Peniaga kena tembak...

abdfatah

Senior
Joined
May 22, 2007
Messages
6,690
Points
38
Peniaga ditembak di simpang lampu isyarat
23/03/2012 7:09pm

KOTA BHARU – Seorang peniaga pasar malam cedera di paha kanan akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran pintu masuk Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Hassan Mat Ali, 40, ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal dan dia yang kini dirawat di HUSM di lapor stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Loi Yong Heng berkata, dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, mangsa dan adik perempuannya dalam perjalanan untuk berniaga di pasar malam Wakaf Che Yeh di sini.

"Ketika kejadian, van yang dipandu oleh mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. Adik perempuan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tidak terkena tembakan itu.

"Terdapat empat kesan tembakan pada paha mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di wad kecemasan HUSM di sini.

Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu. – BERNAMA
 
Top