Dalam Negara Penggunaan mata wang digital Bitcoin meningkat mendadak di Malaysia

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

Peningkatan sedemikian dikatakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang hilang keyakinan disebabkan kepincangan ekonomi dan nilai mata wang yang semakin menyusut.

KUALA LUMPUR - Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.

Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak setahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini, mengikut laporan statistik coin.dance.

Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.

Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.

“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.

“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.

Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.

Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.

Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.

Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja. - FMT
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#2
Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular


Dengan lebih 3,000 pengguna wang digital itu di Malaysia, Bitcoin semakin diterima walaupun pernah disangsi Bank Negara disebabkan risiko penggunaannya.

KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali “cryptocurrency”, masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.

Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.

“Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan,” kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.

“Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

“Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000,” katanya kepada FMT.

Low dan Ragunathan merupakan perunding “cryptocurrency” dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.

Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.


Melawan teori biasa

Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan “blockchain”.

Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.

“Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.

“Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat ‘anonymous’ zaman sekarang,” katanya.

Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.

Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.

“Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu,” katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.

Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.


Perubahan sikap Bank Negara

Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.

“Peniaga yang menerima Bitcoin sangat terhad kerana pihak berkuasa masih tiada pendirian jelas tentangnya. Namun semenjak Datuk Muhammad Ibrahim menjadi gabenor, mereka mula meneroka teknologi ini.

“Sudah banyak juga syarikat Bitcoin dari Malaysia dan luar negara berbincang dengan BNM. Tidak lama lagi kajian BNM akan selesai dan kita nantikan apakah perkembangannya,” kata Ragunathan.

Beliau berkata pertemuan pertama komuniti Bitcoin pada 2012 hanya disertai kira-kira 15 orang.

“Sekarang komuniti ini sudah ada lebih 3,000 orang. Kesedaran semakin meningkat. Akhbar pun sudah mula buat laporan, maknanya Bitcoin sudah jadi arus perdana,” katanya.

Low mengulangi mantranya betapa dunia sekarang sedang mengalami perubahan dan ini nasihatnya:

“Dalam hal teknologi ini, tipsnya mudah. Anda lihat tokoh-tokoh pintar seperti Bill Gates, nilai dan ikut langkahnya,” katanya.

Dalam sebuah persidangan industri perkhidmatan kewangan pada 2014, pengasas Microsoft itu dilaporkan berkata transaksi kewangan akhirnya menjadi “digital, sejagat dan hampir percuma.

“Mereka boleh melihat keadaan seribu langkah ke hadapan, dan tahu ke mana dunia ini sedang bergerak. Sebab itu mereka mula membiasakan diri dengan teknologi ini,” katanya.


Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular | Free Malaysia Today
 

rose18

freshman
Joined
May 16, 2018
Messages
17
Likes
0
Points
1
Age
24
Offline
#3
Did you know, Bitcoin can also be converted to Ethereum, Dash, Monero & so on via rTrader. In fact, these coins can also be converted to MYR via SlithEx. Take a brief period of MYR withdrawals into your bank.
 
Last edited:
Top