Pengalaman 1st Time Berbiz...

Joined
Oct 13, 2008
Messages
74
Likes
2
Points
6
Age
35
Offline
#1
Assalam rakan-rakan usahawan sekalian,
rasanya masih belum terlambat buat saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009.

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, dapat kita sekali lagi bersua muka dan mengahrungi tahun 2008 yang mencorak banyak rentetan dalam kehidupan.

Saya percaya rata-rata yang join WC ini boleh diklasifikasikan sebagai 'usahawan tegar'. Topik ini dibuka bagi membincangkan pengalaman first time berniaga. Malu? Segan? Diejek kawan dan keluarga? Anda boleh luahkan dan ceritakan di sini sebagai pendorong kepada bakal usahawan agar jangan takut menghadapi cabaran dalam menceburi bidang keusahawanan terutama sekali bagi golongan Melayu Islam yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara ini walaupun banyak peluang disediakan kepada mereka.

Saya mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan ketika saya form 1 lagi apabila cuti sekolah tiba, saya manfaatkan sebaik-baiknya dengan menolong ayah saya berniaga di event-event tertentu seperti pendaftaran kemasukan mahasiswa, hari sukan universiti, karnival-karnival, fiesta-fiesta dan lain-lain lagi.

Ramai yang beranggapan seseorang usahawan itu berjaya dalam bidangnya kerana minat. Saya setuju tetapi tidak 100%. Kenapa saya berkata begini? Ini kerana ketika saya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sewaktu form 1 lagi, saya sebenarnya tidak minat dan tak mahu tolong ayah saya berniaga ketika cuti sekolah tetapi sebab 'terpaksa' kerana ketika itu fenomena 'tamagotchi' serta 'digimon' melanda sekolah saya.

Ramai ibu-bapa kawan-kawan saya membelikan anak mereka permainan yang dianggap 'cool' ketika itu. Harganya ketika itu masih mahal iaitu hampir RM100.00 (Bagi budak-budak sekarang, RM100.00, celah gigi jer. :-D ).

Biasanlah budak sekolah, mana boleh tengok kawan-kawan melebihi darinya, jadi dipendekkan cerita, saya pun jumpalah ayah saya dan minta dibelikan permainan itu. Ayah saya tidak pula menunjukkan reaksi setuju atau pun tidak tetapi hanya tersenyum sahaja.

Pada suatu pagi ketika cuti sekolah, almaklumlah cuti sekolah biasanya saya bangun lambat tetapi pagi tu, mak saya kejutkan saya dan berkata kat saya yang ayah saya mahu membawa saya membeli permainan itu. Alangkah seronoknya saya ketika tu. Saya segera ke bilik mandi, pakai baju, sarapan dan terus ikut ayah saya.

Namun kegembiraan saya sekejap sahaja bila saya dapat tahu yang saya kena ikut ayah saya tolong berniaga produk-produk FNB (Food & Beverages) majikannya di sebuah event.

Ayah saya kata, kalau nak beli permainan itu, tolongnya berniaga. Almaklumlah saya pada ketika itu takde langsung pengalaman berniaga dan tak punyai minat langsung dalam bidang ni. Jadi, saya tak berapa setuju untuk tolongnya berniaga. Ayah saya kata kalau saya tak mahu tolong tak mengapa, jalan-jalan kat event tu atau duduk jer kat khemah tu. Saya nak minta ayah saya hantar balik memang tak boleh sebab jarak event tu dengan rumah saya, jauhlah gak dan bapak saya sedang sibuk, dah tentu dia tak layan punya.

