Luar Negara Penduduk di Bihar, India dilarang masak waktu siang atau penjara 2 tahun

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
indiamap.gif

1meipls.transformed.jpg

SEORANG wanita tua memasak di kediamannya di perkampungan Gobhali, Gauhati. India melarang penduduk di sebahagian negeri yang teruk dilanda kemarau daripada memasak pada siang hari, selepas hampir 300 maut akibat cuaca panas melampau di negara itu. - Foto AP

NEW DELHI: Kerajaan India melarang penduduk di sebahagian negeri yang teruk dilanda kemarau daripada memasak pada siang hari, selepas hampir 300 maut akibat cuaca panas melampau di negara itu.

Ia juga bertujuan mencegah kebakaran yang setakat ini meragut 80 nyawa.

Saluran NDTV berkata, penduduk kampung sekitar timur Bihar dilarang memasak antara jam 9 pagi hingga 6 petang sepanjang musim panas dan mereka yang melanggar arahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

Mereka digalakkan memasak pada waktu malam.

"Kami menggelarnya musim kebakaran di Bihar. Angin barat yang kencang mengakibatkan api lebih mudah merebak dan menyebabkan kerosakan teruk," kata pegawai pengurusan bencana negeri.

Bihar mengambil keputusan itu selepas 79 orang terbunuh dalam kebakaran yang diburukkan lagi dengan cuaca kering, panas dan berangin yang melanda setinggan dan rumah-rumah beratap jerami di kampung-kampung.

Antara yang terbunuh dalam kebakaran ketika upacara keagamaan di daerah Aurangabad, Bihar minggu lalu adalah 10 kanak-kanak dan lima dewasa.

Pegawai turut mengharamkan pembakaran tanaman dan ritual agama menggunakan api. - AGENSI/BH
 
Top