[pendapat] best sangat ke drama dia isteri luar biasa tu?

Tukang Karut

freshman
Joined
Jun 6, 2015
Messages
40
Points
8


Kalau drama tu best pada kami, maka tanpa banyak soal kami bagi A class. Kalau sebaliknya, erm.. faham-faham jelah.

Artikel Berkaitan:

  • 6 Sebab Drama Hati Perempuan Buat Kami Menyampah & Muak Setiap Petang!
  • 12 Babak Terbaik Drama Teman Lelaki Upahan Yang Buat Korang Gelak & Menangis

Yes. Drama Hati Perempuan yang pada kami biasa-biasa (tapi ada juga followers setia) itu telahpun tamat. Maka, minggu ini penonton mula disajikan dengan drama slot Akasia terbaru berjudul Dia Isteri Luar Biasa.

Menerusi pemerhatian kami, walaupun baru sahaja 3 episod drama ini ditayangkan, DILB sudah menambat hati penonton. Erm, best sangat ke?


1. Barisan Pelakon Yang Not Bad


Well, rasanya semua orang dah sedia maklum bahawa DILB menampilkan pelakon yang boleh dikatakan top juga seperti Fathia Latiff, Shukri Yahya, Keith Foo & Siti Elizad. Mungkin ini adalah faktor utama drama ini jadi sebutan. Ye tak?

2. Keith Foo Jadi Pondan


Yeah. Si sado kegemaran ramai ini melakonkan watak lelaki lembut. Boleh lawan Sharnaaz Ahmad tak agaknya?

3. Suntikan Elemen Kekeluargaaan


Bukan 100% hal cinta. Buat korang yang masih belum berkesempatan menonton DILB, drama ni bukan fokus cintan-cintun semata-mata. Ada elemen kekeluargaan jugak.

Paling jelas sekali bila watak Fathia (Dewi) beri-iya mahu anak untuk mewariskan perniagaan Nasi Ayam Bonda.Malah, drama ini juga memberi pendedahan mengenai isu keganasan rumahtangga.



4. Drama Melayu & Kebetulan Berpisah Tiada


Apapun, dalam drama Melayu mesti banyak kebetulan yang kadang-kadang logik dan tak logik.

Bermula dengan pertemuan tidak rasmi antara Raden dan Dewi di traffic light semasa Dewi sedang pukul suami kepada kawan baiknya, Eda, sehinggalah ke restoran Nasi Ayam Bonda dan selepas itu duduk pula sebelah menyebelah di dalam kapal terbang.

Sound klise right? Okaylah kan. Kata drama.Kalau nak tahu best ke tidak secara keseluruhannya, kena tunggu sampai habis dululah.

Tapi, setakat ni korang suka ke tidak?



Sumber: Ohbulan

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang
 
Top