Jadi, saya pun jalanlah sekitar event tu dan setelah puas dan penat berjalan kat event tersebut, saya duduk kembali kat khemah tersebut. Oleh kerana boring takde benda nak buat, last-last terpaksa akur jugalah untuk menolong ayah saya berniaga. Mula-mula buat dengan penuh rasa tak seronok kerana terasa keterpaksaan tetapi last-last jadi seronok apabila saya mendapat wang dari pelanggan. Perasaan itu secara tiba-tiba bertukar menjadi seronok dan minat mula membenih dari situ. Habis sahaja berniaga, ayah saya memberi kepada saya RM100.00 tetapi duit tu saya tak beli permainan yang saya nak beli tetapi sebaliknya saya simpan. :). Pada waktu itu, saya rasa cukup kaya-raya kerana nilai RM100.00 untuk budak sekolah seperti saya pada ketika itu adalah sangat besar.

Moral of the story... Ramai yang beranggapan bahawa jika seseorang itu mahu menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan, seseorang itu perlu ada minat tetapi hakikatnya tidak berapa tepat kerana adakalanya sesuatu yang anda tidak minat itu boleh bertukar menjadi minat apabila anda merasa aura keseronokan terhadap sesuatu yang anda lakukan.

Sekiranya anda ada pengalaman 1st time berniaga, anda boleh coretkan di sini bagi membakar semangat bakal-bakal usahawan terutama sekali Melayu Islam. Sekian, salam usahawan dan terima kasih.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tahun 2009 dijangka ramai yang diberhentikan kerja. Sediakan payung sebelum hujan, mulakan perniagaan dari kediaman anda sendiri dengan modal yang minima tetapi dengan keuntungan maskima SEKARANG!!! KLIK DI SINI!!!
 

bukhari

freshman
Joined
Dec 18, 2008
Messages
13
Likes
0
Points
1
Age
34
Offline
#2
Assalamulaikum

Teringat masa first sekali pengalaman berniaga. Pada asalnya jual topup kat kwn2 di uitm. Mula2 tu juz amik je peluang yg ada. Timbul idea nak jual topup bila belek2 laci kwn2 yg penuh dgn kad topup. Satu sem je dah dekat rm500 diorang spend pastu saya terpikir 'pasal apa aku tak amik peluang at least dapat untung sikit drpd diorang beli kat org lain'. Best gak niaga ni dpt duit.

1 sem lepas tu ada kwn offer nak ajar jual keropok dgn jajan. Lagi lumayan tiap2 minggu dapat untung at least rm50. Caranya cari meja, letak kat tempat strategik di fakulti pastu tinggalkan keropok dgn tabung atas meja tadi. Ada la duit poket sikit dapat tampung belanja kat U.

Tapi langit tak selalu cerah, ada plak org rampas semua brg2 tu. Meja dialihkan ke tempat yg tak dapat dicari.

Last sekali baru la nak berjinak-jinak dgn perniagaan internet skrg ni. So, saya dgn rendah diri minta tunjuk ajar forumer2 yg budiman.
 

joker

freshman
Joined
Sep 26, 2008
Messages
247
Likes
1
Points
18
Offline
#3
aku start masa de game bola kt kampong..
kalo x salah darjah 3/4
aku juak air & mee siput..
hohohoh.. laku abis sbb sambal mak aku no. 1
 
Joined
Apr 3, 2007
Messages
432
Likes
1
Points
18
Offline
#4
aku berpengalaman dalam bisnes ni sejak kecik lagi. parents aku dah memang orang bisnes..
 

robotix

freshman
Joined
Sep 13, 2008
Messages
87
Likes
0
Points
6
Age
40
Offline
#5
saya masa tingkat 3 dulu sampai 5 asyik mengikut kawan jala ikan talapia kat lombong. Hasil jualan ikan kat bagla kami bahagi sama banyak. Maklum la keluarga susah masa tu kena cari duit lebih. lepas spm masuk u. start buat niaga seluar jean beli kat thailand secara kecil2 ngan kawan2. pas abih u kerja kilang sambil2 belaja camana otai2 kita buat duit kat tenet. Akibat tension tak tentu arah saya berenti kerja. Dan sekarang dah 4 tahun dengan dunia internet sepenuh masa sambil jaga anak kesayanganku sorang ni.

Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. huhu
 
Joined
Dec 16, 2006
Messages
890
Likes
1
Points
18
Offline
#6
Berniaga? offline, kat sekolah.
masa ade event ape2 la, jage gerai, urus jual beli - tapi untung biase je la.

Online, servis.
Banner for RM5 mase tu. memang cukup murah. dapat 1st customer pun dah teruja :D
 
Joined
Oct 13, 2008
Messages
96
Likes
0
Points
6
Offline
#7
Salam.

Berniaga Offline. Macam2 dari sekolah, kampus sampai sekarang.
Dari Burger, Barang Pancing, Baju, Bundle, Barang2 kereta halfcut, topup, komputer laptop, ayam, kambing, lembu.( semuanya tidak fokus dan kekal )

Online.
Bermula dengan berniaga brg2 keta online, brg2 mancing online, bundle online, buat design untuk pemilik store di lelong.com.my. buat cover buku dll.

sekarang nak fokus lagi lah...
moga 2009 memberikan sesuatu yang baru dan lebih baik buat saya..dan sahabat2 semua di wangcyber.
 
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#8
Saya ingat masa saya 1st time berniaga masa darjah 2. Waktu tu saya rajin melukis.. So saya lukis macam2 gambar pemandangan, orang, rumah. Siap berkaler lagi.. Lepas tu saya jual gambar2 tu kat kawan2 seusia.. Dapat la dalam RM 3 lebih..! :)
 
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,528
Likes
0
Points
36
Offline
#9
Pengalaman 1st time berbiz saya adalah masa form 1. Masa tu saya cuba jual kad yugi oh. Saya dapat jumpa satu kedai yang dalam die semua kad kuat2. So, saya beli. Sekotak singgit lebih. Dalam tu ade byk kad.

Saya buat byk sampul dan masukkan 5 kad. Saya susun la setiap sampul mst ade kad kuat. So, sy dpt byk sale. Sy suruh adik sy jual dkt skolah. Dpt byk betul jualan.

Lepas tu sy beli kad bola pulak, sy suruh sepupu jual. Untung byk jugak. Sy bayar upah die RM2 je.

Overall duit dapat RM100++ . Tu bukan untung bersih. Kalau ikutkan untung bersih mungkin RM80 kot. So bahagi dua RM100 dgn adik saya, dapat la RM50.
 
Joined
Dec 2, 2008
Messages
1,061
Likes
1
Points
36
Offline
#10
Saye ingat seawal darjah 4 kpale saye dah mule pusing pasal biznez nie.Bermule jual jambu air kat blakang umah bawak pegi skolah,siap share bisnes dengan kawan lagi.Die nak tolong gak.Sebab laris.Ha.Ha.Ha.Pastu jualan jatuh,budak2 tak minat jambu lagi.Jual plak tag name yang boleh tampal kat mane2 tue.

Kalau dikenang2 balik kelakar.Ye laa mase tue umur baru 10 tahun,tapi dah tau nak cari duit poket.Ble saye makin beso,sekolah menengah,masuk U,bekerje,lagi macam2 saye explore sampai la dah nak jadi bapak orang nie.Kat asrama dulu ade wat kedai runcit jual makanan ringan dan alatan keperluan sekolah,sampai keracunan makanan satu asrama,siap kene siasat dengan jabatan kesihatan and pihak polis.Memang klakar.Tapi semangat dan kecekalan tue yang penting.
 

u_airs

freshman
Joined
Aug 10, 2008
Messages
8
Likes
0
Points
1
Offline
#11
Hehehe..klau teringat pengalaman saya business mau pecah perut juga...

Sy mula start bermula business ni waktu djah 6..lps upsr la crita dia... dah x tahu nak wat pe..

ade la idea nak jual jajan kat mmber2...

So, sy pun kat rumah amik la keropok bantal yang ayah saya beli... ( hehe, ayah sy tu dia minat la makan keropok bantal tu )... mesti adanya kat rumah tu...

