarikh 10 Ogos 2017.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Seri Selendang, Batu Berendam di sini.

Justeru, dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadiah Saaban mencadangkan agar tiada sebarang jaminan dikenakan ke atas tertuduh.

Peguambela Mohd Nazri Abdul Hamid yang mewakili tertuduh memohon satu jaminan rendah dikenakan berikutan tertuduh selama ini telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim, kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan akan terbatal jika tertuduh didapati mengganggu mangsa.

Mohd Firdaus juga diarah melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar
 
Top