Pengguna di Malaysia layari Facebook 3 jam sehari

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38


PETALING JAYA: Pengguna Facebook di Malaysia menjadi juara di rantau ini, apabila mereka secara purata menghabiskan lebih tiga jam sehari untuk melayari laman media sosial itu.

Naib Presiden Asia Pasifik Facebook, Dan Neary yang dipetik Oriental Daily berkata, hasil kajian menunjukkan, netizen di negara ini purata menggunakan 187 minit atau lebih tiga jam untuk melayari Facebook.

Negara lain seperti Thailand ialah 160 minit, Filipina 140 minit dan Indonesia 129 minit.

Jelasnya, netizen di Malaysia gemar menggunakan Facebook sebagai platform berkomunikasi, dengan jumlah rakan mereka dalam Facebook 60 peratus lebih ramai daripada purata pengguna Facebook di negara lain.

Sementara itu, Pengurus Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pengguna Facebook di negara ini amat aktif, dengan kebanyakan menggunakan gajet.

Statistik menunjukkan, perkhidmatan lain di bawah Facebook, seperti Messenger mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia, WhatsApp mempunyai 1 bilion pengguna dan Instagram 400 juta pengguna. - FMT
 

brandnewjoyz

freshman
Joined
Feb 1, 2010
Messages
7
Points
1
" Statistik menunjukkan, perkhidmatan lain di bawah Facebook, seperti Messenger mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia, WhatsApp mempunyai 1 bilion pengguna dan Instagram 400 juta pengguna. "

mana taknya??online seller kan banyak yang pakai ketiga-tiga platform ni..
 

zulmohd10419

freshman
Joined
Jul 3, 2017
Messages
24
Points
3
Age
32
Rakyat malaysia,klau bab internet no 1,,tgk lah faiz subri dengan pelawak tu menang pun sbb undian online je..
 

arie-tpg

junior
Joined
Jan 22, 2015
Messages
148
Points
18
Memang betul lah kajian nie.
Cuba sesekali lepak di stesen komuter ke, monorel ke, MRT ker mesti kalau buka handphone mesti skrin warna biru.
 

ridhwan90

freshman
Joined
Oct 7, 2017
Messages
23
Points
1
Age
30
Bermakna market facebook malaysia begitu luas untuk diterokai.
 
Top