Saya pun apa lg... bungkus la dalam plastik kecik.. ala plastik yg slalu org pek tu.. hehe, pkai lilin.. nak seal..

dah packing 50 bungkus dah ni...

hehe.. hati membara nakgi jual la ni... harap2 boleh la dapat RM 10...hohoho.. kaya2.. ye la satu 20 sen.. jadi 50.. x ke byk tu... masa tu la.. shari ayah bg 1.50 je.. so klau RM 10.. bykan btapa sronoknya...


Dijadikan citer eso pagi sampai la di sekolah b'sama keropok bantal tu... ada dlm beg siot.. nak jual time rehat nih...


Otak asyik pikir je..mcm mana nak jual ni...

last2, waktu rehat sampai.. sy pun dgn plastik besar tu gi la nak jual kat kantin...


Haaa..haaa..haaaa.. tapi..bila sampai kat kantin tu..hahaha.. aku x boleh ingat...

aku rasa malu giler nak promosi... ntah apa sal tah, terbantut niat aku...

ceh, smgt sgt td..

jd, sbb aku dah prepair dah keropok aku tu.. maka aku pun makan la di depan org ramai ( dgn harapan... ada la org tanya... promosi2 beb...)

Namun x de jgk org anya.., x boleh jd ni... aku tukar strategi... bg free plak...( ni member2 klas aku la... budak kelas first Ibrahim School... haha... sekor pun x nak....

Huhu... diaorg cakap.. mak bapak diaorg x bg makan jajan2 ni...

Jadi aku dgn rasa keciwanya... simpan...huhu.... sedeynya

Tp..alhamdulillah la form 1 - form 5.. business jajan aku menguntungkan.... boleh dapat 2 ribu jgk la setahun..

smpai skrg still business dan mencari peluang... tp slow skit skrg.. Mak aku sound.. ko ni blaja dulu... mak mampu nak tanggun ko, x yah la business ni.. nanti dah ada ijazah suka hati ko la.. huhu... Mak dah sund kenala slow down..
 
Joined
May 15, 2008
Messages
1,930
Likes
5
Points
38
Offline
#12
Hehehe..klau teringat pengalaman saya business mau pecah perut juga...

Sy mula start bermula business ni waktu djah 6..lps upsr la crita dia... dah x tahu nak wat pe..

ade la idea nak jual jajan kat mmber2...

So, sy pun kat rumah amik la keropok bantal yang ayah saya beli... ( hehe, ayah sy tu dia minat la makan keropok bantal tu )... mesti adanya kat rumah tu...

Saya pun apa lg... bungkus la dalam plastik kecik.. ala plastik yg slalu org pek tu.. hehe, pkai lilin.. nak seal..

dah packing 50 bungkus dah ni...

hehe.. hati membara nakgi jual la ni... harap2 boleh la dapat RM 10...hohoho.. kaya2.. ye la satu 20 sen.. jadi 50.. x ke byk tu... masa tu la.. shari ayah bg 1.50 je.. so klau RM 10.. bykan btapa sronoknya...


Dijadikan citer eso pagi sampai la di sekolah b'sama keropok bantal tu... ada dlm beg siot.. nak jual time rehat nih...


Otak asyik pikir je..mcm mana nak jual ni...

last2, waktu rehat sampai.. sy pun dgn plastik besar tu gi la nak jual kat kantin...


Haaa..haaa..haaaa.. tapi..bila sampai kat kantin tu..hahaha.. aku x boleh ingat...

aku rasa malu giler nak promosi... ntah apa sal tah, terbantut niat aku...

ceh, smgt sgt td..

jd, sbb aku dah prepair dah keropok aku tu.. maka aku pun makan la di depan org ramai ( dgn harapan... ada la org tanya... promosi2 beb...)

Namun x de jgk org anya.., x boleh jd ni... aku tukar strategi... bg free plak...( ni member2 klas aku la... budak kelas first Ibrahim School... haha... sekor pun x nak....

