Penjaga gol simpanan Melaka United, Petrovski meninggal dunia

Joined
Mar 29, 2009
Messages
4,714
Likes
5
Points
38
Age
39
Offline
#1

MELAKA: Presiden Persatuan Melaka United Soccer Association (MUSA) mengesahkan penjaga gol simpanan pasukan, Marco Stefan Petrovski, 18, yang tidak sedarkan diri akibat disambar petir di padang Krubong 5 April lalu, meninggal dunia di hospital swasta, Jalan Bendahara, kira-kira jam 3.20 petang tadi. Datuk Seri Idris Haron ketika dihubungi berkata, mayat mendiang dijangka dihantar ke Hospital Melaka lewat petang ini untuk bedah siasat. Petrovski tidak sedarkan diri selepas dipercayai disambar petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden 2016 di Padang Sepuluh Krubong di sini, kira-kira jam 5 petang, 5 April lalu. Ketika kejadian, pemain naturalisasi itu sedang menjalani latihan bersama 27 pemain lain di padang berkenaan bermula jam 4 petang sebelum hujan lebat. Bapanya, Marjan Petrovski dan ibunya, Marie Lupang tiba di Malaysia dari Australia sejurus menerima berita mengenai kejadian yang menimpa anak mereka itu, 7 April lalu.



Selanjutnya di : Berita Harian​
 
Top