Huhu... diaorg cakap.. mak bapak diaorg x bg makan jajan2 ni...

Jadi aku dgn rasa keciwanya... simpan...huhu.... sedeynya

Tp..alhamdulillah la form 1 - form 5.. business jajan aku menguntungkan.... boleh dapat 2 ribu jgk la setahun..

smpai skrg still business dan mencari peluang... tp slow skit skrg.. Mak aku sound.. ko ni blaja dulu... mak mampu nak tanggun ko, x yah la business ni.. nanti dah ada ijazah suka hati ko la.. huhu... Mak dah sund kenala slow down..
hahaha... kelakar pun ada, kesian pun ada, adeh... sedih pun ada...

erm...

btw, smoga bisnes awak maju jaya, insyaAllah :)
 
Joined
Jan 26, 2009
Messages
284
Likes
0
Points
16
Offline
#13
Raser2nyer first time sayer start buat bisnes maser darjah 4, time minat melukis, so sayer pon buat komik and then jual kat member, time tue jual 50 sen jer (baik ati lar kononnyer.hehe..). Yang bestnyer, biler kawan puji lukisan sayer.(huhu, bangganyer : ). Tapi yang tak bestnyer, pastu raser malas nak buat sambungan komik tue, penat nak perah otak. haha. sejak tue, sayer tak berapa minat nak meniaga sampai lar pada masuk ipt. paling best meniaga setakat nie adalah tolong meniaga air tebu time bulan puasa; penat tapi seronok. dari situ sayer blaja dan dapat tahu, nak niaga nie bukan senang tapi mustahil untuk berjaya : )
 
Joined
May 15, 2008
Messages
1,930
Likes
5
Points
38
Offline
#14
Bisnes yg best saya buat sekrg nih, jual topup... haha... :D

hari-hari masyuk, Alhamdulillah, syukur walillah... :)
 
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,530
Likes
12
Points
38
Offline
#15
saya jual kacang masa kecik..darjah 3..jual kat kawan-kawan kat sekolah..tak laku pon...last2 bagi semua kat kawan-kawan, free....
 
Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,359
Likes
7
Points
38
Age
33
Offline
#16
bagi aku plak,

keluarga aku bukannya berasal dari org meniaga, ayah aku pekerja kilang, mak aku surirumah..kira sedara-mara aku pun xda la yg meniaga-niaga ni, semua keja makan gaji ngan gomen atau swasta..

so, akibatnya aku xda pengalaman langsung dalam perniagaan ni samada offline atau online..

nak dijadikan cerita, aku first2 bisnes topup mymode, itupun atas ajakan member aku yg soh join jadi downline dia..mmg kureng pendapatan dia sbb aku ni bukannya rajin menjual-jual topup atau buat promosi kat asrama atau kawan2 aku..so, pendapatan dari mymode ni aku rasa dalam rm150 je dari tahun 2005 hingga sekarang...

so, awal tahun 2008 aku dapat seru melalui tagline ni "9/10 rezeki datang dari perniagaan" lama gak la aku fikir nak meniaga apa, nak meniaga offline malu lak..lagipun xda pengalaman..so aku try bisnes internet, sbb bisnes ni xperlu jumpa customer..

next, aku cari/fikir barang apa aku nak jual, so aku slalu jalan pasar malam utk usha brg2 hot..sampai la aku jumpa sorang bro ni jual model2 kapal terbang dgn harga lelong..aku amek byk dalam 7 bijik..

awal 2008 dalam bulan 2 aku start bukak listing kat lelong, aku jual starting rm3.90 untuk 7 hari..sajer test2 market..

7 hari berlalu, aku terkejut tgk ada buyer bid model tuh, dia bid 3-3 model sekali..hajat aku sajer nak test2 market..Alhamdulillah ada buyer, nama dia Goh Kam Boon dari Genting Highland..dialah buyer online pertama aku..seronok ooo tgk duit masuk akaun bank buat kali pertama..

dari detik itu semangat aku terus memuncak nak meniaga melalui internet ni sampai la artikel ni ditulis...

cuma nasihat aku kepada geng2 WC : jgn mudah putus asa, kalau hendak seribu daya, kalu x nak seribu dalih..

gud luck for all
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
1,987
Likes
1
Points
38
Offline
#17
My 1st bizz.. emm.. apa yang teringat jual burger masa bulan pose, masa tu dalam darjah 4. Ambil order dari member, pastu petang buat la.. kira ada daging dengan telur macam burger special la.. Jual harga RM1.00 jer kat member. Dapatla order 2,3 org. Siap hantar ke rumah dorang. 2,3 kali jer buat bukan tiap2 hari. Xuntung kot.. sajer sonok2 jer.
 
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,765
Likes
5
Points
0
Offline
#18
aku pengalaman berniaga masa kecil xder walaupun mak bapak aku peniaga di pasar besar pasir puteh klantan,tp masa umur aku 25 aku berniaga sekejap dalam 2-3 tahun,aku berniaga apam balik,tepi jalan jer,aku belajar buat apam balik ni dari abah aku,dari tepung gandum sampai jadi apam balik abah aku ajar,semua tips2 dia bg kat aku,alahamdulillah setelah 3 bulan praktikal dgn abah aku,tibalah masanya aku bergerak secara solo,dapatlah untung bersih 70rm sehari,kekadang lebih,kalau bulan puasa bazar ramadhan adalah lubuk duit,dapatlah 200rm sehari,tp mmg penat sikit lah,ko kerja dr pagi ke mlm,namun tahun 2000 aku mendapat tawaran kerja yg bagus so aku berhenti bniaga apam balik.so tulah serba ringkas pengalaman aku
 
Joined
Jul 19, 2008
Messages
52
Likes
0
Points
6
Offline
#19
Alkisah bermulanya aku berniaga ialah di waktu tadika. Masa tu ramai kengkawan suka main lipat2 kertas dan buat macam2 bentuk. So, aku buat bintang kertas yang boleh baling2 kat orang tu banyak2 dan jual dengan harga satu seposen. Maka ramai la orang beli dan main baling2 bintang satu kelas.. kaya la jugak taim tu sehari dua tiga hinggit dapat. huhu :)
 
Joined
Sep 16, 2008
Messages
57
Likes
0
Points
6
Age
34
Offline
#20
Wah..aku pn nak share jugak..leh ker..hehe...
mase kat u dulu aku buat service repair/format laptop untuk student u..kasi harga murah cket daripada kedai..pelanggn aku semua pmpuan..tak tau la naper...sambutan memang menggalakkan..tiap ari ader ajer kol..paling banyak aku ingt kene repair 10 biji laptop skaligus...yer la kan..penghantaran percume..sape taknak..kui2..ade satu hari sorng pmpuan call aku tnyer "abg..kalau format pen drive berape yer abg charge.."..ekeke..tergelak aku kat situ..:p..aku pn cakap..satu ringgit ajer...:p..

mase tu juge aku buat satu lagi bisnes kat budak2 u...aku buat service menyiapkan assignment..kui2..biasenye aku buat yang jenis multimedia..biase tiap sem kat u akan ader tugasan pelajar yang wajib gune Flash...pergh..memang masyuk arr mase tu..satu group charge dalam rm100-rm200..memang flash nie satu kelemahan budak2 u..:p

kalo mase tu untuk online bisnes aku buat adsense dan buat laman web...aku ade kaki kat the mall cari kan aku customer...memang situ rata2 berpangkat datuk2 yang nak berbangga mempunyai laman web..aku charge murah2 ajer..

tu la sdikit sebanyak kisah bisnes aku...tu tak termasuk jual roti, jual prepaid, tampal poster lagi tu..hek2...

sekarang aku da keje...berbakti kepada anak bangsaku...income online aku bergantng kat adsense ajer skrang...alhamdulillah ader lagi masyuk....
 
Top